Banyak betul rancangan reality show, kan? Tidak ingat sejak bila bermula reality show ni, tetapi semakin hari semakin banyak yang muncul.
Bermula dari yang berkonsep hiburan; e.g. nyanyian, hingga ke lakunan, tarian, pengacaraan, hingga ke bidang kecantikan, e.g. Gadis Melayu, dan terbaru dengar khabar Pertandingan Dewi Remaja yang dulu hanya di majalah, kini nak direalitikan ke tv. Apa-apa je lah..


Kini rancangan sebegini sudah ada siri Britain, Australia dan Kanada.

He Does Not Age...!
Kemudian, pertandingan demi pertandingan, samada yang lembut gemalai atau yang berbentuk menguji IQ atau ketahanan fizikal lasak... dan pelbagai lagi. Paling popular tentulah yang berbentuk kecantikan, rekaan fesyen dan modelling.


Tidak kurang juga yang menerbitkan rancangan realiti kehidupan sendiri, terutama bagi orang-orang barat. Selebriti di sana tidak segan-silu malah sanggup ‘menjual privacy’ mereka untuk ditonton seluruh dunia.

Pasti ramai juga yang suka menonton The Kardashians, atau juga Kimora Lee Simmons yang begitu gigih memajukan butik dan rekaan pakaian terkenal dlm rancangannya; Life in the Fab Lane, juga kisah kehidupan selebriti Guiliana & Bill Ramsic. Tak tahu siapa yang memulakan rancangan kehidupan sendiri, dulu ada juga rasanya si Paris Hilton tu buat...

Tidak kurang juga ada reality show yang mengarut sungguh; e.g. rancangan bertanding mencari jodoh, -- dulu TV3 pernah buat sekali; Mencari Cinta, tapi pemenangnya (aku lupa nama) tidak berkahwin pun dengan gadis rebutan; Elly Zakaria tu sehingga hari ini. Jodoh yang ‘dipasangkan’ dalam rancangan itu tidak termakbul. Aku pernah jumpa Elly Zakaria tu sekali dalam satu Bowling Tournament, borak-borak juga (sebab dia wartawan sekarang), tapi memang segan nak tanya bab kemenangannya.
Di barat, rancangan yang ‘mencari jodoh’ bukan perkara asing. Malah memaparkan segala sudut kehidupan pun tidak pernah menjadi masalah kepada mereka. Siapa selebriti atau ‘somebody’ di Malaysia yang akan memulakan siri reality show sendiri yang memaparkan kehidupan sehari seperti yang diterbitkan oleh Kardashians? Depa untung juta-juta tauuu...!


Kesian juga bila beberapa kali berusaha mendapatkan anak, kemudian gugur. Sehingga suatu tahap, mereka membuat keputusan menjalani IVF. Sangkut 2, means akan dapat anak kembar. Malangnya akhirnya mereka kehilangan juga baby mereka. Guiliana menangis kehampaan. Tersentuh juga, bila seorang wanita yang berharap tetapi belum termakbul untuk mendapat anak.



Begitu banyak sekali rancangan sebegitu kan? So, jangan terkejut penaja rancangan kaut untung berapa banyak thru undian SMS? Berapa ramai yang melompat atau nangis semasa tonton AF di Astro? hahahahaha aku mengaku aku tengok juga, tapi hanya AF7, semasa Hafiz jadi juara. Sebelum itu? Tidak. Selepas itu? Juga tidak.


Rancangan masak pun best gak layan, kan? Sekarang ada banyak reality show yang melibatkan CHEF; e.g. Top Chef lah, Restaurant Makeover lah... Terbaru adalah Master Chef (mencari US Amatur Chef). Baru bermula Season 1, best juga. (wpun thru internet dah tau dah sapa juara). Seronok tengok apa yang dimasak. (wpun kita memang tak akan makan benda camtu, tapi berfikiran positif, memasak adalah suatu kerjaya hebat..!)

Seronok tengok gelagat juri dan kadang-kadang ketawa tengok juri garang Gordon Ramsay marah peserta yang masak ‘ntah apa-apa’.
Dalam sekian banyak program sebegitu, tentulah kita tidak boleh melepaskan peluang menonton reality show yang lebih ilmiah; seperti Imam Muda, Akademi AlQuran juga yang mencungkil kebijakan murid sekolah dalam Speel It Right.


Rancangan yang dekat dengan kehidupan kita semakin banyak. Pilihan di tangan kita sepertimana mudah kita memegang remote control. Jadi memilih untuk tonton semata-mata mengisi masa, atau menonton untuk melihat dunia luar dengan lebih luas, atau melihat segala nilai positif yang ada....
Banyak sungguh sehingga kita tidak dapat mengelak untuk “Tidak Tengok”. Yang best tetap best juga, yang tak best, tak layanlah. Pilihan di tangan.
Aku memang suka menonton, so kalu ada yang kata tengok tv tu mengarut, atau ada yang mendabik berkata dia tak layan citer-citer omputeh, atau meluat dgn siri-siri gedik atau kata takda masa nak tengok tv kerana merasa lebih baik baca buku atau mengaji, itu TERPULANG dia. Aku tetap tengok tv untuk hiburan, berita dan perkara-perkara positif.
~...bila ada rancangan yang sesuai jiwa dan berkenan di hati, SERI BULAN pasti tidak lepas dengan telefon bimbit touch screen untuk memberi laporan tidak rasmi kepada HISYAM... and vice versa...~

Huh??? Lisa Surihani? Walaweh...!!! Kena ikuti tanpa miss siri Mari Menari lepas ni weh...!
ReplyDeleteOya... dan wa memang suka tonton TV selepas jam 10:00 pm. Masa tu puak-puak yang mengaji dan baca buku sepatutnya dah tidur.
KHAYALKHAYAL > Laaarrr.. U tak tau BRO? Memanglah si LISA pujaan hati dan sukma U yg mengacara program tuh. Tapi I tak tengok pun..
ReplyDeleteHmmm tengok tv selepas 10pm? I tengok tv tak dak jadual. Selagi mata boleh layan jerrrr..
salam azie..makcik tak suka tenguk realiti show ni sebab banayk fake dari original.yg dibarat lagilah mengarutnya..yg kakyam suka ialah oprah..hehe..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha ---> blom terlambat lagi kan hu hu hu
Saya minat Miss J kat Top Model tu hu hu hu
saya lak dari dulu sampai sekarang tak pernah minat rancangan realiti tv ni, tak kira yang tempatan atau luar
ReplyDeletedulu rajin gak layan donald trump atau tyra banks lately ni nak layan tv pon maleh
ReplyDeleteKak Azie,
ReplyDeleteada geng rupanya suka tengok tv.
Rancangan realiti saya suka 911 Nanny di NTV7 dulu. Bagi ibu yg ada anak2 kecik sesuailah tengok rasanya.
Saya pun suka tengok movie kak. Tak kira citer apa kecuali citer seram indon. Anak2 takut nanti. Setiap malam Sabtu&Minggu mesti tidur lambat melayan tv. Walaupun dah tengok..tetap layan.. Skang ni tengah tunggu nightline habis utk kesudahan citer tokyo drift.. >_<
Movie di Astro abg dah kansel sbb weekdays mmg tak sempat nak tengok..
Tengah tengok schedule bila nak tengok Harry Potter pulak...itu pun kalau sempat.
ada lagi yg terbaru kak
ReplyDeleteSATU SATUNYA yang di rancang oleh Azwan Ali...kata nye sekarang nie tengah uji bakat...program yg menggabungkan konsep AF, MENTOR dan segala macam konsep pertandingan realiti nyanyian yg ada kat Malaysia sekarang nie...
ntah menjadi atau tak tu tak tau la..tunggu dan lihat je lah..
"telefon bimbit touch screen" ohhh tersentohhh betullll
ReplyDelete