Saturday, November 13, 2010

Bila Aku Keliru Erti Produktiviti, Kenapa Aku Mesti Undur Ke Belakang?

Terimakasih banyak kepada sekian banyak komen-komen di entri terdahulu, tak sempat nak respons semua, tapi I really appreciate it...

Siapalah aku kalu bukan disokong oleh blogger juga, kan?

Dan siapalah aku, kalu tak bercerita pasal makan-makan... dan Makan Sakan-Sakan.

Entri bertarikh 12 Nov:
Sarapan aku pagi tadi, tak ler sakan sangat. Mee Goreng saja, jemu dah Nasi Lemak walaupun aku singgah belikan Nasi Lemak untuk kawan sekerja, tetapi tidak untuk diri sendiri.


Macam biasa, Air untuk memulakan hari, memanaskan enjin yang semakin meningkat usia ini... Paket tanpa jenama, dicampur dengan jenama kegemaran.

Menyambung kerja semalam (sebenarnya, memulakan semula dari A...) bermula seawal 9 pagi. Menjangka client tersebut pasti akan tiba sebelah pagi, segalanya harus dilajukan dan dicepatkan mengikut kadar sewajarnya.

Yeahhh... ketika dia mampir dan duduk di sebelah, menyemak itu ini, sambil menambah content for the new article, aku sudah selesaikan hampir 90% tugasan. Tanpa perasaan, tanpa prasangka, tapi itulah dia, the way how I work...


Baiknya hati client, belanja lunch... Nasi Lemak berlauk Ayam Kari.
(Kerana aku jarang lunch, so aku makan tak abih pun.)



Selesai, tetapi sebenarnya tidak. Sesuatu yang aku sukar menerima, adalah apabila tugasan yang selesai itu sebenarnya “tidak boleh selesai” pada hari ini. Kenapa? Dan aku diberitahu (ditegur sebenarnya), sepatutnya tugasan itu harus diselesaikan dalam masa 2 atau 3 hari. What? Aku terkedu bagai tidak percaya.

Kenapa bila aku boleh menyelesaikannya dalam masa tidak sampai sehari, mesti dibawa kepada 2 hari? Itulah sebahagian budaya (can I said, budaya??) atau cara kerja yang masih ada, masih diamalkan dengan beberapa alasan; antaranya: jika kita terlalu cepat menyelesaikannya (sedangkan dalam persetujuan, mereka menjangka tempohnya lama sedikit), pihak client dikhuatiri akan “demand for the next project”, mengharapkan speed yang sama pada ketika yang lain. Jika waktu itu sedang busy, handle project lain, adakah kita mampu buat mengikut speed yang diharapkan? Ya, aku dapat melihat keadaan yang diramalkan itu...

Tetapi pendapat aku pula, menyebut speed bukanlah suatu pujian tetapi as I said, itulah cara aku bekerja. Terbiasa, terdidik dan di“trained” bekerja mengikut dateline yang ketat, sentiasa tight, malah bekerja di bawah pengurusan yang tegas dan penuh disiplin, aku sukar menjadi seorang yang melangkah ke belakang semula...

Bertahun-tahun bekerja dengan cara kerja orang UK (my ex-Bos memang orang Glasgow, my ex-manager memang permastautin tetap UK), jadi aku terbiasa bekerja mengejar masa, menjaga kualiti ke tahap yang terbaik, bersaing untuk menjadi the best among the best...

Malah terbiasa juga mengendalikan kerja yang melibatkan buku perubatan yang beribu-ribu pages... sudah lali dengan client cerewet, even satu “full stop” atau satu “sland, or colon” tertinggal pun tetap disebut “error”.

Walaupun aku tidak pernah mengharap tinggi di tempat yang baru ini, tidak mengharapkan segalanya harus sama, tetapi aku tidak boleh berkompromi pula untuk menjadi pura-pura, tiba-tiba menjadi seorang yang sangat perlahan, seolah-olah berada di zaman 70-an! Bukankah jika kita mampu dan berjaya menjimatkan masa dari 2 hari kepada sehari untuk project yang simple, kenapa tidak? Bukankah masa yang lebih dapat diruangkan untuk job yang lain? Apa erti produktiviti sekarang?? You tell me larrr...

Menutup mata sebelah dengan sekeliling, mengajar hati untuk menerima seadanya kerana kurangnya pilihan buat masa ini, tetapi tetap tidak dapat menghentikan hati berkata, otak terus berfikir ligat dan nampaknya blog sajalah tempat meluahkan rasa yang tersimpan. Bukan mempertikai, tetapi nampaknya aku memang masih belum dapat menerima budaya seperti ini.

Biasanya, budaya yang orang sentiasa kejar adalah untuk bersaing ke pucuk di atas, tetapi arus yang sedang aku harungi adalah, menjadi sesuatu yang mesti menongkah arus...! Pelik...

Mengakui aku memang tidak pandai rentak bisnes, langsung bodoh tentang sepak terajang dan kata manis bodek orang berniaga, lalu menerima ini sebagai suatu kelemahan aku dan cuba untuk belajar menyesuaikan diri walaupun itu akan membuatkan aku menjadi pura-pura...! Macam mesin tua...!


*Semasa 7 tahun bertugas di Jalan Loke Yew dulu, dibawah pengurusan seorang Supervisor bernama IVAN (Chinese man yang pandai mengalunkan azan...) dia adalah orang pertama yang menggelarkan aku “Speedy Gonzalez”.

New stand calendar 2011, dari client... my paberet kaler; PURPLE..!


~...HISYAM tidak pernah kenal erti lambat atau cepat, apa saja yang ada dalam kotak fikiran, sentiasa dikeluarkan tanpa sedar isi kotak itu sebenarnya hanyalah kain buruk buat mengelap si air mata seorang SERI BULAN...~




16 comments:

  1. heh dah macam crita antara dua benua ni...

    ReplyDelete
  2. CEMOMOI > Cerita jer, belum bercinta lagi... hahahahaha

    ReplyDelete
  3. baru-baru nie acu ditugaskan dalam 1 projek bersama team baru...dah terbiasa dididik bekerja tanpa mengira masa tiba-tiba acu dapat tau team baru nie berkira pulak dengan masa & suka buat keja last minit...OMG...stress jadi nye..

    ReplyDelete
  4. Salam Azie....tukar kerja baru atau tukar boss baru....?

    itu cabaran buat you Azie, akak percaya Azie cukup kuat utk menanganinya, fikirkan boleh!

    Ivan pandai azan? menariknya..
    boleh tulis citer sikit ttg dia, gambar sekali, mesti menarik punya...

    OOOps..bila you ada free lar eh? skrg tumpukan pd kerja dulu...

    ReplyDelete
  5. ACU > Betul tu, Kak Azie leh faham apa yang ACU dok rasa. Bila kita begitu bersungguh gigih mengikut aliran kerja yang sepatutnya, tetapi ada lak yang nak buat dgn cara terbalik..

    ahh tension nyerrr

    ReplyDelete
  6. QUEENIE > Salam Kak Q. Teirmakasih, semangat dan sokongan. Memang saya sedang mempertimbangkan beberapa usaha lain.

    IVAN, sudah lebih 10 tahun saya terputus hubungan dgn dia, tidak tahu di mana di berada sekarang, gambar pun tak pernah simpan.
    Memang dia pandai azan, malah selalu beri salam, selalu baca Bismillah tetapi sehingga kami berpisah (dia resign dulu), saya tak pernah dia memeluk Islam..
    Dia memang berjiwa Melayu, tinggal di kawasan ramai Melayu dan boleh azan kerana rumahnya hampir dgn masjid...

    ReplyDelete
  7. rasanya saya juga mengerti dengan "budaya" yang akak maksud kan. bila dah mengalami sendiri keadaan sedemikian, baru lah saya tahu & faham akan kesannya. situasi sya juga hampir sama dgn akak walaupun berbeza sangat dari tugasannya.

    ReplyDelete
  8. suka posting nie...honest opinion...

    ReplyDelete
  9. Yang penting kita kena ikhlas dalam pekerjaan kita...


    Kalau tak rasa nak berhenti pun ada... (pernah dulu)

    ReplyDelete
  10. laaaa...mcm tu pulak. patut lg best ada pekerja efisien mcm nie...

    ReplyDelete
  11. NAA > Jujur sekalipun, tetap tidak boleh terlalu direct...


    AZRINA > sentiasa ada rasa nak berhenti, tapi juga rasa malas nak memulakan semula..



    ANA > Majikan pun manusia, memang tidak pernah sama.. Sometimes, di luar jangkaan.

    ReplyDelete
  12. Semoga sentias maju ke depan....


    ...tak tau nak komen apa setelah terkesima melihat nasi lemak tu!

    :D

    ReplyDelete
  13. salam kenal,
    kunjungan balas... saya sudah folo akak pulak... hehe
    'ayat mesti mau powerrrrr' luv this!

    ReplyDelete
  14. pandai kerja dalam pandai makan ..

    uhuhukkkk hukk

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Itulah yang saya rasa masa mula2 masuk gomen dulu...sila jangan terlalu cepat, nanti hasil yang cepat itu bolehkan kita naik pangkat dengan cepat hingga boss pun tekan kepala kita pelan2 supaya perlu sentiasa tunduk di bawah tapak kakinya hu hu hu

    Ramai orang sangat SUKA HATI bila kita banyak masalah. Kalau kita kata kita ok sahaja dan sentiasa positif ke hadapan...sudahnya akan dibomohkan, disihirkan supaya kekal di bawah tapak kaki mereka. Sadis kan?

    Bila malaysia nak maju kalau macam ni?

    ReplyDelete
  16. salam...

    lapar rasa tengok nasi lemak lauk ayam tu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails