Aku seorang yang dikata orang “pandai makan” (tapi juga kuat makan), kerana aku suka mencuba pelbagai jenis makanan sementelah aku memang tidak ada sebarang pantang atau allergi. Suatu kelebihan pula kerana aku memang tidak cerewet tentang makan (orang yang kuat makan memang macam tuh...).
Kalu berpergian ke mana-mana, aku memang meletakkan agenda makan @ mencuba pelbagai menu tempatan sebagai agenda utama aku. Di kala orang lain sibuk cari barang, shopping sampai tak cukup tangan nak kendong, sampai genting jari angkut segala tok nenek barang, aku lebih gemar merayau mencari menu-menu di kawasan tempatan.
Semasa beberapa kali ke Kelantan & Terengganu, di waktu orang lain merungut tentang manisnya Nasi Lemak di situ, aku tetap makan untuk memuaskan hati. Kemudian mencuba Nasi Kerabu yg dititis Budu — sehingga hari ini aku gemar Budu, malah seorang “buddy” selalu bekalkan Budu bila dia kelik kampung.
Gelembung Buaya, sedikit manis tetapi lemak kerana kelapa parut adalah bahan utama. Sekali rasa macam Candy Kelapa. Sedap. Tapi tak tahan lama, cepat kulat. “Buddy” dari Kelantan, selalu belikan.
Pernah singgah di tepi pantai Rantau Abang, melihat sendiri orang menggelek tepung + isi ikan, campak dalam periuk, rebus. Bila angkat, terus makan Keropok Lekor yang masih panas liat. Perhhh! Sedap dan sungguh berbeza.
Pernah 2 kali ke Kota Tinggi, singgah di suatu tempat (lupa nama tempat yang popular dgn Otak-Otak tu), makan Otak-Otak dan Sata yang dibakar disitu. Kami boleh pilih yang siap dicucuk, kemudian bakar dan tunggu. Makan semasa masih panas.
Sata. Pic pinjam dari AnakPerlis.com
Restoren Balibu, Bandung Indonesia. Tak jauh beza dengan makanan kita, lebih ambil ikan dari ayam (kerana khuatir mereka gunakan burung yang........)
Berkali-kali ke Perlis, mesti nak singgah Pasar Tani (setiap Ahad ada), berhampiran roundabout Kangar, mesti nak cari Udang Sanggul (yg aku rasa cuma ada di sini), sedikit mahal tapi berbaloi!. Menyambung dengan sarapan Nasi Ganja di Market (‘merket’) Kangar.
Nasi Ganja. Tangan sapa ntah, lupa. Makan ni pertama kali semasa melawat Gua Kelam, Perlis.
Udang Sanggul, cicah sos. Perhhhh!
Juga belajar makan Pulut Sibaq dimakan bersama Pelam Harumanis bersiram santan mentah. Atau Pulut Sibaq dengan Kelapa Parut dan Haruan Kering (Masin). Itu belum lagi dikira belajar gubah rebung utk buat Gulai Rebung + Daging.
Kuala Perlis di malam hari, di tepi laut.
Kemudian mesti singgah Padang Besar, merasa Air Kelapa (ini biasa), dan juga Pulut Ayam — macam Nasi Ayam, tapi gunakan Pulut, bersama Bawang Goreng dan Sup. Sedikit pelik dan memang tak berapa kena ditelan orang bukan Siam macam aku, tapi tak rugi mencuba.
Pulut Ayam.
Kuih Qasidah, popular di Perlis. Pic ni semasa majlis di Yayasan dulu.
Pernah bermalam di rumah seorang kawan yang buat kenduri kahwin (anak buah Dato’ Muhyiddin), aku lebih gemar duduk di dapur belajar dan tengok orang-orang tua masak Nasi Beriani Gam. Melihat sendiri bagaimana nasi ditapis dalam kain utk buangkan minyak sapi, dan Nasi Beriani dihidang dalam mangkuk besar dengan 4 ketul daging kambing (utk 4 orang makan) dan ditabur dgn pedal/hati ayam yang digoreng garing. Perhhhh! Bersulam Air Bandung + Soda. Inilah kali pertama aku belajar minum Soda Bandung dan sampai hari ini, sangat suka buat bila tiba bulan puasa...
Char Kuey Teow, pic lama ni aku tak ingat snap masa di mana ntah...
Ayam Kampung@organik. Port paberet di KL, TPCA, Kg Baru.
Bila turun ke Penang, kerana ramainya adik beradik aku di sana, mesti tak lepas merasa Laksa Penang, atau setidak-tidak Rojak Pasembor, Cendol dan ABC di Rope Walk.
Pantai Seagate, Penang. Merojak dan mencendol.
Kuih Kalakatar, tradisi orang Banjar. (I’m Banjarian, ok).
Aku jumpa di pasar malam suatu tempat di area Parit Buntar, suatu masa dulu. Snap macam orang gila, makcik jual tu pun heran. Susah jumpa kuih ni.
Burasak — pulut macam lemang, tradisi orang Bugis (my BONDA, orang Bugis Johor), juga popular di kalangan orang Banjar. Selalu ada time Raya.
Yee Mee HotPlate. Antara paberet. Ni kat Times Square jerrr...
Hahahahaha!
Ini pic hari minggu lalu. Ada sesapa pernah makan biskut/semekut macam ini?
Biskut lemak, tabur kelapa parut, buh gula skit, siram Teh-O panas. Sedap, memang sedap, tapi takleh makan ulang, cukup sekali jer.
Ini adalah menu kegemaran arwah AYAH, dia memang suka makan semekut macam ni. Aku tak pernah tengok orang lain makan macam tu, so bila aku buat macam tu (tanda aku memang sangat merindui dia), anak-anak aku pun pelik. Semua pakat nak try...
~......merindu atau tidak, meradang atau meraban, acara makan tidak pernah menjadi masalah buat SERI BULAN, tetapi HISYAM yang pening macam meroyan kerana selalu jadi tukang bayar... hahahaha!~
terliur sudah bile tengok makanan2 tue..
ReplyDeletedah terasa lapar semula ni...bila nengok mcm2 makanan tu...
ReplyDeletesaya suke sata dengan nasi kerabu tu...tapi kuih qasidah tu belum pernah rase lagi...
kak,
ReplyDeletep Penang tak try ka rojak tonggek?? biasa juai kat area tepi pantai.. huhu..
rojak tonggek = buah2 yg di cucuk dengan lidi, kemdian celup dalam kuah rojak.. nak makan kena tonggek sket pasai takut baju kena kuah rojak..
AMY > Nanti lap sendiri keyboard tu yerrrrr...:)
ReplyDeleteAIN NORAINI > Kuih Qasidah tu dibuat dengan Tepung Beras, susah buatnya. Orang2 tua dulu jer pandai buat tu. Kukus, kalu jernih kira jadilah. Tabur bawang goreng. Manis rasanya.
EJA > Hahahahaha Rojak Tonggek? Pernah gak ler makan macam tu, tapi tak tau la namanya Tonggek. hahahahaha kelakor nama rojak tuh.. Tapi lojik!
ReplyDeletekak,
ReplyDeleteyang tang semekut tu.. ni laa pes taim tengok makan buh nyoq dengan tuang ayaq teh.. tak rasa seregai ka nyoq tu bila makan dengan semekut?
EJA, dak aih.. Nyoq tu jadi seregai jugak la, tapi sedap jugak, lemakkk...
ReplyDeleteyang last tu kena cuba tu, tak pnah dengo resepi gitu lagi tu
ReplyDeletenyammfahhlar akak nih tunjuk makanan sodap2 tewww.. uhuhu
ReplyDeleteNaper smekut tu takleh makan ulang-ulang? nak try rasa kalakatar tu...
ReplyDeletesumer2 tu pestaim dengar dan tengok...
ni entry nostalgia JJCM eh....
CEMOMOI > tu resepi orang kampung laaa... Memang susah nak nampak kat tempat lain. Agaknya arwah dulu, saja try sendiri kot.
ReplyDeletebaca entri kak azie nie, mulalah hati tak senang duduk memikirkan malam nie nak makan kat mana.
ReplyDeleteEN_ME > Nyamfah pun, Kak Azie tetap tak leh nak tolong...hikhikhik!
ReplyDeleteQUEENIE > Kuih tu sangat istimewa. Biasanya kalu ada kenduri or majlis tertentu di kalangan orang Banjar, barulah dapat jumpa. Kalu pegi area Tanjung Karang, or Sabak Bernam kot... ada.
EELOBOR > Wahhhh... dah boleh start fikir dari sekarang...
ReplyDeleteCuba la Pak Li’s Kopitiam, Seksyen 7, S Alam.
apa ni azie?????!!!! tunjuk kat orang (yang kuat makan ni)gambor2 makanan seantero dunier..kalau I kempunan, siapa susah? I jugak yang susah!! Boleh kenalkan I `buddy' tu tak? hehehee
ReplyDeleteakak suke try2 mknan ek? kite sama...ngeee
ReplyDeletetapi tang sebekut bawah sekali tu......siyes tak penah mkn lagi.
balik ni nak buat. heheheh
dah lama dah tak makan pulut dakap tu...
ReplyDeleteAzie..
ReplyDeletesedap2nya menu... buat akak rasa nak berjalan-jalan dari Perlis hingga ke Johor mencari makanan itu... Bahaya ni....
semekut buat cenggitu akak pun suka.. pernahlah masa kecik2 dulu arwah mak bagi makan cenggitu... Sedapppp tuuu...
byk2 mknan, nasi kerabu tu gak peberet aku..hehehehe..sodap woo
ReplyDeletebiskut yang last tu menarik perhatian...
ReplyDeleteKak Azie! huhu..balas dendam eh..kes terliur pizza ni..ekeke.
ReplyDeleteHampir semua nya saya kenal...orang kuat makan..oops..pandai makan le katakan..ecece.
biskut ngan kelapa tu..arwah tok wan panggil 'sagon'..versi dia la. Kuih qasidah tu pun sama..susah nak cari orang yg pandai buat.
By the way, kueh kalakatar tu nampak macam bengkang jawi je..sama eh kak?
Sis... senang-senang meh datang PBD. Beta banje makan ayamkampung kat Kedai Mak Jora. Lazat! Tambah berselera bila dikelilingi student-student comel cute dari MAHSA kolej dan HELP Institute.
ReplyDeletesalam kak azie,
ReplyDeletekebetulan atuk belah ayah keturunan banjar dari Singapore tapi xsmpt kenai pun lahir dia dh meninggal.
kuat jln2 cari makan lah azie ni
salam...
ReplyDeleteselera mkn nasi kabu tu...:)
bermacam jenis makanan ada...tentu sedap tu..
ReplyDeleteFA*ATIP > Kalu kempunan kalu, meh sini la mengadu...
ReplyDeleteNak kenal my buddy? Oh tidakkkk... I cemburu punya orang tauuu...
GADISBUNGA > Yup, kita sama. Suka try try...
Okeh, try buat semekut camtu, tapi kalu tak sedap, nasiblah.
LANA~BULU > Pulut Dakap, I suka pulut tapi kurang suka ini kerana ada pisang.
ReplyDeleteAKAK > jom kita round satu Malaya cari makan makan...besttt!
JMR > Yeaahh! Nasi Kerabu memang best!
ReplyDeleteCIKGU NORMAH > Menarik perhatian belum tentu menarik di tekak yang memandang. Try dulu.
SITI MURNI > Yeahhh, tingin pizza nih.
ReplyDeleteKami kalu sagon tu yang serbuk nyiok campur tepung digoreng kering tu. Makan tersembur.
Kalakatar tu memang mcm bengkang tapi isi utama dia ialah Isi Kelapa Muda.
KHAYALKHAYAL > InsyAllah, 1st Disember, I akan berada di Legend Hotel, PD. Hmmm leh gak cari lokasi tuh.
ATI MASRIF > Kuat jalan cari makan, dan kuat makan sekali.
ReplyDeleteSEKAMAR RINDU > Yeahhh.. Nasi Kerabu lah jugak.
MOHAMMAD > Bagi orang yang kuat makan macam AA, semuanya tu sedappp!