Sunday, November 21, 2010

Shout Awards 2010: “Apa yang dishout”?...

Yeah.. setelah berminggu membuat promosi di corong radio, malam tadi berlangsung secara live, SHOUT Awards 2010. Aku tak tau ini kali ke berapa, sebab memang bukan taste aku nak follow.

Jelas lagi ketara, program anugerah ini memang selera orang muda, para remaja yang gemarkan dunia hiburan esp. muzik.

Wajar juga dipuji usaha untuk mengiktiraf para pengkarya muzik, lagu dan sebagainya tu, dengan memberi anugerah sebegini. Tetapi kemenangan semuanya terhasil dari undian. Vote melalui online (ditaja CELCOM). Ramailah para remaja yang vote tu.

Calon-calon pun memang kita leh nampak, rata-rata adalah dari golongan muda, dgn genre muzik yang mengikut selera sekarang.

Malam tadi, bersiaran langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil. Konsepnya sama gak kot macam tahu lalu. Simple, macam party, takda protokol, takda jemputan VIP, takda perasmian, takda ucapan.. tapi muzik sentiasa kedengaran, bersulam jeritan-jeritan dari pelusuk sudut stadium. Itulah agaknya yang dinamakan Shout tuh?

Biasanya kalu Sabtu, jam 10, memang remote di tangan aku, sebab agenda wajib adalah tengok Cerekarama. Shout Awards bermula awal so my anak-anak dara layan dulu, tapi depa pun tengok part bagi awards jer, part persembahan semua tak tengok. Memang banyak betul persemahan, kejap-kejap nyanyi, itu yang tukar channel.

Pada aku biasa sajalah, takda menda pun yang nak dishoutkan. Cuma aku tertarik ketika Adibah Noor dan Ning Baizura naik berganding mengumum dan menyerahkan award. Pengalaman mereka berdua, menjadikan mereka begitu bersahaja dalam berucap, begitu berjaya menceriakan suasana, wpun sangat simple dan santai.

Pemenang-pemenang pun pada aku, layak lah kot.. Faizal Tahir menepati ramalan. Nur Kasih pun layak. Tahniah buat ZIZAN yang juga berjaya, hebat! Masa ambil award sempat buat lawak lagi, cayalah. Itulah kriteria orang menang.

Bila jam 10pm, nak layan drama. Nampak pelakun hebat-hebat, tapi pengarah Erma Fatima. Drama berat. Aku suka gak layan heavy drama, dari pengarah-pengarah e.g. Rashid Sibir, Feroz... tapi when it comes from Erma Fatima... adehhh aku memang tak leh. Walaupun rindu nak tengok lakunan Sofia Jane semalam, tapi aku tengok sekerat saja drama tu. Meleret.. slow!

Sudahnya, Shout Awards tengok sekerat, drama pun tengok sekerat..


Copy result dari website Shout Awards:
Rockstar Award! – Bunkface
Favourite TV Personality Award! – Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award! – Lagenda Budak Setan
PopStar Award! – Yuna
Power Vocal Award – Faizal Tahir
Fresh TV Series! – Nur Kasih
Favourite TV Program! – Showdown 2010
Music Video Award! – Bunkface
Flava Award! – Mizz Nina
Hot Guy Award! – Henry Golding
Hot Chick Award! – Scha Al Yahya
Coolest Radio Annoucer Award! – Phat Babes Fly FM
Favourite Radio Show Award! – Hot FM AM Krew
Best On-Screen Chemistry Award! – Papadom (Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay)
Mobile Artiste of The Year Award! – Sixth Sense
Break Out Award! – Yunalis Zarai
The Ultimate Shout! Award! – Yunalis Zarai


*What? Hot Chick dapat kat SCHA? hahahahahaha. Bukankah dia tu “boyish”?. Yeahhh selera aku memang selera orang tua...



~...semakin tua semakin mudah pula merasa gula itu terlalu manis, garam itu sangat masin walau hanya secubit, tapi kenapa bila ditinggal lama, SERI BULAN sukar sekali merasa pedih?...~



13 comments:

  1. maseh tertanya tanya siapa gerangan seri bulan...adakah suatu cerita novel yang diusahakan azieazah?

    ReplyDelete
  2. huhkhuk
    tgk jgk kejap semalam..
    tp frust sebab siti kalah

    ReplyDelete
  3. NURSALAMAH > :)
    Salam, I cuba nak listkan blog U, tapi tak nampak lagi blog tu.
    Biarlah pertanyaan itu, menjadi simbolik dulu buat masa ini.
    Thanks for reading.


    LELAKI INI > SITI kalah di tangan siapa ek? Kategori PopStar tu ek? YUNA yang dapat...

    ReplyDelete
  4. macamana nak list kan..belum terbina pun blog kerana tiada yang boleh diisi :) hanya untuk berkunjung membaca cerita menarik dan meninggalkan komen :)

    ReplyDelete
  5. Salam Azie...

    kakcik pun tengok sekerat je cerekarama semalam, sudahnya cerekarama tonton kakcik berdengkur!

    Pagi ni sambil2 layan 'Pondok Plastik Tepi Kubur' di Astro Prima dan masak nasi lemak di dapur... :)

    ReplyDelete
  6. haha...ktorang semalam berebut tgk badminton..smpi dh start cerekarama dah..skali tgk cerekerama, cita bosan duk jerit2..semak trus..

    last2 br layan shout award..tu pun tgl lagi stgh jam nak abes..hee

    ** br tau nama yuna = yunalis zarai..haha

    ReplyDelete
  7. salam..

    lama x tahu perkembangan ttg Sofea jane...

    ReplyDelete
  8. NURSALAMAH > Nanti jika sudah tercipta, harap dikhabarkan yaaa...


    KAKCIK > Drama Pondok Plastik tu pun kami layan gak pagi tadi. Untuk kali yang ke-3..
    Best kan, drama Aidil Adha hari tu.

    ReplyDelete
  9. NORASHIKIN > Cerekarama mlm tak ntah apa-apa.
    I tak minat Norish Karman.



    SEKAMAR RINDU > Rasanya anak Sofea ada 3 orang, semua pompuan.

    ReplyDelete
  10. tak ikut mana2 pun azie, shout maut ke atau cerekarama tu...semalam dok layan tengok dvd cetakrompak...Predator


    dibiar kesepian

    ReplyDelete
  11. CIKGU NORMAH > Predator? Wahh citer tu best tu..

    ReplyDelete
  12. acu ada di stadium putra malam tadi layan shout awards bersama dgn 3 org ank sedara acu..hehehehee

    pengaruh AWAN DANIA cukup kuat kot sebab tu Scha menang...tapi maaf le acu tak minat dia...huhuhu

    ReplyDelete
  13. ACU > Tengok sendiri secara live begitu pasti suasananya berbeza, kan?
    Rasanya SCHA tu menang sebab dia muncul heroin dlm KL Drift 2.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails