Sunday, November 28, 2010

Kenapa Nak Jadi “Stalker”?

Banyak kes jenayah terutama yang melibatkan gadis/wanita seperti rogol, bermula dengan intai-hendap; “stalker”.

Dulu-dulu kita dengar orang yang suka mengendap ni adalah orang-orang yang minat seseorang gadis/janda (ada juga bini orang). Minat yang teramat. Biasa perkara begini berlaku di kampung-kampung. Kat town susah skit nak ngendap, follow bolehlah. Maklum rumah di bandar, susah nak cari lubang untuk skodeng....!

Tiba-tiba teringat filem “Perempuan, Isteri dan ...” di mana pelakun Zaidi Omar (belum top lagi masa tu) mengendap janda Zaleha lakunan Sofea Jane. Sanggup panjat tingkap dan sebut, “Nakkkk...!” hehehehe

Itu antara beberapa kisah tentang orang yang mengendap. Dalam skop yang lebih luas, sebenarnya pengendap or “stalker” ni ada di mana saja.

Kalu kita berjalan dalam gelap, sendirian pasti terasa bimbang andai ada orang follow, kan? So dalam erti kata lain, “stalker” tidak pernah memberikan sebarang definasi atau gambaran yang baik, semuanya adalah buruk dan membimbangkan.

Jadi, “stalker” di alam maya? Bahaya tak? Terpulang kepada blogger masing-masing.

Aku sendiri sejak awal menjadi blogger sudah ada “stalker” yang masuk secara diam-diam, silent reader. Jika masuk tu boleh silent ok lah juga, tapi kemudian membawa isi entri ke luar dengan menokok nambah cerita kepada orang lain. Sehinggakan lama-lama ada lak yang kesian pada aku dan membuka cerita. (Itulah sebab utama kenapa aku privatekan blog pertama aku selama 2 tahun dulu...)

Kemudian aku terfikir, kenapa mesti takut? Kini blog aku terbuka kepada public. Dan “stalker” tetap juga masuk baca, tapi kini, “ada aku kisah?”

“Stalker” bukan sahaja intai-ngendap di blog, di FB pun ada. Baru-baru ini, seorang kawan sekolah aku citer, ada orang selalu mesej dia dengan ayat pelik-pelik. Lama-lama dia perasan yang mesej dia itu adalah orang terapat dia yang nyamar.

Kenapa begitu? Kenapa nak nyamar? Entah...!

Kenapa nak kacau orang dengan cara begitu? Seronok kah? Kenapa tak boleh masuk secara diri sendiri dan bergaul seperti manusia normal?

Selingan:

Terimakasih AYU CITARASA RINDUAN, atas award ini. Cute... I like!



~...ketika JAN ditangkap kerana cuba mengendap SERI BULAN, ramai sekali termasuk Tok Ketua terkejut kerana HISYAM yang lebih dulu melompat hendak mencekiknya, tak pasal-pasal kantoi kerana tiada yang menduga siapa selama ini pengirim surat bawah tempurung di ujung ampaian...~

23 comments:

  1. kak azie--
    dasyat gak yer...ayu pun awalnya berblog just suka2...bila kak kata mcm tu..nak kena sembunyikan sesuatu yang sangat berharga..

    stalker nie, agak-agak kawan2 kita juga kan?...seramnya ada musuh


    psst: wahai hisyam...awat terkantoi...lain kali jangan bubuh surat bawah tempurung kelapa...bubuh dalam botol kicap sudah!!!!

    ReplyDelete
  2. salam kak azie..

    saya pun masih baru dlm dunia blog ni..dah buka blog thun 2009 lgi..tapi xaktif..baru 3 bulan ni agak aktif...

    rupanya..dlm dunia blog ni..byk jugak cabarannya kan..xpelah..saya berpegang pada satu aje..hati2 ketika menulis sama ada menulis n3 atau berkomen2..

    hepi2 blogging kak..dlm dunia ni..byk pesen manusiakan..pelik2 perangai org..kita pun xdpt jangka..semoga kita dilindungi dripada segala masalah oleh Allah taala..aminn

    ReplyDelete
  3. AYU:
    Kak Azie baru update lak, masukkan Candy dari AYU, thanks!

    Benar AYU, biasanya “stalker” ni terdiri dari orang2 yang kenal kita juga. Samada mereka jeles atau dengki, tak tahu lah...

    ReplyDelete
  4. SARAH:
    Benar tu. Bila kita menulis dengan jujur, lambat laun orang pasti yakin juga dengan kejujuran kita... Aminnn

    ReplyDelete
  5. standard tu kak azie. stalkers ni jenis manusia dah takde kerja sgt. padahal banyak lagi kerja berfaedah boleh buat. kalau stalker yg stalk saje takpe. ni yang siap bawak mulut lagi.. haishh..

    ReplyDelete
  6. "Aku sendiri sejak awal menjadi blogger sudah ada “stalker” yang masuk secara diam-diam, silent reader. Jika masuk tu boleh silent ok lah juga, tapi kemudian membawa isi entri ke luar dengan menokok nambah cerita kepada orang lain."


