Sunday, November 28, 2010

GADISBUNGA: Dah Lama Tak Kena Tag, Kini Jawab Sungguh-sungguh...!

Seorang lagi blogger yang aku rasa perlu dihargai dan disokong adalah GADISBUNGA, yang tak pernah miss masuk rumah aku, melompat-lompat di laman rumput – jangan sampai terpijak katak lagi yerrrr...

Katanya: “Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it’s because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!”

25 jer? Kenapa tak 50 ker... 250 kerrr... hahahahaha! (Aku ulang sebahagian dari tag yang pernah kena dulu).


1. Aku suka warna PURPLE. Walaupun juga minat HITAM, tapi PURPLE tetap dari dulu sehingga kini.

2. Aku seorang yang sangat peramah, suka buat lawak, yang paling ketara, suka GELAK, sampai masa kat skulah dulu, ada cikgu nak jahit mulut aku — pertama sebab gelak, kedua sebab aku kuat latah. Tapi bila dah lama-lama, latah tu makin kurang, dan kadang-kadang langsung tak latah pun wpun terkejut. Terror tak aku? Hikhikhik!

3. Aku suka membaca. Suka sangat, tahap GABAN. Surat khabar bungkus nasik lemak pun aku nak baca wpun mungkin setakat satu perenggan. Buku-buku terlalu banyak, menjadi milik peribadi yang sangat disayangi (Penulis yang paling aku suka, AL-TAHA).

4. Juga suka menulis, mengarang, berkarya tetapi harus diakui, aku bukan seorang penulis yang baik. Walaupun sajak pernah tersiar di majalah, tetapi kekangan waktu membuatkan sajak aku lambat bertambah. Sekarang ni sebagai mengekalkan minat, aku menjadikan acara malam puisi bulanan di Rumah PENA sebagai rutin. Pernah terpilih ke final Puisi Merdeka di Rumah PENA juga. Kemudian pernah berpuisi satu pentas dengan A. Samad Said sempena Merdeka, majlis terbitan RTM, (masuk muka dalam berita tv, tapi tak sempat tengok pun).

5. Pernah beberapa kali menjadi MC (pengacara @ Master of Ceremony) untuk beberapa majlis kecil anjuran beberapa kelab kengkawan dan majlis konvo tadika adik aku.

Program Apresiasi Novelis (PAsiNo) anjuran Kelab Peminat Novel 21 (Alaf21 FC)... 28 Julai, 2007 Rumah PENA.


Mengacara “Malam Perempuan-Perempuan” – Program MASKARA anjuran Geng SOL-Jah.


Ketika mengacara Program Pertemuan Geng Jurnal VII, 29 Dis 2007.
Program MASKARA memenangi Anugerah Projek Luar Forum Terbaik, dlm Majlis Perdana Geng Jurnal 2007 ini.


Majlis tahunan di Pulau Pinang.
Aku mengacara untuk Majlis Konvo 3 buah tadika milik adik aku.

6. Tak suka sangat berkawan dengan wanita. Opps! Jangan salahkan diri anda, tetapi jika anda menjadi kawan aku, kira bertuah sangat ler tuh. Sebab sejak sekolah lagi, aku lebih selesa berkawan dengan kaum lelaki sahaja. Kenapa...? Rasanya tidak perlulah aku bercerita panjang lebar. Nanti tak adil untuk kawan-kawan wanita aku, kan? Hehehehe!

7. Keluarga dan anak-anak adalah keutamaan. Top priority..! So aku tidak boleh berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan kesejahteraan keluarga.

8. Aku rapat dan mesra dengan anak-anak aku, macam kengkawan. Boleh sembang apa saja, boleh gelak sesama dan boleh bercerita banyak perkara. Dengan anak-anak menakan aku pun aku macam kengkawan juga, sebab tu depa mesra dengan aku sebab aku “boleh ngam” dengan depa.

9. Hidup sederhana. Kerana sejak dulu, aku percaya kesederhanaan adalah yang terbaik dalam segala aspek. Walaupun mungkin akan dinilai dengan pelbagai penilaian di mata orang, aku tidak pernah menjadikan itu sebagai suatu yang harus aku fikirkan. Banyak keje lain lagi lah, selain dok ambik pot apa orang nak kata pasal aku...

10. Suka masak tapi mungkin pelik kerana aku tak pernah buat kuih raya. Mengakui mungkin boleh juga dikata tak pandai, sebab sejak kahwin tak pernah buat kerana sibuk kerja. Konon...!

11. Aku suka suasana kampung, kehijauan, laut dan pantai, sawah bendang ataupun kebun getah sekalipun. Mungkin kerana agak lama tinggal di KL, aku selalu merindukan suasana nyaman seperti kampung halamanku sendiri. Malah aku juga suka main hujan... tapi payah ler sekarang nak main hujan....

12. Aku bukan seorang yang pendendam. Sentiasa belajar dan mengajar diri untuk sentiasa memaafkan orang lain. Setiap kali aku merasa kecewa dengan apa saja sikap orang terhadap aku, aku akan berkata pada diri, “lebih perit dan pedih dari ini pun aku boleh maafkan, kenapa kali ini tidak?”

13. Minat kasut sejak mula bekerja. Walaupun murah sekali pun, jika warna itu menarik minat, pasti usahakan juga nak beli. So, ada banyak koleksi. Tetapi dalam masa yang sama, aku lebih selesa berselipar Jepun sahaja. Juga minat cincin besar, sebab jari aku pun besar...!

14. Seorang yang sangat prihatin. Dalam banyak bidang, keprihatinan aku sering menjadi keutamaan, cuma kadang-kadang tidak terlihat atau tidak perlu diperlihatkan...

15. Suka juga melancung berjalan-jalan makan angin especially tempat yang ada laut, ombak. Tak suka shopping tetapi suka mencuba pelbagai makanan di tempat yang dilawati.

16. Masa zaman sekolah aku pernah masuk Talentime (sekadar nak penuhkan peserta) nyanyi lagu Noor Kumalasari (Form 3 kot masa tu), masuk persembahan tarian Sekapur Sirih semasa Tingkatan 5 di Hari Guru. Tapi bila masuk kelas, kena perli dengan Ustaz Radzi sampai menangis...!

17. Aku juga boleh bawa motor. Belajar sendiri dengan kengkawan.



18. Suka aktiviti lasak tapi tak banyak yang dapat disertai. Pernah teringin nak buat bungy jumping...! (Aku juga seorang sukarelawan sebuah organisasi sejak 2005 sehingga hari ini).

19. Aku tak cerewet tentang makan, sebab aku boleh makan apa saja. Malah budu, cencalok pun aku boleh makan. Aku suka Nasi Kerabu dan segala macam laksa.

20. Dalam hidup, pernah kena ragut 1 kali. Dan accident kereta 1 kali. Pengsan tapi takda yang patah, cuma leher luka tercekik safety belt. Nak pegi openhouse konon, kawan yang drive langgar van kat depan. Aku dok sebelah dia yang paling teruk. Lama dah kisah niii...

21. Dulu pernah jadi kaki wayang selama beberapa tahun, tapi 5,6 tahun kebelakangan ni dah ilang minat. Pernah tonton filem Speed (2 kali), Kekasih Awal dan Akhir (5 kali). Tapi tv tetap minat nak tonton. Rindu nak tonton filem AZURA yang asal lak.

22. Mula tulis blog sejak Disember, 2007. Ada pengkritik tetap dan juga 2,3 orang kawan rapat yang monitor supaya aku tidak terbabas menulis entri yang sensitif. Dan setiap entri aku, seboleh mungkin pasti ada gambar sebagai penyeri.

23. Tak minat mana-mana artis secara fanatik, semuanya lebih kurang sama rata sahaja. Aku tak pernah punya idola dari kalangan artis. Tapi tetap minat muzik sekadar hiburan.

24. Sudah 3 tahun berturut menjadi Promoter di booth CESB setiap kali Pesta Buku Antarabangsa.

Pesta Buku 2008
Align Center
2009

2010
Tahun 2011? Jika ada yang sudi offer, why not?

25. Last; segala kisah SERI BULAN ~ HISYAM, aku menjadi pemegang amanah untuk tidak menulis lebih dari 100 patah perkataan...!


Semoga GADISBUNGA happy, walaupun aku tidak berhasrat untuk men“tag” sesiapa. Tapi tidak salah untuk menulis perkara yang sama sebagai suatu entri anda...!


26 comments:

  1. salam...
    biarlah saya yg jadik pengkomen pertama..
    kita mcm byk persamaan la kak azie..
    yang bab kepoh2 smpi cikgu nak jahit mulut tuh..eringat sy masa saya darjah 5..
    hahaha..tp sy tak melatah la..suka menulis..dah tak masak...hmm..byk kriteria kita yg sama sebenarnya..
    alangkah untungnya sbb menjadik kawan kak azie sejak sekian lamanya..opss...tak perlu tukar jantina la kak kan?
    anyway..
    kak azie mmg kawan yg bestt....
    *puji sebab nak kuih tart tersohor tu*
    miss u la kak azie..
    *dah lama tak dgr kak azie ketawa ketika azieUM ni kesedihan*

    ReplyDelete
  2. AZIE:
    Yeahhh memang adakala persamaan boleh buat orang serasi..
    Perbezaan juga boleh jadikan seseorang itu rapat dan mesra

    Lama tak jumpa, tahu tahu jumpa di alam blog..
    Bila nak dating lagi nih?
    tak minta posting KL?

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azie,
    Saya pergi booth Creative masa tahun 2008. Tak kenal akak lagi kot...


    Kalau tak boleh laga2 pipi..



    * saya pun kena tga gak dengan GB..kena draft dulu ni... hehe..

    ReplyDelete
  4. wah! tinggi ek imuda tu :)

    saya pun x ramai kawan pempuan.... saya senang berkawan ngan lelaki.... lebih relax

    ReplyDelete
  5. tak suka kawan dgn wanita...
    nasib ati ..wanita terpilih ^-^

    boleh cari kak azie di sana ..bila na

    ReplyDelete
  6. Waduh waduh...
    sah-sah peminat purple ni..
    akak sukakan purple sbb itu warna lavender, wangian kesukaan akak, tp secara keseluruhannya ialah kaler ijau...ijau adalah akak dan akak adalah ijau...

    kita pun 'lebih' senang berkawan ngan lelaki, iaitu ayah kita, abang kita dan skrg anak2 kita....agaknya tu pasallah dpt anak sumer LELAKI!

    ReplyDelete
  7. mula2 kenal kak azie masa gathering kat FRIM...dlm ati berkata::

    "kuat nye kakak nie ketawa"

    hehehee....tapi acu tau org yg ketawa besar mcm tu ada lah seorang yg mudah mesra...dan Alhamdulillah kita terus berkawan hingga ke hari nie & acu senang berkawan dgn kak azie...

    ReplyDelete
  8. waa..tahniah akak sbb dpt jwb 25..he2

    ReplyDelete
  9. seri bulan dan hisyam dibukukan?
    kak Azie sastrawan rupanya :)

    ReplyDelete
  10. AZRINA:
    Tahun depan belum pasti lagi nak ambik offer jadi promoter...


    MAKSU:
    Berkawan ramai memang seronok, tapi untuk rapat memang susah skit.

    ReplyDelete
  11. ATI MASRIF:
    Boleh, Kak Azie berkawan dengan semua orang.


    KAK QUEENIE:
    Hijau memang menyejukkan mata.
    Berkawan dengan lelaki best sebab depa tak mudah latah...

    ReplyDelete
  12. ACU SAYANG:
    hahahahaha... seronok kan bergelak di tepi sungai macam tu? Jom kita gather lagi.


    DIRIKU:
    Salam kenal, sila. Terimakasih.
    Jenoh juga nak jawab tuh.

    ReplyDelete
  13. NURSALAMAH:
    Sasterawan? Oh tidak sama sekali. Kak Azie tak pernah tulis buku pun.

    ReplyDelete
  14. kak azie..
    singgah sini walau badan agak kurang tenaga gitu..

    antara 25 yang kak senaraikan...ayu tersangat suka yang last...semacam hisyam dan seri bulan berada dekat dan dekat dgnku...


    kak, ayu bagi kak award..ambil jam 6 petang yer....

    ReplyDelete
  15. hebat arr kak azie...tapi paling saya suka bila kak zie kata jadi pengacara majlis konvo untuk tadika adik hahahahaha...adeeehhh..sebab dik imagine adik tu kecik lagi...sekali tadika milik adik daaa...:P
    Kak..saya che kiyah tau...bukan che yah..che yah tu mak saya hehehee

    ReplyDelete
  16. Alaaaa... 25 je ke...? Lagi laaa... Tambah... tambah... Tambah lagi 25...

    p/s: Ada lagi ke gambor2 PBAKL 2009 yang wa ada di dalamnya? Bak mai le... eheks...

    ReplyDelete
  17. AYU:
    Semoga semakin pulih dan kembali bertenaga.
    Terimakasih nanti Kak Azie amik award tu.:)



    ZAKIYAH:
    Ampun Che KIYAH (dok terpanggey Che Yah tu pasai ada kawan nama seropa).

    Tadika adik tu maksudnya 3 buah tadika swasta milik adik saya..:)
    susah juga nak jadi pengacara utk budak tadika.

    ReplyDelete
  18. KHAYALKHAYAL:
    25 tu pun macam dah semput nafas nak taip BRO...!

    I rasa semua pic PBAKL dari 2008-2010 semua I dah boh dalam album di FACEBOOK... > azie azah.

    U leh semak di sana.

    ReplyDelete
  19. jom kak...dah lama kita tak berkumpul mcm dulu..rindu pulak nak dgr cite2 menarik...

    owh ye kak..lupa nk bgtau..
    acu akan ke vietnam pd 30/1 nie...
    tapi acu pegi 1 malam je...tak berbaloi lak rasa nye akak nak ikut
    sebab kejap sangat...tak sempat nak berjalan ke mana2 pun...

    ReplyDelete
  20. wah...saya tabik springlah kat kak azie
    lengkap penerangan 25 perkara..
    taulah sket2 ttg kak azie...hehe

    ReplyDelete
  21. usahlah merendah diri sangat .. sebenarnya awak seorang penulis yang baik. saya dapat merasakannya.

    saya pun juga kena tag yang sama. baru saja diselesaikan.

    ReplyDelete
  22. woahhh aktif betul orgnya ;D
    aah nmpk dari gaya penulisan pun mcm sgt2 peramah

    hohoho

    ReplyDelete
  23. ACU:
    Thanks. Nanti kalu ada trip yang lebih sesuai, kaborkan ya.


    SARAH:
    Jenoh nak taip 25 perkara tu.

    ReplyDelete
  24. Bang HAMZAh al-LAVENDARI:
    terimakasih. Apa yang saya taip itulah yg benarnya.


    FAKHRUR RAZI:
    Ada orang lebih aktif dari itu...

    ReplyDelete
  25. salam kak azie,
    lambat pulak mengomen kat sini sebab smlm nak post komen tetibe line tenet kiok. hampeh tul huhu...

    tq sgt sebab sudi membuat task ni. terharu sob sob..

    akak dgn saya dgn kakcik seroja ada persamaan tang baca bungkus nasi lemak tu. huhu

    akak ni mmg ceria la. dari gambo2 mmg nampak sungguh ceria wajah akak. patut le awet mude. hihihi

    ReplyDelete
  26. GADISBUNGA:
    Salam. Tertunai lah sudah tugasan yang sangat susah ini. Ahaks!
    Ceria?

    Yeahhh...!
    Hidup Mesti Mau Ceria...
    Ayat Mesti Mau Power...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails