Dulu sorang kawan sekerja aku, lelaki, Chinese, pernah tegur seorang lagi kawan sekerja, perempuan, “Muka saja lawa, tapi tak bersih juga.” Sebab, meja kerja dia semak samun, tak tersusun, sampah tisu berhari tak buang. Tapi dressing dia, perhh! Memang macam model.
Pernah nampak situasi begitu?
Bukan semua orang cantik lawa itu sangat cantik pula peribadi mereka, kan? Setuju tak? Sebab itu ada orang pernah kata, “Orang cantik biasanya tidak ber IQ tinggi.” Sejauh mana benar tidaknya... Yang pasti setiap kali ada pertandingan Ratu Cantik, mestilah wajib disertai dengan IQ yang tinggi. (Jangan bandingkan program realiti Gadis Melayu tu, itu adalah pertandingan Ratu Cantik versi Melayu yang lebih banyak fake dari real. Pendapat aku...! Sebab tu aku tak pernah layan lagi).
Pernah nampak situasi begitu?
Bukan semua orang cantik lawa itu sangat cantik pula peribadi mereka, kan? Setuju tak? Sebab itu ada orang pernah kata, “Orang cantik biasanya tidak ber IQ tinggi.” Sejauh mana benar tidaknya... Yang pasti setiap kali ada pertandingan Ratu Cantik, mestilah wajib disertai dengan IQ yang tinggi. (Jangan bandingkan program realiti Gadis Melayu tu, itu adalah pertandingan Ratu Cantik versi Melayu yang lebih banyak fake dari real. Pendapat aku...! Sebab tu aku tak pernah layan lagi).
Aku pernah tegur seorang perempuan muda yang agak cantik juga (setidak-tidak lebih cantik dari aku sendiri), yang berebut naik bas sehingga orang yang hendak turun pun belum selesai turun, dia sudah gelojoh nak naik. Dan aku terus kata, “Harap muka saja lawa, naik bas pun takda manners!”
Dan, alangkah beruntung pula jika seorang wanita itu, sudahlah cantik, peribadi pun cantik, berpelajaran tinggi..
*Dalam bulatan, ANIDA seorang anak kepada kenalan aku, yang pernah menang tempat ke-3 Pesona Nona TV3, bukan sahaja seorang wanita muda yang bersopan santun, lemah lembut, cantik tetapi sekarang merupakan seorang Jurutera. (Sekadar satu contoh...)
~...SERI BULAN memang tidak pernah dipuji kerana cantik atau kerana sopan santun, tetapi mendapat pujian kerana gelak-tawa yang menghiburkan jiwa lara seorang lelaki keliru bernama HISYAM...~
**Tiba-tiba aku mendapat url ini dari sorang blogger lain: Suatu pendedahan berani yang melibatkan bekas DYMM Raja Permaisuri; Siti Aisyah. Aku baca pun terkedu... Ada 5 Part semuanya.
**Tiba-tiba aku mendapat url ini dari sorang blogger lain: Suatu pendedahan berani yang melibatkan bekas DYMM Raja Permaisuri; Siti Aisyah. Aku baca pun terkedu... Ada 5 Part semuanya.
salam...
ReplyDeletebuka semua wanita cantik
perangai pun cantik
peribadi pun cantik
semuanya hampeh...
paling buruk
sikap pengotor dan tiada budi bahasa
ini kenyataan..
Sesapa yg makan cabai mesti terasa pedasnya kan..hee
ReplyDeleteOrang kata perempuan cantik selalu malang ... hehehehe ... Tapi Anida tu memang cantik macam ibunyer masa muda muda dulu.
ReplyDeleteSaya dah baca pagi tadi pasal Uncle Seekers dan DYM Raja Permaisuri Siti Aisyah ... rasa terkedu juga dan tak patut rasanya ia tersiar.
dh bc url yg azie letak..terkedu sekejap. rasa tak patut dibuat pendedahan mcm tu...aib!
ReplyDeletesalam azie..perempuan cantik tak semestinya berperangai cantik..entah dimana silapnya..bila dah rupa cantik mestilah berperangai cantik baru tepat kan.
ReplyDeleteAzie..makcik dah baca tentang permaisuri aisyah tu..macam tak percaya je..malangnya nasibnya ya kalau betullah cerita tu.
aik lain macam je tajuk n3 ni
ReplyDeleteapa pon stuju sesangat le tu... dorang rasa laku tu yang nak moh blajo tinggi-tinggi tu
elok bagi pompuan jer semua komen. nati tersalah tafsir lak kalau saya komen.
ReplyDeletepasal url bekas DYMM pun saya ada baca gak. bagi saya tak patut pendedahan sebegitu.
setuju..
ReplyDeletetapi, sangat sedih..bila personaliti baik...ada yang buka pekung, hingga buatkan tiba-tiba rasa jelek...
Cantik tak kemana kalau tak ada budi bahasa..
ReplyDelete*Terkedu bila tengok URL yg Kak Azie link tu..
Cantik tak kemana kalau tak ada budi bahasa..
ReplyDelete*Terkedu bila tengok URL yg Kak Azie link tu..
Salam azieazah
ReplyDeleteKecantikan yang di dalam mampu mencantikkan, atau menambahkan lagi kecantikan, yang di luar. Sebaliknya, kecantikan yang di luar mampu menghodohkan, atau menambahkan lagi kehodohan, yang di dalam.
Semakin menua, saya semakin yakin kebenaran kata-kata ini. Lagipun, bila dah tak muda, definisi 'cantik' kita pun jadi agak berbeza.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Azie...
ReplyDeletesaya memang suka mencantik2kan diri...perempuan kan? hek3...
Errr... entri ni buat beta teringat pada rakaman video sulit Nasha Aziz suatu ketika lama dulu... hmmm...
ReplyDeleteErrr... Nasha Aziz tu kira cantik le kan? Kan? Bukan ke? Ke?
Salam NUR MISNAN > Kenyataan yang benar tu.
ReplyDeleteLANABULU > Ada juga yg makan jugak cabai, tapi lidah kebal, selamba saja tak pedas pun.
ACIK MLMW > Betul, pernah dengar, orang cantik selalu malang. Tapi sekurang2nya mereka itu cantik.
ReplyDeleteANIDA, memang wajar mendapat pujian.
ANA > Kita lihat episod seterusnya tentang pendedahan tersebut.
bab ni, GB sangat suka datin norjuma. cantik dan bijak. dia senior GB dulu, kenal dia since matric. mmg betul2 kategori cantik dan bijak. :)
ReplyDeletetapi GB kategori lain dah...heheh
Kecantikan diri seseorang itu bukanlah datang dari raut muka dan tubuh badan seseorang. Tetapi ia datang dari dalam diri sehinggalah luarannya sekali
ReplyDeleteRegards from :
Ayie
BLOG-AYIE.COM
hrp2 org2 yg bergitu terbacalah blog ni....hehe
ReplyDeleteabout the queen tu mmg kita dah tau lama yg dia dah tak berapa betul coz ada kenalan rapat yg kerja dihotel nmpk dia bercakap2 sendiri..kesian sgt dg dia dan xpatut jantan tu siarkan diblog
penah jumpa org camni..
ReplyDeleteterus je rasa dia tak cantik..hehee
MAKCIK MERIAM > Semakin ramai pula yang begitu, kan? Agaknya golongan ini merasa, cantik rupa sudah mencukupi.
ReplyDeleteCEMOMOI > Lain macam sebab nak suruh macam-macam orang faham. :)
EELOBOR > Takper, lelaki pun boleh komen, lagi tepat walaupun pahit.
ReplyDeleteSITI RAHAYU > Kak Azie tak berani nak komen apa, sekadar berkongsi url sahaja.
AZRINA > Tidak ke mana itu memang pada pendapat kita, tetapi selalunya sudah merata juga golongan ini sampai. Sarcastic ek?
ReplyDeleteSalam Bang TEMUK. Benar, definisi cantik memang berbeza bagi orang2 veteran seperti kita. hehehehe
KAk QUEENIE > Sorang makcik pernah ajar saya, pompuan yang rajin ke dapur memasak sebenarnya boleh cantik semulajadi sebab wap makanan yg berkhasiat, naik ke muka. Betul lah agaknya. hehehehehe
ReplyDeleteKHAYALKHAYAL > Berani sungguh lelaki yang ceroboh masuk kondo dan bilik air Nasha Aziz tu kan? Setuju, memang Nasha tu cantikkkk..
GADISBUNGA > Yeah... Datin Seri Norjuma. I like mata dia. Cute, sweet.
ReplyDeleteAYIE > Setuju. Pendapat telus seorang lelaki...!
ATI MASRIF > Tak berapa betul? Hmm.. tak sangka kan?
ReplyDeleteHAMIZAH > Pendapat kita hanya untuk kita, bukannya golongan tu kisah pun, sebab rata-rata mereka tu perasan..!
saya mmg x tgk GADIS MELAYU..sependapat dengan kak azie..:)
ReplyDeleteSITI MURNI > Masa mula2 muncul program tu, layan juga sekali sekala, pastu.. macam hampehhh jerrrr... Fake giler.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSejak buka tender bilik untuk disewakan ni, saya dapati hanya SEORANG sahaja perempuan cantik yang pembersih. Yang lain...harapkan muka dan bau pewangi je, kalau tersalah buka pintu bilik...TERMUNTAH. Itu realiti!
Sadis kan...tapi, yang cantik itulah LELAKI nak tekel dulu