Tuesday, November 2, 2010

Kopi: Memang Betul-Betul Me“rapat”kan...

Terpulang bagaimana anda mendefinisikan tajuk di atas.

Tapi sejak zaman dahulu kala lagi, bila orang lepak di kedai kopi, bukankah secara tak langsung dapat merapatkan lagi hubungan sesama kawan sekampung, yang sama-sama ke sawah or kebun getah or ke laut?

Kedai kopi tempat bertemu, berpandangan juga, tak mustahil untuk jatuh cinta. Dan banyak kita dengar orang bertemu jodoh di kedai kopi, juga bawa jodoh lepak minum di kedai kopi @ kopitiam or Coffee Bean...

Aku peminat tegar Nescafe walaupun di rumah langsung tak simpan kopi sebab seluruh rakyat dalam rumah minum Teh sahaja dan juga takda stok susu. Semua plain sahaja.

Tapi setiap pagi di ofis, macam tak larat angkat tangan nak seret mouse kalu tak pekena Nescafe.

Kini aku beralih arah, saja nak try. Semalam sorang kawan belikan kopi yang satu ini. Bukan nak promo, tapi nak kongsi bahawa memang benarlah kopi me“rapat”kan, persahabatan aku dengan si tukang beli pasti akan lebih rapat selepas ini.


Dan, bila ditenung rapat, jelas tertulis kandungan kopi ini ada Jamu Serapat. Hahahahahaha! Sesuai benor ler tuh, kan?



Tapi, adakah kopi jenis ini juga boleh me“rapat”kan jugak? Hikhikhikhik!
*Wajah model terpaksa disembunyikan kerana nak mintak izin, tidak dapat dihubungi, so mengelak dari disaman, kita abaikan sahaja model tersebut. Ahaks!



~...berkunjung datang ke kebun kopi di pinggir Kampung Separuh Desa, memberikan aroma baru buat hidung tak mancung SERI BULAN, tetap teruja memetik buahnya, walaupun sedikit pahit kelat seperti terbayang di pipi tersorong HISYAM...~



28 comments:

  1. ana pun ketagih nescafe...best!

    ReplyDelete
  2. Aiseh....
    takde can nak tengok muka model tu. Hehehehe.... berapa harga ni sepeket?

    ReplyDelete
  3. salam zie..makcik teringat arwah FIL..tiap2 pagi mesti pergi kedai kopi..walaupaun mak dah masak breakfast..tak sedap makan pagi dirumah tak boleh berbual dgn kawan2..mujur tabiat ni tak menurun kpd pakcik..dia tak suka kekedai kopi pagi2 ni..beli dan balik makan dirumah..kalau makcik ikut sama baru makan dikedai..hehe..

    ReplyDelete
  4. tapi kan, kalau boleh 'pilih nenek' kita tak nak nenek kita yang macam mak dara ni... takde warmth. nak peluk pun tak sedap. tak rupa nenek. (bisik: rupa nenek kebayan je) :|

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Azie,

    dah tak minum segala macam caffein lah kak. diet konon..


    kalau tak, nak gak 'rapat-rapat' ni.... heehee..

    ReplyDelete
  6. tapi betui ke kopi mak dara tu mustajab...hihi ada2 saja

    salam perkenalan n flw u...jom kenai kita lak

    ReplyDelete
  7. kopi memnag bagus sebenarnya kan... tapi nape tah selalu dengar orang cakap minum kopi tak elok... erm... tak pernah try lagi kopi untuk merapatkan ni.. mungkin one day...=)

    ReplyDelete
  8. sy kadang2 tak tahan ngan rasa kopi2 macam ni....

    ReplyDelete
  9. kalo mak dara nyer kopi tuh seRAPAT...jadi PAK KADRI nyer kopi tuh pembuka seRAPAT larr yerr..

    tentu sedap kopi tuh..(yg pasti bukan kopi taik musang hik hik..)

    ReplyDelete
  10. Memang betul kata Azie... merapatkan...kebanyakkan orang kalau nak jumpa kawan mesti cakap jumpa kat kedai kopi,cuba cakap nak jumpa kat kedai teh tak sedap dengar kannnn.

    ReplyDelete
  11. Akak gambar model tu akak tutup macam mana pun, lubang idung tu tetap ku kenali ... hahahahaha... rindu lah pulak nak kena kutuk dengan model tu ....
    :D

    ReplyDelete
  12. Dulu acu pun penah suka minum Nescafe tapi masa kat UTM Skudai acu minum terlalu banyak sampai kepala pening & muntah...sejak dari tu sampai sekarang acu tak boley minum nescafe...kadang2 bau pun dah boleh buat acu pening...

    ReplyDelete
  13. ANA > Yes, kita geng...! Suka yg warna apa, Kak Azie suka yg kaler Hijau = RICH...!



    ZEZEBEL > Tak yah ler tengok model tu ZEL, sebab memang tak berapa hensem pungggg...
    Sekotak = RM19.00 = 20gm x 20 sachets.

    ReplyDelete
  14. MAKCIK MERIAM > Bagi setengah2 orang memang tetap nak juga kopi kedai, aura lain. Kalu buat sendiri, katanya tak sedap...!



    KOG > Lain kali pilih nenek yang macam Kak Azie tauuu...!

    ReplyDelete
  15. AZRINA > Elok tu. Minum susu segar atau teh pun bagus gak.



    ATI > Salam kenal. Terimakasih sudi singgah. Nanti kita ziarah ke sana lak.

    ReplyDelete
  16. AMNI > Nanti one day kalu dah try, mahu ndak everyday..!



    MAKSU > Ada orang yg memang minum kopi saja boleh sakit kepala.

    ReplyDelete
  17. FADZIL > Sedara, macam biasa amalkan jerr? Mana lebih power, antara yg Kopi Taik Musang dgn Kopi Pak Kadri yg dah tua benor tuh?



    KAK ZAITUN > Akak pandaiiii....! Saya sukerrrr...!

    ReplyDelete
  18. ACU > Wah sampai begitu sekali. Kak Azie pun pernah jumpa kawan yg minum Nescafe sampai lalok...

    ReplyDelete
  19. Salam Ziarah, kopi 434 Kluang yg terbaik..pekena pagi, Nescafe..mesti pekena lepas lunch..
    Baru nyaman sepanjang hari..

    ReplyDelete
  20. salam..
    alamak.. tak pernah rasanya minum kopi
    janda.. sedap ker?

    ReplyDelete
  21. kak azie

    ayukan, tak pandai minum kpi atau nescafe..

    kalau betul boleh merapatkan...sah..ayu nak try untuk masa hadapan...hehehehe

    ReplyDelete
  22. kurang berkenan 3in1..suka yg biasa2 jer..especially neskape O :)

    ReplyDelete
  23. MARINA > salam. Terimakasih bertandang. sila masuk, nanti nak masak air, bleh kita minum kopi sama-sama. hehehehe



    NUR MISNAN > Salam. Kopi Janda saya pun tak pernah rasa, tapi ramai lelaki minat. Saya lebih suka KOPI JANTAN...!

    ReplyDelete
  24. AYU > Sejauh mana berkesan, tidak dapat dipastikan. Saya jer Kak Azie cuba.


    MAK DARA TERDIVA > Yang asli ori tetap yang paling best...!

    ReplyDelete
  25. hahaha tua-tua macam aku ni kalau 'rapat' pun bahaya jugak takut dapat bonus sorang lagi...hiks :p

    ReplyDelete
  26. aziezah:sker juga minum kopi ni.....

    ReplyDelete
  27. ECHAH > komen hang tu dah buat aku plak seriau... woooo bonusss..!



    AZZEY > Salam kenal. Suka juga ya. Btw, Kak Azie tak berapa sbb tak cukup "rich", sampai rasa macam nak buat sekali 2 sachet!

    ReplyDelete
  28. Salam,
    Entah kenapa masih lagi boleh agak siapa gerangannya si model kopi tu hu hu hu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails