Monday, November 22, 2010

Sebuah Kematian di Bulan November...

Sabtu 14 Nov.
Mereka dipindahkan ke lokasi baru walaupun masih di mukim yang sama. Dalam keadaan tergesa, tidak banyak yang dapat difikirkan dalam masa sesingkat itu... Tiada siapa menduga

Ahad 15 Nov.
Aku berpeluang tidor petang setelah agak lama tidak mendapat nikmat itu... Sms masuk pun tak sedar walapun hp letak tepi kepala, tapi tonenya cuma “two beeb”. Ntah berapa lama sms itu menanti reply dari aku, dari satu-satunya kawan yang tahu segala kisah.

Aku tersedar dalam remang mendung ketika jam hampir jam 6 petang. Terpinga-pinga tak menentu, tak pernah-pernah sebegitu sebelum ini. Terkejut, kerana baru sedar, ehh kena pegi kerja ker? MasyaAllah, jam 6 petang ku sangkakan dah kelewatan pagi. Pernah tak korang jadi cenggitu, tidur petang, bila sedar terasa macam pagi hari? kalut bangun konon nak pi sekolah atau nak pi ofis?. Itulah yang terjadi pada aku semalam..

Tengok ada 4 sms dah masuk. Antaranya,

“Kesan pemindahan. Ada berita tak gembira yang kau belum tahu...”

MAAFkan aku kerana lewat reply. Tentu perasaan sedih dan gelisah yang ingin dikongsi semakin mereda dan menjadi hambar kerana lewatnya aku memberi respon.

“Berita tak gembira?” Cepat saja, “Berita kematian.” Mujur jawapan itu tidak menyentak jantung aku, kerana aku tahu kawan aku yang seorang ini pandai guna ayat yang serius atau ayat yang perlukan soal-jawab lanjutan. Terus tertangkap di fikiran aku, “Arowana kah?”

Ya, Arowana dan Belida...

Dan mms kedua-dua kemanjaannya pun dihantar bersama text yang membayangkan perasaan sedih seorang kawan. Dulu kalu aku dan TOKLAKI sekali sekala pergi lepak di rumah dia, kami sering duduk-duduk di tepi kaca melihat indahnya dan tenangnya mereka bermain walaupun dalam kaca yang berbeza. Belida di bawah dan Arowana di kaca atas.


Ini pic asal; 2,3 tahun dulu, aku cari semula dari moblog Kampung MMS..

Wuaaaaa...! kesiannya. Sudah ajal, sabar sajalah. Mungkin sudah sampai masa perpisahan. Nanti kalu ada hati untuk memulakan semula, kita cari yang baru okeh...


AROWANA pergi ketika usianya 3 tahun...


BELIDA yang mula dibelai dimanja sejak sebesar 3 inci, turut pergi bersama.

Begitulah, tiada yang kekal menjadi milik kita...

*Kisah di atas terjadi November, tahun lalu. Sehingga sekarang belum lagi dicari pengganti Arowana dan Belida itu. Tak tahu kenapa dan aku pun seperti terlupa untuk bertanya...



~...antara Kelisa dan dan Keli tentulah jauh bezanya, tetapi tidak dapat dinafi, HISYAM minat Keli Goreng, sehingga pernah SERI BULAN marah kerana kehabisan minyak, lalu Keli Tidak Garing....~



18 comments:

  1. Setiap yang bernyawa akan kembali juga kepada pemilik nyawa itu.

    ReplyDelete
  2. Ikan ikan tu berjanji sehidup semati kut, walaupun tak sama darjat ... hehehehe ... Akak nih buat suspen jer, ingat kan Hamba Allah mana lah yang pergi tak kembali tu :)

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    KITA JUGA AKAN KEMBALI SEPERTIMANA IKAN2 ITU. SEDIH TETAP BERSEDIH TETAPI KITA PERLU BERGERAK KE HADAPAN DENGAN MENAMBAH LAGI BEKALAN YANG KITA NAK BAWA NANTI.

    ReplyDelete
  4. sedih nye...tapi nape ikan2 tu mati kak??

    ReplyDelete
  5. tak pe.. jangan sedih sangat makan aje ikan tu supaya menjadi sebati dalam diri

    ReplyDelete
  6. kesiannye... mati bersama2 pulak tu...dah sampai ajalnyekan...

    ReplyDelete
  7. binatang mati dah dijanjikan syurga..kita?

    ReplyDelete
  8. dh besar dh ikan tu mati la pulak...siannye tuan dia.

    ReplyDelete
  9. saya pon salu ikan mati..belalah ikan kecik dlm bekas bunga..kekonon nk bg makn nyamuk..tapi asik kiok je..nape eh?..mkn da beri..huhu

    ReplyDelete
  10. teringat kisah hubby ati sampai menangis ikan arowana yg dibela sampai besaq mati...sampai lani dia takmau bela arowana dah..huhu

    ReplyDelete
  11. azie..
    akak pun pernah mengalami kematian hingga 3 kolam ikan.. mmg sangat sedih hinggakan tak boleh nak cerita.... kita dah bela dari anak ikan hinggalah dewasa.. tup-tup.. sebab takda letrik/oksigen terhenti.. habis timbul semua... sgtlah menyedihkan....

    ReplyDelete
  12. Isy isy isy... teringat folklore tentang budak dan serigala...

    ReplyDelete
  13. saspen sesangat.... ;)
    tentu ada pengganti, insyallah

    tapi orang kata patah tumbuh hilang bergantikan, tapi tak sama ngan yang lama.

    ReplyDelete
  14. salam zie..hehe..ingatkan sapalah yg mati,rupanya ikan..berpasangan pula tu..tulah tiada yg kekal dalam dunia ni,bila tiba masa n ketikanya pergilah kita semua..

    ReplyDelete
  15. Sayangnya... arowana sebesar tu mahal harganya.....
    Kalau beli anak2 pun dah mahal lepas tu bukan senang nak hidup.

    Kenapa mati serentak kak Azie? Keracunan ke?

    ReplyDelete
  16. sakit ker, boleh sama2 lak mati.. sure owner dia sedih kan.. kalau pet mati ni boleh nangis wo..

    ReplyDelete
  17. SALAM...

    MENJAWAB SOALAN SEMUA, IKAN TU MATI KERANA BERPINDAH RUMAH....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails