Hadir di majlis perkahwinan anak perempuan Yob Rodzan & Engku Zaleha di Anggerik Mall, Shah Alam semalam, berjaya menemukan aku dengan ramai kawan-kawan lama, para sahabat yang telah dikenali selama lebih 3,4 tahun.
Menu dari katering Sri Angsana (memang aku dah pernah 2,3 kali makan dari syarikat ini), sungguh enak walaupun tak leh nak makan nasi minyak banyak. Aku lebih gemar bila ada Ayam Goreng Berempah dari katerer ini, tetapi semalam ayam dimasak seperti rendang. Boleh laa...
Majlis kahwin anak kawan, tapi kengkawan mak ayah pengantin lebih seronok bila bertemu bersua muka bertanya khabar dengan ramai kawan yang jarang dapat berjumpa. Bila ada majlis sebegini barulah kami dapat berkumpul, borak-sembang, gurau-sakat...
Muka boring CHAK sebab takdak geng, ALIA tak mahu ikut...
Rozzana, kali akhir bertemu masa hari kahwin dia, sekarang anak dia pun dah umur 10 bulan...
Cenderahati — Potpori dalam cawan comel dan Blueberry Muffin.
Terimakasih kepada semua yang sempat aku temui semalam, samada yang sudah lama tidak memandang wajah, jua yang pertama kali bertemu muka sedangkan di ruang siber begitu mesra.
Walaupun sejak kami sampai ujan renyai sehingga ke waktu bergerak pulang, tetapi majlis tetap kelihatan meriah dan ramai kawan kenalan saudara memeriahkan majlis. Kata orang, walimatulurus, selain saudara-mara, kenalan-sahabat-handai-rakan-taulan lah yang diharapkan dapat memeriahkan majlis kita. Sebab itu, bila ada jemputan sebegini, wajar dipenuhi. Hari ini hari dia, esok-esok hari kita pula. Tak gitu?
**Hasrat nak tengok DAK AMOI di Seksyen 7, tidak tercapai kerana dia ada exam paper Business International semalam...
**Hasrat nak tengok DAK AMOI di Seksyen 7, tidak tercapai kerana dia ada exam paper Business International semalam...
~...mengetahui HISYAM sudah pernah bersanding suatu ketika dulu, membanding dirinya yang seperti tidak berpunya hari ini memberikan rasa keliru lagi marah buat seorang SERI BULAN...~
betul tu...wajib penuhi undangan klu takde hal :)
ReplyDeleteANA > bila nak jemput Kak Azie lak? :)
ReplyDeletedah lama tak pegi kenduri walimatulurus nie...
ReplyDeleteJumpa kawan memang best, kena lagi pulak ada makan makan lagi lah best giler. Hehehehe... seronok dengar sakat menyakat antara teman :D
ReplyDeleteKalaulah saya dapat jumpa kawan-kawan lama time ni, mesti banyak yang diceritakan. Rindu pulak dengan kawan-kawan lama baca entry ni.
ReplyDeletekalu time2 kenduri ni, mmg seronok jumpa kengkawan lama, sambil meraikan mempelai :)
ReplyDeletekenduri kawen tu boleh dikatakan mcm gathering spot kecil2an untuk mengeratkan silaturrahim kan? banyak pahala orang yg buat kenduri ni...
ReplyDeletebunga telor dah takde yea
ReplyDeleteACU > Kalu ada kengkawan kahwin, anak dara biasanya memerap dgn pengantin...
ReplyDeleteACIK MLMW > ahaaa tau ler kalu dah jumpa geng yang Sakat-Tahap-Gaban nih. Kutuk tak hengat punyaaa...! Tambah kalu ada ABAH dan ATOK PADIL tuhh...
ZEZEBEL > Kalu nak borak lama, kena buat gathering khas baru syiokkk...
ReplyDeleteMAKSU > Tu yang peluk sana peluk sini...hehehehe
GADIS BUNGA > Pahala juga kita yang membantu dan meraikan...
ReplyDeleteCEMOMOI > Susah dah nak cari bunga telor yang ada telor... Jarang.
Baca entri kak azie terus teringat pesan tok kat emak..
ReplyDelete"jemputan kenduri jiran2/kawan2 kena pi, hang tu ada anak dara, anak teruna..esok2 kenduri orang tak mau mai, kalau kita tak pi...bla..bla"...hehehe...ecece...ada bakat ajuk tok pulak...
salam...puan,
ReplyDeletesedapa akok tu..rasanya sama ke ngn akok kat kelate??
lama tak makan nasi kenduri kahwin ni
ReplyDeletetak lama lagi ...berduyunlah undangan
Amboi Datin Azie...
ReplyDeleteAnda nampak sungguh vogue~!
salam azie..menghadiri jemputan adalah dituntut kan..jumpa pula kawan2 yg dah lama tak bersua..ada yg masih macam anak dara dulu..ada yg dah bertukar rupa n size kan..seronok bertanya khabar..tentu soalan pertama..anak berapa..hehe..
ReplyDeleteazie..
ReplyDeletepagi tadi dah baca kisah azie gi kenduri.. nak komen yang tak boleh... balik ni baru dapat komen...
kadang2 pergi kenduri nasib2 jugak.. ada caterer yang masak sedap.. ada yang hampeh...(entah hapa-hapa) tapi dalam sepuluh satu jer yang hampeh... kira okaylah....
sudah mula terima kad jemputan - musim datang lagi
ReplyDeletesya dari mengandung enariq teringin nak makan kue akok tu
ReplyDeletetp tak dapat pun..
sbb nak yg ori dari kelate punyo ;p
jumpa kekawan yg dh lama tak ketemui memang seronok. pernah ada satu kali sya gi makan kenduri kawin kat kajang, dan bertanya pada kawan kerana makanan di sediakan katerer memang sedap. macam tak percaya kerana masih ada yang pakej RM7-8 untuk sorang.
ReplyDeleteSITI MURNI > Betul lah tu. Itulah yang Kak Azie maksudkan...
ReplyDeleteSEKAMAR RINDU > Salam. Rasa Akok tu manis lemak. Akok Kelantan saya tak pernah rasa lagi, so tak tau nak beza.
ATI > Haaa. tunggulah. Sediakan duit dalam sampul bebanyak. Atau tempah baju baru dari sekarang. hehehehe..
ReplyDeleteMAKCIK MERIAM > Eh betullah. Memang begitulah. Dulu saya jumpa baru kahwin, kini ada yang anak dah 2,3...
AKAK > Yup, ada juga menu yang sangat lain dari yg lain, e.g. lauk kampung. Kalu Nasi Minyak tu dah selalu sangat, sedap pun kita tetap rasa biasa saja.
ReplyDeleteKAK KUJIE > Yup, cuti sekolah jer mesti banyak undangan.
(saya dah cuba nak masuk blog KAK KUJIE, tapi slow pastu hang... aduh)
SYA > Aduh kesian. Kalu camtu kena pegi Kelantan terus la baru dapat makan.
ReplyDeleteEELOBOR > wow! RM7,8 sekepala memang sangat murah tu. Area mana lagi leh dapat camtu. Abang saya dulu di Kajang, buat kenduri, utk katering makan saja habis RM20K.
wah kecil cantik chak sulah besar
ReplyDelete, sebentar jek chakk sulah besar n lanti chakk apabila sulah remaja jangan lupa call sayaaa yekk < boleh salapan bersama <