Terbaca dalam akhbar Harian Metro Selasa 16 Nov, ada tajuk besar yang menyebut “Lelaki Penakut” berikutan meningkatnya jumlah pasangan yang bernikah menggunakan sindiket.
Ada banyak punca yang disebut oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Wan Mohd Sheikh Abd. Aziz, antaranya kerana takut untuk memintak keizinan isteri pertama.
Sekali fikir, apa yang depa takutkan?
1. takut kena pukul, sepak tampar? Yeahh.. mungkin isteri ada blackbelt atau seni silat pulut...
2. takut kena potong elaun? Yeahh.. mungkin selama ni kerja di company keluarga isteri, bapak mertua ambik kerja jadi manager kerrr...
3. takut bini ambik semua aset, apatah lagi segala rumah keta, bon, saham semua taruk nama bini...
4. takut bini lari angkut kain baju satu almari dan pinggan mangkuk satu dapur?
5. takut juga bini bawak anak-anak sekali, pastu hasut soh bencikan bapa depa wpun dengan alasan taknak Mak Tiri bermanja dengan anak?
ehhhh tu baru 5 sajaaa.. Pasti ada lagi yang tersirat dan terselindung, kan?
Aku?
Sapa yang kenal rapat aku, atau kenal aku sejak dulu, pasti masih ingat akan pendirian aku:
Tidak kisah, tidak akan marah (insyaAllah), tak akan pot jika si dia nak tambah cawangan. Yeahhh, betullll! (pernah suruh.. tapi tak ndak pulokkkk....)
Topik lain:
GADISBUNGA > Hikhikhik! Menjawab komen GB dlm entri terdahulu, yes but not.
Yes, I’m the one yang sedang bercakap topik “Tak Tahan” kerja Sabtu dengan AG semalam, tapi no, bukan I call, tapi AG yang call sebab Kak Azie hantar sms. :)
~...HISYAM pernah perli SERI BULAN yang juga tidak kisah jika BERMADU kerana diri sendiri lebih dulu kenyang Makan MADU tidak berkongsi... Ahaks!~
salam azie...
ReplyDeletebetulkah kenyataan azie tu?..
tak kisah bermadu? nampaknya azie adalah salah saorang yang akan mendapat payung mas....
(akak cuma nak payung mas dari kuwait finance house seperti yang dalam iklan ditv SAHAJA...)
laki aku bukan tak takut kat aku tapi aku yg tak takut kat dia hahaha *gurau je.
ReplyDeleteaku tak izinkan laki aku tambah cawangan bukan pasal dia takut kat aku tapi pasai aku sayang dan kesian kat dia.orang sebaik dia tak patut disakiti walaupun sebesar zarah serius!
*kalau dia baca sahih senyum sampai telinga nih ekeke :p
Salam..
ReplyDeleteAzie azah...biasanya lelaki ni..kalau bini dia dengan suka rela bagi memang mereka ni tak gila sangat nak kahwin lagi ( kat mulut tu biasalaa..) tpi yang banyaknya bila bini kata jangan tu yang macam ulat bulu naik daun semuanya...heheh
Saya pun sama pendirian dengan Azie azah...tak ada apa kurangnya bila suami kawin lagi..sebabnya...hehehe selama ni, buat semua kerja, sendiri buat. Makan..sendiri tanggung..duit..sendiri cari...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAKAK > Kenyataan dan pendirian saya itu sehingga hari ini, masih tak kisah. InsyaaAllah.
ReplyDeletePayung mas tu, ntahlah, rasa jauh lagi kot.
ECHAH COMBI > ye lah, sekali fikir betullah. Lelaki yang baik pasti untuk wanita yang baik, kan?
Salam ROSLAINI > Betullah. Setuju.
ReplyDeleteAda yg kita bagi, tapi suami lak tak ndak.
Ada tu (banyakkk), lagi dilarang, itu yg depa ndakkk sangat. So jangan larang. Bior kan jerrrr.. hehehehe
bab nk kawin lebih satu ni..seme lelaki normal berkeinginan
ReplyDeletexnormal jika mereka kata tak nak kawin 2
hubby saya hari2 gurau gtu...insyaAllah xkot..hehee
pesen yg senyap xkata apa2 ni yg sensasi kawin dua..
jika saya..saya xrela..pilih satu sama ada yang lama atau yg baru..heheh..
Salam SARAH NAJWAN
ReplyDeleteSetuju, yang senyap-senyap diam-diam tu ler yang berpotensi tinggi utk bawa balik MADU Asli.. hehehehe
Yeahh, pendapat masing-masing. Tak suka itu pun hak kita jugak.
Keinginan dowang ni besar,
ReplyDeletetapi hati kecik je..
Berani nak buat..
tapi tak berani nak tanggung risiko..
Paling menyampah kalau anak bini pun makan tak cukup..
ada hati nak berbini lebih!
Salam Azie...
ReplyDeletekakcik juga pernah cakap dengan Abg Mus.. kalau rasanya nak 'pasang lagi satu', berterusterang sahaja. Kalau kena gayanya, mungkin kakcik sanggup tolong pinangkan... hehehe... :)
VIC > Betul, ramai yang sangat berkeinginan besar, tapi boleh dikata hampir semua lelaki berkeinginan tapi bila pandang ke diri semula, terpaksa simpan jer hasrat.
ReplyDeleteSalam KAKCIK > Wahhh tabik lah!
Apapun Abg MUS memang antara golongan lelaki yang baik..
Mungkin takut berzina? Nak ikut saluran betul wali tak izinkan. Atau yang lebih ketara, prosedur dan proses nak menikah orang kat Malaysia ni macam nak buat Visa masuk Amerika?
ReplyDeleteKHAYALKHAYAL > BRO, setuju 200%!
ReplyDeleteSebenarnya inilah alasan utama pun.