Thursday, November 4, 2010

Bila Harapan Berkecai, Kecewa itu Memang Milik Aku...

Silap juga kalau kita terlalu meletak harapan tinggi,
kerana tidak terfikir bahawa harapan itu mudah saja dihampakan.
lalu,
siapakah kita untuk menolak sebuah perasaan bernama kecewa...

sebagai manusia biasa yang harus biasa untuk diuji,
teruslah belajar untuk senyum.


dan terus menjadi positif...

Kerana,
tanpa positif, bagaimana negatif hendak hidup?

Kerinduan yang tercipta
Kukuh di jiwa lantaran tak terlihat di mata
Juga tak pasti adakah sama jua merasa
Getaran di jiwa alunan gelora
Tatkala nama dieja bayangan dipuja
Aku tiba-tiba menjadi benci
Bila menyoal diri kenapa kita bertemu
Ternyata sia-sia

Nanti,
jangan jadi macam Jeruk Pala yang pahit di pokok tapi manis medu semasa dijeruk...
atau jangan sampai menjadi Budu yang rupa tidak langsung cantik, bau tidak langsung menggoda, tetapi dititik ke Nasi Kerabu, buat seorang aku jadi Mata Kelabu...


Dan,
HISYAM pernah berkata, “Untuk maju jauh ke hadapan, jangan takut berundur setapak ke belakang...”


12 comments:

  1. Dalam makna yang tersirat di sebalik kata2 yang tersurat itu... :)

    ReplyDelete
  2. FYZAL > Motivation itu penting dalam kelasnya yang tersendiri..


    KAKCIK > Adakala berterus terang sangat menyakitkan.

    ReplyDelete
  3. salam azie..berfikiran positif sangat bagus..barulah kita tak mudah kecewa..makcik harap azie pun begitu.

    ReplyDelete
  4. salam ~
    quote 4 u n 4 me..
    "semua bentuk kegagalan adalah permulaan pada satu kejayaan yg lebih mengancam"-dr.tuah

    (",)

    ReplyDelete
  5. Sering terkecewa ... Allah sering menduga. Semoga kuat dan tabah. InsyaALLAH ... Kak Azie boleh :)

    ReplyDelete
  6. Allah sayang kat azie itu sebab diduga.

    ReplyDelete
  7. lemparkan senyum menguntum
    biar badai petir berdentum
    hati pedih tercucuk jarum

    sepekat mana mendung bergulung
    cukup masa kan pergi jua
    mentari jemu duduk berlindung
    sampai masa kan terbit jua....

    amankah si buah kedondong
    dikejar dihambat ibu mengandung?....

    (dah penat duduk dalam dapur...
    menyelit kat sini hehee)

    ReplyDelete
  8. MAKCIK MERIAM > Terimakasih. Saling mengingati...


    AYU OYIE > Wow...! I like...


    ACIK MLMW > Kak Azie tahu, ACIK tahu...

    ReplyDelete
  9. ACU > Sedalam mana agaknya ya?


    KAK ZAITUN > Benar. Setuju.


    QUEENIE > Selamat Ulangtahun Kelahiran. Masak spesel kah?

    ReplyDelete
  10. setuju kak. kene positif. sebab masa tgh negatif kita tak stabil untuk berfikir, apatah lagi nak bertindak.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails