Mencuri masa lunch time, tadi aku pergi ke sekolah ALIA melihat keadaan dia dan suasana orang mengambil keputusan UPSR (pengalaman ke-2 aku selepas hadir di result SPM, IKA dulu) — Aku memang jarang berkesempatan hadir pada hari result exam anak-anak aku.
Aku sampai, semua murid yang dapat 5A dan 4A berada di atas pentas, menerima setangkai ros dan bergambar. Aku melihat ALIA di tepi gurunya... Mata dia merah. Heran gak aku mula-mula.
Seramai 15 orang mendapat 5A, selebihnya 4A (yang ini ramai). Peratusan meningkat...
Rupanya dia menangis.
Bila dia turun pentas, masuk ke pelukan aku, terus sambung menangis lagi. Ohhh.. dia sangat berharapan tinggi dengan target 5A tetapi malangnya dapat 4A 1B sahaja. Bagi aku, itu sudah cukup baik, sangat baik dan terbaik yang boleh dilakukannya. (pemikiran budak 12 tahun tentulah sukar menerima kegagalan setelah sangat berharap tinggi).
Dia memang tak suka diambil gambar.
TOKLAKI pula memujuk.
Balik dengan CHAK, yang hanya pandai sengih saja tengok kakak dia nangis.. hehehehe!
alahai...ckp kat alia 4A pun dh cukup bagus...hehehehe
ReplyDeletePerjalanan Alia masih jauh, nak. Tak perlu ditangiskan - masih ramai yang tercari-cari arah dan tidak mustahil mereka nanti akan berada di puncak. Makcik doakan agar Alia juga akan ke puncak dengan penuh bangga hasil usaha dan penat lelah yang telah dicurahkan. InsyaAllah.
ReplyDeletekesian bdk2 kita..terlalu exam oriented..
ReplyDeleteupsr bkn jaminan masa depan..
apapon,tahniah..
sedihnya tgk gmbr tu...4A pn sama jer. dah terer gak tuh yer dik aliya. buktikan dapat buat lebih baik dalam peperiksaan yg akan datang. jangan nangis2 tau....
ReplyDeletesalam zie..biasalah budak2..sedih bila targetnya tak tercapai..masih jauh lagi perjalanannya..akan buat lebih baik bila PMRnya nanti.
ReplyDeleteTahniah pada Alia!
ReplyDelete:)
Takpe, cuba lagi dalam peperiksaan sekolah menengah~
sian dia kak azie kena motivasi skit tu..maybe dia terlalu menaruh harapankan..so jd frust!
ReplyDeletesalam.. 4A 1B adalah permulaan perjalanan. Teruskan kecemerlangan untuk masa hadapan..
ReplyDeletenormal la budak2. letak harapan tinggi tetapi tak mampu. sedih. kemudian, tengok kawan yg lain boleh lagi tinggi dari dia. lagi dia sedih. adik makngoh pun dapat 4A 1B gak. tapi adik makngoh tu, rileks je..sedih pun tak, gembira pun tak. budak2 memang ada mcm2 ragam.
ReplyDeleteTahniah buat ALIA.
ReplyDelete2 tahun lepas anak bongsu kak Zai pun dapat keputusan macam ALIA,syukur...
Alala.. cakap kat Alia..(macam nasihat anak sendiri pulak..hehehe nama dah sama)4A tu dah cukup baik.. result periksa tak menentukan segalanya.. tapi cara kita membawa diri dan memilih jalan hidup kita.. menunjukkan siapa kita.. :) Tahniah buat Alia..
ReplyDelete4A pun ok juga....
ReplyDeleteTahniah untuk Alia ye...
Jangan sedih, kalau rasa marah sgt dengan huruf B yang satu tu..
balas dendam pada masa PMR/ SPM nanti.
Tahniah Alia..
ReplyDeletebila anak2 kita hidup berorientasikan exam, inilah kesannya...kesian kat anak2...padahal UPSR tu bukan segalanya....
apa pun semangat yg ada dlm diri dia tu mmg terpuji.
Anak my neighbour.
ReplyDeleteBukan UPSR tapi SPM (last year)
Bukan 12 tahun tapi nak masuk 18!
Keputusan bagus. 8A
Tapi kecewa, menangis, tak nak makan, tak nak keluar rumah!!
Agaknya dia rasa keputusan tu semua atas USAHA dia...bukan KEHENDAK ALLAH begitu...
Kita boleh cakap... itu ini begitu begini untuk naikan semangat dia tapi itulah..budak 12 tahun - mesti rasa sedih yang amat.
ReplyDeleteAlong dulu 3A juga, tapi SPM lebih banyak A dari PMR.
Tapi sedih tengok anak² menangis, kan...kita pun menangis sama
salam kak..
ReplyDeleteanak buah aku kembar..biasa yang adik musti kat atas ..sepanjang tahun asyik dia no 1 ..abang dia jangan la nak harap no belas belas la
tapi tadi masa ambik keputusan upsr abang 5A adik 4A1b ..tengah down habis la si adik...
dh lama dok mengomen...br perasan tak follow azie...i follow uuuuu....
ReplyDeleteAzie...
ReplyDeleteUcapkan tahniah pada Alia...
Kejayaan ini adalah sebagai permulaan untuk yang seterusnya...
Azie...
ReplyDeleteUcapkan tahniah pada Alia...
Kejayaan ini adalah sebagai permulaan untuk yang seterusnya...
alia..
ReplyDeleteini hanya permulaan...spm adalah segalanya...katakan pada alia...jgn putus asa
sedih lihat pic alia yang tunduk....hanya dia yang rasa....
tahniah buat aliya...keputusan tu dh cukup baguss tu..dulu2 aunty pun dpt 3A, 1B..masa tu hanya 4 subjek sajork.
ReplyDeletelepas ni lebih byk exam yg besar2 menanti...harap aliya akan konsisten belajar spt skrg..InsyaAllah akan peroleh rsult yg lebih baik..
eh ehh..mcm aliya plak yg akan baca komen ni ya...ah tak kisahlah... :)