Thursday, November 11, 2010

“Sudahlah, sudahh....”

Terimakasih semua yang mengucapkan tahniah kepada ALIA hari ini.

Dia memang sangat berharap tinggi sebab para guru dia berjanji macam-macam.

Aku tidak sikit pun marah, sebab dia bukan anak sulung yang biasanya ibu bapa sangat bergantung harapan tinggi. Apa yang diterima seribu syukur.

Aku tahu, antara punca dia sangat frust sebab kawan-kawan dia dikhabarkan akan terima hadiah, reward (duit tunai) dan nama akan dicatat di suatu plak khas. Semua itu aku tahu sejak awal lagi (malah AMOI dan ALIA dulu pun 2,3 kali dapat hadiah sana sini). Tapi selaku budak 12 tahun, tentulah tidak mahu menjadi ketinggalan dari kawan-kawan sekelasnya.

Terimakasih semua...

“Sudahlah, sudahh....” antara lirik Khatimah Cinta, yang menjadi siulan bila siri Chinta dimainkan. Hari ini episod akhir. Seperti yang dijangka, pengakhiran ternyata menepati jangkaan.


Yang pasti, antara dialog dalam beberapa episod hujung-hujung sungguh meruntun perasaan, dan menusuk jiwa.


“Yang buruk dari kita, yang baik semuanya dari DIA”...


“Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita”....





Bagi yang menonton, (lupakan sejenak kisah sensasi heroin drama ini yg konon seksi di Parti Haloween tu), pasti turut terasa sedih bila dia berjaya membawa jiwa kita memahami duka lara seorang wanita yang teraniaya.. teraniaya.. dan terus teraniaya.

Doa orang teraniaya, insyaAllah sentiasa termakbul.



~...SERI BULAN pernah teraniaya, dihina oleh orang terdekat, namun apabila HISYAM menjadi orang yang lebih dekat melebihi jiran Teratak Nyatuh, pastilah kini itulah insan paling layak digelar sahabat...~




8 comments:

  1. kak, katakan ada alia...
    semoga dia dapat masuk asrama penuh..

    tang citer yang artis tu......nasiblah ayu tak layan drama tu..

    masyallah....geli dan tak bermaruahnya beliau...sedih sangat dgn sikap beliau

    ReplyDelete
  2. Tolong sampaikan TAHNIAH saya pada ALIA yer kak. Kata kat dia, okay apa 4A ... memang ler sedih sebab tinggal 1 jer lagi kan. Harap dia tak sedih sangat. Perjalanan ALIA masih jauh di hadapan.

    ReplyDelete
  3. saya terlambat ucap tahniah kat Alia.

    upsr tu cuma exam je. lagipun 4a tu dah dikira bagus sgt! :)
    .
    .
    .
    kat fesbuk ni sana sini member2 GB dok bercerita pasal Chinta tu. GB tak sempat tgk even 1 episod pun. huhu

    ReplyDelete
  4. salam azie..makcik tak tenguk drama tu..dah lama tak tenguk drama..sejak habis nur kasih,tak minat langsung drama lain..hehe..
    buat Alia,jangan bersedih,it's not the end of the world..buat yg terbaik dalam peperiksaan lain nanti..

    ReplyDelete
  5. azie..tak tahu rupanya anak kita sama2 amik upsr..tahniah buat alia..tp anak ida tk dpt sebaik alia..pun ida bersyukur..upsr bukan penentu..

    ReplyDelete
  6. AYU > terimakasih.
    *
    Pada Kak Azie, sekali sekala kita patut juga melupakan sebentar siapa seorang itu. Tugasnya berlakon dan dia berjaya dalam tugasnya...


    ACIK MLMW > Terimakasih. Benar, kita yang tua lagi matang mudah sahaja menerima sedikit kegagalan. Budak 12 tahun, tidak dapat berfikir seluas kita.

    ReplyDelete
  7. GB > Terimakasih.
    siri CHINTA dilihat menarik bukan kepada pelakunnya semata-mata, tetapi mesej dan plot cerita yang menarik, tidak meleret merapu. Sesuatu yang positif ada dalam drama itu. Walau ada scene kelucahan, tetapi sebenarnya mesejnya adalah: di mana pun kita berada TUHAN sentiasa menduga kita.

    ReplyDelete
  8. MAKCIK > Setuju. Saya sanggup tengok berulang kali drama NUR KASIH tu. Selain mesej dan pelakun, lokasi drama tu pun sungguh menarik hati saya.



    IDALARA > Benar. Tahniah untuk anak IDA juga. Ini hanya sebagai permulaan sahaja. Ada banyak lagi cabaran menanti mereka...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails