SEMALAM...
Aku menerima “suara” seorang kawan lama, orang jauh tetapi suatu ketika dulu pernah dekat di hati. Heeee... lama sungguh tidak mendengar suaranya, apa lagi melihat wajahnya. Lebihkurang 24 tahun, terpisah oleh aliran waktu, laluan takdir masing-masing.
Dulu memang aku dan dia macam belangkas walaupun cuma lebihkurang 6 bulan sahaja. Alam remaja yang menakal, alam persekolahan yang tidak satu pun pahit buatku. Kerana aku jenis sukar melihat kepahitan sebagai irama hidupku. Sejak dulu seboleh mungkin mencari kegembiraan, membuat kegembiraan dan berkongsi kegembiraan. Segalanya manissss...
Mungkin hari ini, bual bicara bukan lagi ayat-ayat dulu, bukan lagi cerita tentang sekolah, kerja rumah atau cikgu mana yang tak suka, cikgu mana baik... Borak sembang hari ini, lebih matang, lebih serius walaupun sudah tentu aku tak henti-henti gelak dan menyakatnya.
Aku menerima “suara” seorang kawan lama, orang jauh tetapi suatu ketika dulu pernah dekat di hati. Heeee... lama sungguh tidak mendengar suaranya, apa lagi melihat wajahnya. Lebihkurang 24 tahun, terpisah oleh aliran waktu, laluan takdir masing-masing.
Dulu memang aku dan dia macam belangkas walaupun cuma lebihkurang 6 bulan sahaja. Alam remaja yang menakal, alam persekolahan yang tidak satu pun pahit buatku. Kerana aku jenis sukar melihat kepahitan sebagai irama hidupku. Sejak dulu seboleh mungkin mencari kegembiraan, membuat kegembiraan dan berkongsi kegembiraan. Segalanya manissss...
Mungkin hari ini, bual bicara bukan lagi ayat-ayat dulu, bukan lagi cerita tentang sekolah, kerja rumah atau cikgu mana yang tak suka, cikgu mana baik... Borak sembang hari ini, lebih matang, lebih serius walaupun sudah tentu aku tak henti-henti gelak dan menyakatnya.
Siapa yang boleh lupa alam persekolahan? 2 tahun di Tingkatan 6 sukar sungguh melupakan segalanya. Bangunan sekolah, jalan masuk, beriring pagi petang... Kantin sekolah, pokok rimbun tempat berteduh melepak sambil bergurau menyepak kaki teman.. Makan ABC di gerai kegemaran, library berebut buku.... Aduh!
Memang zaman Tingkatan 6 paling best. Aku kenal dia masa itu. Di sekolah baru, kawan-kawan baru. Dia dikira baru bagiku, tetapi ramai kenal dia paling jahat. Dan yang jahat itulah menjadi sebaik-baik pelajar kepadaku. Alahaiii.. perangainya ibarat budak sekolah yang langsung tak makan ajar, entah apa yang membuatkan aku begitu rapat dengannya. Aku sudah lupa, lupa bagaimana ia bermula...
2 bulan sahaja kami sekelas. Aku berpindah sekali lagi ke daerah lain, sekolah lain, kawan-kawan lain. Tapi tetap juga aku mengulangi jalan-jalan lama, pekan yang lama, asrama mereka yang lama. Seminggu sekali, pasti aku muncul seolah-olah tidak boleh berpisah. Bercinta? Malu sungguh nak mengaku waktu itu. Ada rasa sayang? Rasanya tidak kot, tapi pasti nak jumpa dia. Renungan matanya, usikannya, perhatiannya, cerita-ceritanya. Huuuuu... perasaan remaja. Tak perlu dihurai kerana semua orang tahu.
Malangnya, antara kami waktu itu, cool sangat. Tak perlu nak guna ayat bunga-bunga. Bahasa walau kasar, gurau walau tahap “loklak” habis, tapi persahabatan kami terkawal cukup baik. Malah seingatku, tidak pernah dia mengucap kata sayang, atau aku mengakui sesuatu perasaan. Tidak pernah langsung. Tapi aku yakin dia juga tahu apa yang aku rasa... Waktu itu, dia sekali sekala seperti mengelak ku, mungkin merasa tidak wajar pada istilah “intim” tetapi aku tidak pernah menyalahkannya. Sebagai perempuan, aku tidak pernah mendesak apa-apa. Budak sekolah la katakan. Diam jer, mana berani nak lebih-lebih. Bersurat cinta pun tak pandai, ada tak ada pun, aku rasa kad raya jer.. Hahaha! Mana mampu nak bersurat guna pos pun....
Dan, kami terpisah oleh masa. Masa yang begitu panjang... Peringkat awal, setahun dua, aku pernah cuba mengutus. Beberapa kali. Malangnya dia langsung tidak membalas. Tidak sekali pun. Aku tidak merasa marah, kerana kami tidak pernah berjanji apa-apa. Sekurang-kurangnya tiada siapa pun akan rasa bersalah atau dipersalahkan.
Sesekali pulang ke kampung, melintasi laman rumahnya, terdetik juga hati, menyoal “di mana dia saat ini?”
DAN..
Hari ini, suaranya ku dengar lagi...
Dalam nada yang cukup berbeza...
Kerana antara kami tidak pernah lupa...
Takdir hidup sebegini rupa...
Tidak mungkin mengulangi kisah lama...
Kerana tiada janji yang dikota...
Hari ini, suaranya ku dengar lagi...
Dalam nada yang cukup berbeza...
Kerana antara kami tidak pernah lupa...
Takdir hidup sebegini rupa...
Tidak mungkin mengulangi kisah lama...
Kerana tiada janji yang dikota...
LALU...
Aku mensyukuri apa yang kuterima. Persahabatan kami tidak pernah tercalar oleh apa pun jua. Ku bawa rasa hormat itu hingga ke hari ini. Semoga perasaan itu kekal sampai bila-bila...
Aku mensyukuri apa yang kuterima. Persahabatan kami tidak pernah tercalar oleh apa pun jua. Ku bawa rasa hormat itu hingga ke hari ini. Semoga perasaan itu kekal sampai bila-bila...
~...semasa mengajar sambilan di sekolah yang bertiang buluh, sungguh malu SERI BULAN kerana kasut tertinggal di becak bila tumit terbenam, memaksa HISYAM mengendong ke kelas kerana gadisnya ketakutan lumpur...~
nasib tak jadi surinya...
ReplyDeletetingkatan enam dah matang kira waktu tu..atau hampir matang.
wah....mengimbas kenangan lalu yer.
ReplyDeleteAmboi...rasa macam dok baca buku Tongkat Warrant pun ada jugak.....sat2 rasa macam A Samad Ismail!!! Heh3...
ReplyDeleteAmboi.... sesekali mengenang kisah lama zaman muda remaja... seronok juga kan?
ReplyDeleteSesekali menyulam kenangan! :)
ReplyDeleteSalam Kak Azie, form 6....emmm sy pun students form 6 dulu. Rasa mcm senior sgt dah masa tu :)
ReplyDeleteBaca cite akak, teringat pulak cite sendiri hehehe...
silap akak la tak jumpa saya waktu tu, sebab saya penulis surat cinta kengkawan kalu dak bule tulung karang skali... heee
ReplyDeletePerasaan yang mungkin orang lain tak tahu dan disimpan sampai bila2.kak Zai juga ada kenangan sebegitu tapi kami berutus surat sampailah dia mengetahui kak Zai dah berpunya.Akhirnya kak Zai kawin dengan orang lain hehehe...
ReplyDeleteMenarik azie.... Orang muda sekarang suka berjanji tapi tak ditepati
ReplyDeleteItu yang banyak kes patah hati
haha.. kelakar komen cemomoi..tak tahu pulak ada tukang karang surat cinta, sure jenih mat bunga.. oopss..
ReplyDeleteapa pun, kenangan masa sekolah is the best.. duniya tanpa masalah.. :)
Yang terbaik tentang 'persahabatan' ialah ia dimulakan dengan persahabatan dan kemudian... ia takkan pernah berakhir... insyaAllah!
ReplyDeletemostly kawan lama saya masa sekolah rendah dan menengah..seme jumpa balik dalam fesbuk...
ReplyDeletesuka sgt2 jumpa dorang..semua sudah berubah..almaklumlah..hampir 20 thun xjumpa...hhee
skrg..yg jd penghubung hanya fb..ada gak guna fb ni..
bila belangkas jalan ... 'tombak' nya tu kat depan ke kat belakang??
ReplyDeleteberbunga di hati ..
ReplyDeletebila ingat zaman skol dulu..
happy & enjoy
ati dulu skol semua girl je
salam..
ReplyDeleteseronok jumpa kawan lama...
Aslmkm Azie.
ReplyDeleteNostalgia jiwang yg indah! :)
Setiap orang memang ada cerita sendiri ... membuat kita insaf betapa kerdilnya insan!
Semuanya adalah ketentuan Illahi.
AnugerahNYA tetap terbaik untuk kita.
blogwalking...sronok bila imbau kenangan zaman sekolah dulu...macam-macam perkara kita akan ingat terutamanya "cinta monyet" time skolah...kadang-kadang kita berasa menyesal kenapa tak pernah luahkan hasrat di hati kepadanya dahulu...huhuhuhu
ReplyDeleteAha...bukak diary lama eh... hehe...
ReplyDeleteapa kata Hisyam tatkala Seri Bulan meluangkan masa mengira kerdipan kejora di kejauhan langit sana?
sedangkan Hisyam terus berkira-kira waktu dijarum jam yang semakin menghampiri pagi......seorang diri.
hihihiiiii....Q.
ABU MUAZ:
ReplyDeleteMatang, tapi masih macam budak-budak.
EELOBOR:
Terimbas bukan mengimbas...:)
UNCLE:
ReplyDeleteJauh benor bandingannya tuh. Saya buat entri merapu jer...
VIC DIANA:
Seronok bila sekali sekala. Jemu bila dah selalu sangat.
KAKCIK:
ReplyDeleteMenyulam guna benang bulu kambing, kambing yang tidak mandi..:)
HASLEENA:
Wahhh mesti ada banyak kenangan gak tuh, kan? Nanti buat entri yaaa...
CEMOMOI:
ReplyDeleteYe lahh.. memang silap Akak tak jumpa ko dulu ek... alamak. > tepuk dahi!
KAK ZAITUN:
Jodoh kan... Mana kita boleh sangka akhirnya nak kahwin dengan siapa...
CIKGU NORMAH:
ReplyDeleteTak berani tunai, baik jangan berjanji apa-apa.
AANAS:
CEMOMOI tu tak pasal-pasal kantoi.. hehehehe
KHAYALKHAYAL:
ReplyDeleteBenar. I suka komen U ini...
SARAH:
Apa juga web sosial, tak kira FB or bukan, jika benar cara kita guna, pasti berguna...
DrSINGA:
ReplyDeleteTombak belum tumbuh, Dr...:)
ATI:
Alaa.. sekulah pompuan pun best jugak. Ngorat cikgu lelaki. Ahaks!
SEKAMAR RINDU:
Salam. Konpom seronok...!
Salam DRFAUZIAH:
ReplyDeleteBenar, bila semakin matang, semakin kita redha dengan takdir diri kita...
MISZ SAYANG:
Salam. Sila masuk. Terimakasih.
Cinta monyet, tempat begayut sampai dahan patah...!
QUEENIE:
Diari lama sudah ilang dalam simpanan. Ni main agak-agak saja.
Ada lagi kejora di musim ujan nih? hehehehe