    Azie, saya pun pernah alami. 'Orang lain' tu pula tak tahu menahu pasal blog pun...memang haru biru jadinya. Pernah tengok rekod, si polan tu menyelongkar blog ckLah sampai 8 jam berterusan. Psiko betul. Masa tu memang marah tahap tinggi rasa nak upah tukang pukul. Hihi. Tapi lepas fikir balik...biaq pi lah depa!

    ReplyDelete
  7. salam kak..
    sypn baru dalam dunia blogger..
    baru minggu nie cuba mengaktifkan diri.
    seronok baca en3 yg pelbagai dan berguna utk dikongsi..
    bila baca en3 akak ni,kesimpulannya harus berhati2 dgn org sekeliling kita...
    'stacker' blh terdiri w/p org yg paling hampir kan..
    thanks kak with sharing...

    ReplyDelete
  8. FYZAL:
    Memang standard ler kot. Sekarang itulah cara moden untuk bergossip.


    CKLAH:
    Betullah. Mula-mula memang rasa bengang semacam. Seolah-olah orang sedang selak kain kita. Tapi lama-lama, memang... lantak pi lah.

    ReplyDelete
  9. N.HASLEENA:
    Salam. Sila masuk. Terimakasih.
    Sama-sama lah kita tegur menegur, berkongsi info dan pengalaman, supaya dapat menjadi panduan kepada yg lain.
    Itupun jika sudi, yg mana tak perlu, abaikan saja ya.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Saya pernah kena endap mcm ni hingga BOSS terpaksa jadi tukang angkat telefon saya -----> tak pernah berlaku dalam sejarah dunia kot, jadi kat saya je hu huhu

    Ada kesempatan, nanti saya tulis citer ni ;) ----> kalah drama kat tibi hu hu hu

    ReplyDelete
  11. ANYYS:
    Itu nampak gaya macam peminat setia, secret admirer tuh...
    hehehehe kalu dah macam orang tak reti bahasa, rimas juga ya..

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Kalau dah minat MUNCULKANlah diri...yang takut2 tu awatnya; (tau la daku ni garang, tapi x pernah lempang orang tanpa sebab) hatiku masih belum terisi, masih boleh dipertimbangkan kalau sesuwai ;)

    ReplyDelete
  13. salam..

    orang yg suka menghendap sebenarnya dia sakit gila seks..berhati2 dgn lelaki yg mcm tu..

    ReplyDelete
  14. anda patut gembira kerana ada stalker..itu terbukti bahawa anda diminati..hehehe

    ReplyDelete
  15. Stalker?
    skodeng?
    MEMBENGANGKAN!!!! tp.........
    gasak depa lar kan?
    ada cara tak nak trace depa ngan lebih tepat? kdg rekod tu mcm tk berapa tepat kan?
    eh, tp lantak depa lar...
    kurang kijer lar tu gaknya....

    ReplyDelete
  16. ANYSS:
    Mungkin dia malu tapi mahu...:)


    CIKBELOG:
    hehehe saya terima tu sebagai satu pujian.

    ReplyDelete
  17. KAK QUEENIE:
    Mula-mula memang bengang, pastu dah biasa dah tak ingat lagi.
    Trace? Saya tak tau, tak pernah try melainkan dengar dari mulut orang saja..

    ReplyDelete
  18. KAK QUEENIE:
    Mula-mula memang bengang, pastu dah biasa dah tak ingat lagi.
    Trace? Saya tak tau, tak pernah try melainkan dengar dari mulut orang saja..

    ReplyDelete
  19. Salam Azie...

    ..orang tu takde kerja... Orang tak layan dia, jadi biarkanlah dia melayan perasaannya sendiri....

    ReplyDelete
  20. lepas baca entri "stalker" nie, sya pun perasan gak. sebab sebelum nie yang menggunakan anon yang suka komen kat entri sya, rasanya mcm org yg rapat ngn kita.

    ReplyDelete
  21. setkat ni belum ada stalker yg berani 'bersuara' kt blog g...tp kalo ada pun..hmm...apa yg boleh kita buat ek...

    ada stalker tu bermakna kita ada peminatlah gak tu...heheheeh

    ReplyDelete
  22. KAKCIK:
    Macam Luncai dibiarkan terjun dengan labunya...


    EELOBOR:
    Tidak salah untuk kita berhati-hati.



    OGY:
    Mungkin juga peminat... seronok gak ek?

    ReplyDelete
  23. I pun ada.

    Dok depan mata. Pagi-pagi datang quote the things I wrote. Whenever keluar lunch [dulu la], ada je time nak nyentuh kesah on what I write about. Jap-jap congok kepala depan pintu I. Then once in a while intercom tanya kenapa ada malfunction on my blog.

    One of the most freaky moments?
    Intercom I, tanya ada baca message he sent to the phone tak and waited while I read it, sms yang tanya lunch tu I balik rumah or I pi keluar makan.

    I kenot stomach okeh. Terus jawab I balik, so that means dia kenot folo. Bikos aku takmo dia nak mai curik spender aku okeh. Apa kes nak pi bagi spender kat dia. Dia bukannya rockstar. Ok. Tipu. Itu spender punya hal namanya ayat tambah. Saja buat bess. Haha.

    Sorry. I'm just a blogger. Not a celebrity.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails