2,3 hari lepas, aku pernah bercerita tentang zaman sekolah rendah (ENTRI sini), di mana aku memang berjalan kaki ke sekolah, dan sekali sekala sahaja naik basikal dihantar arwah AYAH dengan basikal tuanya. Pelantar besar ok.. Duduk celapak di belakang, kaki tergantung. Hahahaha!
Bila menjejak ke sekolah menengah, kami adik-beradik naik bas sekolah khas yang dibayar bulanan oleh arwah AYAH.
Zaman persekolahan aku memang cepat berubah, berbanding zaman kakak-kakak dan abang-abang aku. Abang-abang tidak pernah berulang alik, semua mereka tinggal di asrama.
Bila menjejak ke sekolah menengah, kami adik-beradik naik bas sekolah khas yang dibayar bulanan oleh arwah AYAH.
Zaman persekolahan aku memang cepat berubah, berbanding zaman kakak-kakak dan abang-abang aku. Abang-abang tidak pernah berulang alik, semua mereka tinggal di asrama.
Pergi ke sekolah dengan bas ada juga pahit manisnya. Berebut tempat tetapi ada setengah kawan-kawan aku suka berdiri, bergurau senda, malah yang paling kelakar suka sangat bersidai di tepi pemandu (sebab pemandu muda yang agak hensem rajin melayan budak sekolah), juga suka berdiri di tangga. Dulu, tak pernah terfikir pun tentang soal jatuh tangga, atau soal akta melarang murid berdiri di tangga (macam sekarang), atau mewajibkan setiap bas ada konduktor (tapi tak kutip tambang). Apatah lagi terfikir nak cabul murid sekolah...! Langsung tak ada.
Jarak yang jauh berbatu-batu, aku terpaksa keluar seawal 6.00 pagi menunggu di tepi jalan. Andai terlepas masa, terpaksa menunggu bas sekolah tersebut berpatah balik selepas mengangkut murid-murid lain yang lebih jauh. Dan jika naik sewaktu pusingan kedua, alamatnya kena berdiri, melepas bangku kegemaran. Waktu itu, seperti ada undang-undang tidak terumum, murid lelaki menguasai 2 baris kerusi belakang, (murid lelaki lebih ramai berbasikal, atau tinggal di asrama) dan perempuan di kerusi-kerusi hadapan. Aku suka duduk kerusi akhir untuk perempuan. Hahahaha...! (ada ler sebabnyerrrr... Ahaks!)
Beg-beg sekolah pula dilonggok di hadapan, tempat khas (sebenarnya tempat enjin) di tepi pemandu. Tak pernah risau pun soal hilang, malah lebih mudah kerana tidak perlu berhimpit-himpit dengan beg sandang atau buku-buku tebal di tangan. Yang kelakarnya, beg atau buku siapa di bawah sekali, akan dapat “beg panas suam” macam baru keluar dari oven. Kahkahkah!
Waktu itu memang ada klik tertentu. Aku ngam dengan 3 kawan lain (seorang darinya masih menjadi sahabat hingga hari ini, yang lain entah lesap ke mana), kami rapat sejak Form 1 lagi hingga SPM. Suasana dalam bas sekolah seperti dalam rumah sendiri, bergurau dengan semua, kerana itu lah juga muka yang dilihat setiap hari (berbanding sekarang murid sekolah bercampur dengan orang awam). Jadi kami sangat mesra walau kadang-kadang bermasam muka juga.
Selalu kami menakal, bila tiba di rumah masing-masing, kami jerit “Tak ada!”, dan bas akan terus ke jarak yang lebih jauh. Kami tahu bas akan berpatah balik “kosong” kerana depot bas dekat dengan pekan. Jadi kami mengambil peluang untuk turun sewaktu pusingan, makanya dipanggil “makan angin”. Seronok macam anak-anak kecil dibawa meronda dengan kereta. Pemandu yang sporting tak pernah marah walaupun selalu juga membebel-bebel tetapi anak-anak remaja perempuan memang tak makan saman... Hahaha! (Boleh tahan gak hensem, bujang pulak tu..)
Form 6, 2 tahun di Bagan Serai, aku tinggal dengan arwah Abang Ngah, dan kembali berjalan kaki ke sekolah yang jarak begitu dekat (sekolah sebelah taman perumahan), loceng berbunyi pun boleh dengar dari rumah, dan aku bergerak 5–10 minit sebelum loceng. Kalau boleh balik waktu rehat, pasti aku balik tetapi mana ada undang-undang sekolah, murid boleh keluar pagar waktu persekolahan. Sudah dekat dengan sekolah, mudah pula aku berulang alik ke padang, library atau aktiviti persatuan sekolah di sebelah petang.
Dapat rehat dan makan di rumah dulu, tidak penat sangat, malah lebih happy kerana tidak perlu tergesa-gesa mengejar bas sebelah petang. Malah sempat pula kami lepak di gerai ABC kegemaran atau meronda pasar malam sebelum bergerak ke rumah menjelang senja. Tentulah kami bergerak dalam “klik” kami tertentu, maklum kalau dah Tingkatan 6, “ranggi dan power” tu pasti ada sikit sebanyak, kan? Heheheheh....
Entah di manalah kawan-kawan SMAI sekarang?
Tiada ramai yang dapat aku hubungi hingga ke hari ini... (mujur ada FB)
Semoga mereka semua menjadi orang yang berjaya, sukses dalam kehidupan masing-masing.
Benih yang baik...
jatuh ke laut menjadi pulau...
campak ke darat menjadi bukit...
jatuh ke laut menjadi pulau...
campak ke darat menjadi bukit...
~...setiap kali berulang ke jeti, melintasi laman Teratak Nyatuh, kerlingan HISYAM jelas terlihat di mata SERI BULAN, yang seperti sudah mengira waktu menanti, lalu mengintai di celahan kain tutup tingkap yang pudar tetapi tidak kusam...~
teringat zaman sekolah dulu2...sek rendah gi sek naik basikal...sek menengah dh masuk asrama...tak rasa nak bas gi sekolah :)
ReplyDeletesy cuma di ting 6 jer naik bas, yg lain tu jln kaki sbb berjiran ngan sekolah, hahaha
ReplyDeletehehehehe, nie teringat kesah dolu2 ada kenangan terindah ker?
ReplyDeletenakal jiga zmn dulu2ye..
ReplyDeletebaca coretan kak azie ni tetiba lak teringat kisah sendiri naik bas sekolah jugak gi sekolah.. heheh.. masa tu best kan kak.. memang takde lah istilah, takut jatuh tangga ke, takut kena cabul ke.. tak terlintas langsung kat kepala masing2.. sungguh suci jer sumer orang.. kekeke..
ReplyDeletebas yang tingkapnya boleh turun naik 'vertically' tu kan...
ReplyDeletekalau hujan..tutup tingkap..hapakk satu bas tak ada ventilation...
acu tak penah merasa naik bas sekolah...sekolah rendah cuma di belakang rumah...bila sekolah menengah,acu tinggal di asrama..
ReplyDeleteAzie..
ReplyDeletebila baca kisah azie teringat kisah akak..
pernah pergi sekolah jalan kaki, naik basikal, naik bas...
sebab apa...
sebab sekolah taklah jauh mana...
dengan semua pengangkutan pun boleh....
ANA:
ReplyDeletePegi sekolah naik beskal dgn kengkawan, best!
MAKSU:
Jalan kaki lak dengan kengkawan, jaga-jaga dikejar angsa.! hahahaha
EELOBOR:
ReplyDeleteKenangan terindah? adaaa.. mesti ada.
HAMIZAH:
Paling nakal...!
AANAS:
ReplyDeletedulu kat kampung, semua orang kenal satu sama lin, setidak-tidak tahu anak siapa.
DrSINGA:
Yeaahhh.. betul tu. kelakar!
ACU:
ReplyDeletePengalaman asrama pun best gak tu..
AKAK:
Sekolah dekat pun tetap tak leh lari balik time rehat. huhuhuhu
betuilah kak azie..
ReplyDeletedulu2 gi sekolah jalan kaki jauh sgt jln dgn kwn2 pagi2 takde pun kes..culik ke..cabul ke...
ATI:
ReplyDeleteKemajuan dan kecanggihan hari ini sebenarnya menuntut harga yang tinggi...
baru ku tahu anda pernah bersekolah di SMAI..hehe
ReplyDeleteneway, penceritaan sangat fun..siap boley terbayang..maklum saja sejak dr kecil dihidang cerita sebegini, lebih2 lagi cerita zaman jepun,..haha