Wednesday, November 17, 2010

Majlis Korban: Best Among the Best Adalah Main Hujan...!

Aku hadir menyertai Majlis Korban anjuran Persatuan Penduduk di taman perumahan aku. Sebenarnya ada 2 majlis serupa berlangsung serentak iaitu oleh Persatuan Penduduk (banyak disokong oleh UMNO) dan juga oleh Surau AlFalah.


Surau mengadakan acara korban sebanyak 8 ekor dan Persatuan Penduduk sebanyak 5 ekor lembu. Majlis berlangsung berdekatan kerana dewan bersebelahan sahaja dengan surau. Ramai penduduk yang tidak balik ke kampung hadir bergotong-royong di kedua-dua tempat.

Alat canggih untuk potong tulang. Cepat dan mudah.

Memang majlis begitu meriah dengan khemah besar di sana sini, kanak-kanak berlarian, ibu hadir bersama membawa pisau di tangan, si ayah datang bersama batu asah, pihak urusetia ke hulu hilir memantau perjalanan majlis, sambil menghulur tuala kecik “Good Morning” kepada setiap petugas yang berbaju T warna hitam seragam (termasuklah aku).


Selesai acara semebelihan, daging mula dipotong dan ditimbang, dikira untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat. Acara sebegini pasti sahaja hampir serupa dengan mana-mana majlis di mana jua pun.

Ada yang melapah kepala, sebab ada permintaan yang mahukan otak lembu untuk dimasak Lemak Cili Padi. Perhhh...!

Acara memasak juga dilakukan oleh kaum ibu secara bergotong-royong, bermula dari kupas bawang, hiris daging, menumis... etc etc... (*Aku mendapat tugas khusus iaitu membuat air -- berkali-kali, bertong-tong, cuaca panas, air laris sekali).

Panjangnya barisan nak serah kupon dan ambil daging.


Daging Masak Asam Pedas, enak betul...!
Grup memasak dan yang membantu, posing tepi periuk.


...periuk Sup Tulang sama besar dengan periuk nasi dan periuk Asam Pedas Daging.

Selesai sahaja semua orang makan minum, borak-borak, ratah Asam Pedas Daging, hirup sup tulang panas, bersulam ulam dan Sambal Belacan, cuaca mulai mendung.

Ohhh.. part paling best sebab kemudian hujan turun dengan lebat sekali. Inilah peluangnya untuk aku main hujan, sebab khemah memang di atas padang, tentulah rumput yang dipijak sangat sesuai sekali. Tanpa selipar, walaupun tiada orang yang mahu memulakan acara membasuh periuk dan pinggan mangkuk, aku selamba memulakannya seorang diri. Kemudian sengaja rayau rayau kat padang kutip sampah pinggan dan cawan kertas yang bersepah.

Sedikit pelik di mata orang lain, tapi sebenarnya memang aku nak main hujan dalam cara yang tidak pelik. Hahahahahaha! Best siottttttttt...!

Lukus, basah, lenjun (or lencun?) tapi itulah sebenarnya yang aku nak buat. Yesss..! Yeahhh...!

*Daging korban ada 3 bungkus dalam fridge. Ada menu yang perlu disusun termasuk nak masak Sup, masak Mee Goreng Basah, masak Kicap....



~...ucapan korban mudah sekali diucap, tapi adakah semudah melaksana, atau adakah mungkin seikhlas yang pernah dilakukan oleh SERI BULAN dan HISYAM bilamana pengorbanan ikhlas lagi jujur mereka apabila “they are not meant to be together”...~



15 comments:

  1. bestnya!!!!.....main ujan adalah part yang paling suka...ehekssss...

    tadi dok tolong mak su lapah pala lembu gak...tapi otak tu bg org lain...yang tu x pandai makan...

    ni dok pulun sup tulang...kalau cam nie entah bila nak diet...

    ReplyDelete
  2. Waahh...
    makan tak ajak org eh...

    ReplyDelete
  3. Memang best majlis korban yang gini. Tak tau kenapa pengurusan masjid kat sini sekarang dah jadi macam institusi ketenteraaan dan keselamatan awam — semua benda rahsia dan sulit. Berapa bilangan binatang korban pun tak bagi tau. Dan upacaraq korban akan dibuat Sabtu nanti... alahai...

    ReplyDelete
  4. hee main ujan memang syok, kadang time nak balik keja, slalu gak doa kalu nak turun ujan, tunggu dah sampai rumah ble gak manfaatkan ujan

    ReplyDelete
  5. Hahahaha ... tak dapat bayangkan Kak AA sengaja membasahkan diri untuk bermain hujan. Jangan demam esok udah lah yer... tapi akak punya antibodi kuat punyer ... sekuat semangat akak ;)

    Seronok tengok penduduk yang bersatu hati bergotong royong macam ni. Sekurang-kurangnya bermakna Raya Korban tu pada mereka yang tak balik kampung.

    ReplyDelete
  6. meriahnya Kak Azie... gotong royong beramai2 kemudian makan beramai, kalau lagi syok makan dalam dulang beramai-ramai.. :)

    ReplyDelete
  7. Kakcik pun tengah fikir 'nak diapakan' dengan daging dan tulang dalam freezer tu... jangan2 sampai raya korban tahun depan.. masih duduk di situ lagi... ;-)

    ReplyDelete
  8. NAA > Memang main ujan adalah sangat besttt...! Ever!
    Btw, Kak Azie makan jugak otak lembu, tapi sebenornya malas nak ngerjakan.


    Salam Kak QUEENIE > hehehe ajak.. memang ajak. Tapi ajakan tu macam terawang-awang di atas bumbung umah Kak Q.. Ahaks!

    ReplyDelete
  9. KHAYALKHAYAL > Memang ada setengah2 tempat, pusat institusi agama; e.g. surau, masjid sudah menjadi suatu tempat orang2 yg ada kepentingan diri semata. Sedih dan kesal.
    Apapun, korban wajar sekali disertai, memeriahkan suasana, dan merasa wpun cuma 1 kilo daging. :)


    CEMOMOI > uishhhh memang best! Ever!!

    ReplyDelete
  10. ACIK MLMW > Betul, setakat ini, pakatan dan gotong royong masih kuat di sini. Wpun tak kenal ramai sbb jarang join, tapi kami tetap juga mesra.
    Ada jugak rasa pening semalam, bila dah tidor sekejap, legalah sebab tak demam.


    EN_ME > Meriah youuu...!

    ReplyDelete
  11. NIDA > Meriah bermula sejak dari pagi mengupas bawang lagi. Bila makan lagi lah meriah, cuma tak dapat makan 1 dulang kongsi ramai. Buffet saja.


    KAKCIK > Daging ni memang takleh makan kerap. Selang 2,3 hari baru leh ulang menu daging, kan?
    Tulang, sudah tentu Sup atau Kari + Dhal.
    Kalu nak cepat habis, potong kecil2 simpan buat rencah sayur atau rencah nasi goreng. :)

    ReplyDelete
  12. meriahh yaa...hik2..g tak pernah ade pengalaman mcm ni....

    ReplyDelete
  13. salam azie..bestnya acara korban ditempat u..tempat makcik tak buat begitu...seronok ramai2 masak n makan..
    tapi yg terbestnya ialah main hujan..yalah kita yg dah berumur ni bila lagi nak main hujan dipadang kan..terasa nak join sama..hehe..

    ReplyDelete
  14. OGY > jika belum, cuba sertai di lain kali jika berpeluang. Best...!



    MAKCIK MERIAM > Sebenornyer, saya bukan kenal ramai sangat di situ, maklum kita bekerja jarang nak join. Tapi kami tetap mesra (peramah ler katakan, hehehe).

    Main hujan? Best...! Ever!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails