Thursday, November 11, 2010

Aku Menulis Blog Bukan untuk Disaman...

Pasti ramai (terutama bloggers) sudah tahu, sudah baca tentang isu beberapa laman blog yang disenaraikan akan disaman oleh pengusaha MLM gelang yg juga artis AC Mizal.

Semalam di akhbar pun sudah tersiar berita AC Mizal membuat laporan polis. Sebelum membaca di akhbar, aku sudah pun membaca beberapa kisah dan paparan tentang isu tersebut beberapa hari sebelum. Di blog beberapa orang, juga di FB (wpun banyak yang sudah didelete).

Ada 5 blog yang disenaraikan dalam laporan polis (tapi sebenarnya 4 jer kan?). Aku lihat senarai blog tersebut di paparan dan pendedahan berani Sdr HAZREY The Bapak Gula-Gula. Jangan tanya dari mana dia dapat, dah namanya wartawan...

Apapun isu, tentulah seseorang itu berhak untuk berbuat sesuatu mengikut penilaian warasnya (yang dilihat tidak waras itu adalah apabila menjawab komen dengan tidak rasional, malah begitu beremosi sekali sehingga menggunakan ayat yang sangat kasar), dan selagi tidak menyalahi undang-undang sesiapa pun boleh berkata apa saja. Demokrasi, right? Tapi jangan sampai menjerut leher sendiri.

Aku, sebagai pembaca, blogger kecik, membaca sekadar ingin mengetahui tetapi sehingga sekarang aku masih kurang faham. Yang ada di fikiran, adalah tentang isu penipuan (kononnya, belum dapat dipastikan) dan beberapa isu ketidakpuasan.

Yeah... jika ada bukti apa hendak ditakutkan kepada suatu fakta pendedahan? Samada salah atau benar, ada pihak tertentu nanti akan membantu menentukan. Membuat laporan polis pun pada aku tidak salah. Dia berhak. Atas alasan perniagaan, keselamatan diri... aku rasa wajar.

Yang menulis tentang sesuatu, tentulah mereka yakin akan suatu kebenaran, dan mendedahkan fakta dengan jelas lagi terang adalah suatu penilaian demi sebuah keadilan. Tanpa penulis berani seperti mereka, tentulah masih ada isu pincang yang terus tersembunyi, kan?

Semoga apa yang berlaku, menjadi pengajaran kepada KITA SEMUA. Hari ini, blog merupakan suatu medium yang sangat popular, begitu berkesan dan menjadi budaya yang semakin menjadi ikutan. Apa sahaja PERKARA BAIK jika terlalu taksub lagi obses, akan menjadi TIDAK BAIK bila penilaian dan penggunaan menjadi terpesong.

Yang pasti, aku menulis blog bukan untuk mendedahkan aib sesiapa, bukan untuk menghentam sesiapa, jauh sekali untuk menjadi sasaran disaman...

****

Aku secara peribadi, mempunyai beberapa orang “best buddy” yang menjadi “penasihat” dan sentiasa memantau perjalanan blog aku (sejak blog peribadi yg awal dahulu lagi). Setakat ini baru sekali sahaja aku ditegur (sehingga terpaksa memadam entri tersebut), kerana terlupa akan sensitiviti agama. Sehingga sekarang pun, blog aku sentiasa dimonitor agar aku tidak terlajak kata, terlepas lompat atau terbabas gelak...!


~...jika terlatah-terlompat-terkekeh, sudah pasti HISYAM sendiri tidak sanggup hendak menyambut...~



11 comments:

  1. Kita x berani...pkara2 camtu..lantaklah nk jual gelang plastik ke, kaca ke..hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Azie...

    untuk lebih selamatlah.. kakcik lebih senang menulis tentang diri sendiri dan keluarga.. kalau rasa nak menegur pun.. secara umum sahaja... :)

    ReplyDelete
  3. kisah apa ni Azie....blur...
    ketinggalan ketapi kot I ni...
    tp takper lar...sbb tak minat sgt dgn ac mizal tu...

    best buddy tu kena bayar mahal tak?
    I pun takut jugak kalu terlebih lonjak, kang songkok penyuk.....

    takut ek kalau kena saman....
    mana nak cekau ar em....

    ReplyDelete
  4. saya citer pasal keluarga aje.

    selamat kott..

    ReplyDelete
  5. siapalah kita, hanya blogger biasa2..
    suka kongsi cerita suka duka...

    harap2 tak kena saman,...

    ReplyDelete
  6. entri saya pernah sekali ditegur kerana kurang sensitif terhadap satu isu...dan sy tarik balik entri tu. bagus klu ada org memantau blog kita, kdg2 dlm keghairahan kita tanpa sedar melukakan hati org!

    ReplyDelete
  7. sama seperti kakcik..blog acu lebih bersifat peribadi..luahan ati diri sendiri

    ReplyDelete
  8. auntie azie, samalah dengan saya. Saya hanya menulis kisah bagaimana burung berkicau pepagi, bunyi angsa tetiba di kawasan rumah teres, bagaimana menguruskan badan ehh salah, bagaimana hendak memastikan azieazah akan belanja saya nescafe tarik setengah gelas bila saya kat KL.

    I miss your cook!!! Nanti will come with hani, so MAKE SURE u cook for us!!!!! WAJIB. Ehh camne nak kuruskan badan?? Jap, nak nangis.

    ReplyDelete
  9. Tak terlarat nak respons semua komen, tapi terimakasih...!

    HAZREY, I sangat berbesar hati, sebesar mana pun gelas Nescafenya, I rela youuuuu...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails