Thursday, November 18, 2010

Filem 2 ALAM: Sejauhmana DDR Mengotakan Janjinya?

Hari ini 18 November 2010, 2 filem baru akan mula ditayang kepada umum.

First part dari trilogi yang paling dinanti oleh peminat filem Malaysia, Harry Potter And The Deathly Hallows akan mula ditayangkan.


IKA penuh teruja akan keluar petang ini setelah berpakat dengan beberapa orang kawan (setengah mereka bercuti semester) untuk “mencuba nasib” kalu boleh mendapat tiket hari ini. Walaupun Dak AMOI separuh dengki ejek-sakat, menjangka susah nak dapat tiket, tapi IKA tetap nak pegi tengok. Obsess sungguh!


Satu lagi filem, tentulah yang dibuat liputan meluas oleh penerbitnya sendiri, Datuk Dr Che Rozmey (DDR) yang dikatanya mensasarkan kutipan RM40 juta. (Whatt??) Hmmm.....


Semoga hero filem itu AARON AZIZ dan heroinnya (dari Singapura), Suhailah, mampu menarik ramai penonton menyaksikan filem ini.


Copy dari blog beliau:
DDR = Datuk Dr Che Rozmey mengulas lanjut mengenai pembikinan filem 2 Alam adalah bertujuan untuk memberikan pengajaran dalam usaha membanteras gejala yang keluar dari landasan hukum syarak.

“Selain itu, filem 2 Alam bukanlah bertujuan untuk mendorong remaja bawah umur supaya terjebak dengan cara hidup yang diketengahkan tetapi untuk melahirkan rasa tanggungjawab ibu bapa menimba pengajaran daripada file mini untuk mencorak anak-anak mereka.

“Oleh itu, kepada individu yang merasakan beliau adalah pengkritik filem yang hebat anda perlu menyelidik mengenai pembawakan filem melalui nilai pengajaran bukannya menjatuhkan filem yang dihasilkan,” ujarnya pemilik label dR Rozmey itu.

“Bukan itu sahaja, filem ini juga berjaya memikat hati pemamer dari Indonesia mengenai penceritaan yang menggambarkan kehidupan budaya sosial diakhiri dengan memperoleh sejuta keinsafan dan pengajaran untuk penonton,” katanya.

Beliau berkata lagi, pembikinan filem 2 Alam dijalankan penyelidikan terlebih dahulu yang memakan masa lima tahun sebelum menghasilkannya.
“Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti filem yang ingin dihasilkan mengikuti kehendak penonton supaya mesej yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan.

“Jadi, aspek pengajaran dan pendidikan diterapkan dalam pembikinan fenomena 2 Alam untuk mewujudkan kesedaran dan keinsafan terhadap penonton.

“Jelaslah fenomena menerusi filem 2 Alam ini bukan semata-mata mengaut keuntungan malahan memberikan kebaikan terhadap masyarakat sekaligus menjulang martabat filem Melayu di persada antarabangsa,” katanya ketika ditemui semalam.

Dari KOSMO 17 November - AHMAD SYAHIR KASSIM menulis:
Namun bagi industri perfileman, nama Che Rozmey mungkin kedengaran agak canggung. Namun jangan terkejut, Che Rozmey yang mempunyai latar belakang dalam bidang sakit puan itu sememangnya serius untuk terjun dalam industri perfileman negara.

Ia bukan omongan kosong apabila buah tangan pertama dR. Rozmey Movie Production bakal menemui peminat sinema menerusi filem 2 Alam.

Idea asal filem berunsur seram dan thriller itu adalah daripada beliau sendiri. Menurut Che Rozmey, beliau mahu menghasilkan filem yang jujur kepada pengguna iaitu ingin menarik peminat filem untuk ke panggung.

Kepuasan peminat katanya, turut menjadi elemen penting agar tiket yang mereka bayar berbaloi dengan apa yang disajikan oleh 2 Alam untuk mereka.

"Bukan sahaja produk (kesihatan) yang perlu jujur, filem juga perlu mempunyai nilai sama iaitu jujur," katanya pada sidang akhbar di Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah baru-baru ini.

Menariknya filem itu bakal mendapat sentuhan pelakon yang buat pertama kali mengarah iaitu Hairie Othman.

Tarikan filem itu ialah berlatarbelakangkan budaya selain turut diadun dengan unsur lucu, sedih dan gembira.

2 Alam digarap menerusi dua penceritaan yang bakal menimbulkan tanda tanya dan teka teki di kalangan audien.

Ia juga akan membawa penonton ternanti-nanti plot demi plot yang mempunyai kesinambungan dan saling berkait.

****

Filem memang mampu menghiburkan, di samping mesej yang boleh diperolehi, bergantung sejauh mana kita mampu melihat mesej yang cuba disampaikan atau yg tersembunyi.

Dolu-dolu, My arwah AYAH dan My BONDA agak kurang suka, tentang menonton wayang, kerana mungkin terikut dgn pemikiran seluruh orang di kampung, menonton wayang adalah suatu yang sosial dan tidak manis sama sekali. Itu dulu. Sebab itu semasa aku di bangku sekolah aku memang tidak berpeluang langsung nak keluar dgn kengkawan utk menonton waima untuk bersiar. Pingitan habis!

Kali pertama menonton bila My Parents bawa kami ramai-ramai tonton filem BOBBY — tewas juga tu oleh fenomena Hindi; Bobby, Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia... hahahaha!

Hari ini, menonton wayang tidak lagi dilihat sebagai suatu wadah hiburan yang menyalahi (kecuali kalu si penonton itu sendiri yang gatal-gatal nak buat salah dengan mencipta wayang sendirik!)

Pandai-pandailah memilih genre filem yang sesuai untuk seisi keluarga. Aku sendiri pernah beberapa kali membawa anak-anak menonton filem yang sesuai di waktu cuti sekolah. Tapi yang benarnya, kami lebih selesa menonton CD di rumah. Leh lepak, leh kuar masuk bilik air bila suka, makan kunyah sekehendak hati..hehehehehe!





~...Begitu rapat atau mungkin boleh disebut intim, belum pernah sekalipun SERI BULAN diajak menonton wayang bersama HISYAM, kerana selalu terkenang saat bertentang mata semasa menonton wayang pacak di padang sekolah..!.~


26 comments:

  1. err...nak nengok ke 2 alam tu kak? ngeeee....

    ReplyDelete
  2. GADISBUNGA > Hmmm... idak ler rasanya. Kecuali ada orang belanja tiket dan makan minum sekali.. hehehe

    Paling-paling pun tengok dia kuar kat tv jer (tak lama tuuu...), atau kalu ada orang tiba2 terbeli CD tuh. Ahaks!

    ReplyDelete
  3. Salam Azie....

    tak reti nak komen apa..
    cuma singgah nak tanya khabar..
    pekabar?

    ReplyDelete
  4. BOBBY!! I tengok baaanyak kali...hehe. First time tengok kecik lagi, kat Melaka.

    Filem Melayu...sekali sekala tengok kat TV..kat cinema tak tengok, rugi duit tiket...ooooppsss!!

    ReplyDelete
  5. Salam Kak QUEENIE..
    Thanks. Baik adanyaaaa... Rendang ada lagi tak? :)



    FA > Ohh BOBBY tu masa I tengok kecik dulu, haram tak paham apa pun.
    Skang ni pantang ditayang, I sanggup tunggu, layannnn!
    *I pun jarang tengok wayang, kecuali atas permintaan anak-anak yg kecil.
    Anak yang besar, layan citer omputeh jerrr.

    ReplyDelete
  6. katanya nak ambil si pamela anderson untuk filem ke-2 lak. perghhhh

    ReplyDelete
  7. Sokong Cerita MELAYU!!
    tapii...

    saya nak layan Harry Porter dulu.. lalala~lalal~ =D

    yours
    SH

    ReplyDelete
  8. SALAM AZIE,
    SELAMAT MENONTON. NANTI CERITA LE SIKIT KAT SINI !

    ReplyDelete
  9. Kakcik dulu pun tengok Bobby dengan mak! :)

    ReplyDelete
  10. EELOBOR > Biar mengotakan janji yang telah dibuat, bersungguh atas semangat yang dibuat, Sekurang2 dia berusaha ke arah itu, daripada cakap tak serupa bikin. Ya tak?


    SHAHRUL > Jika tidak kita menyokong, siapa lagi yang patut memberi sokongan.
    Tapi selera masing-masing. Duit pun sendiri poket. Pilihan hak kita. Well...

    ReplyDelete
  11. LUAH FIKIRAN > Saya belum berhajat nak tonton filem itu.

    Malah...
    percaya tak? Saya tak pernah lagi tonton sebarang siri dari Harry Porter.


    KAKCIK > Kita samaaaa...
    Sekarang kalu ada lagi ditayang BOBBY, kita tengok dengan anak pulakkk...:)

    ReplyDelete
  12. tengok laaaa camne nak capaai pat plo juta nanti

    bobby kira bole la layannn

    ReplyDelete
  13. salam azie..bila zie sebut pasal film bobby terinagt zaman muda makcik..masa tu belum kahwin lagi..lamanya berlalu...
    makcik nak tahulah tentang film dua alam ni,best ke tidak..azie ceritalah sikit ya.

    ReplyDelete
  14. salam..

    sampai ke target 40 juta tu...

    ReplyDelete
  15. CEMOMOI > Itu lah pasal...:)


    MAKCIK MERIAM >
    Saya sendiri tidak berapa tahu pasal filem 2 ALAM ni, sebab saya pun jarang baca kat paper. Tengok sekali lalu sahaja.

    ReplyDelete
  16. SEKAMAR RINDU > Kita tunggu dan lihat saja lahhh...

    ReplyDelete
  17. Walaupun dah agak tua (??) Saya suka kesemua citer Harry Potter, Narnia, Lord of The Ring dan seangkatannya..

    Konon nak berjiwa muda.. hehehe.




    * Emak citer dulu emak, Arwah Ayah dan kakak2 bawa saya tengok Bobby semasa saya dalam perut di Panggung Sentul.

    Pernah buat entry pasal ni... hehe

    ReplyDelete
  18. salam ziarah n salam kenal
    tcapai ke tak 40 juta tuh kan hihihi

    ReplyDelete
  19. salam kak azie,
    hari ni dalam kosmo ddcr tu kata nak amik pamela anderson belakon.. so saya tunggu filem yang nih lah.. this time entah cam mana la pulak propagandanya.. hikhik... macam2..

    ReplyDelete
  20. Capai pat plo juta? huhu~ agak tak munasabah angka tu sebab the best film pon leh kaut 8 juta.. heheeh..

    ReplyDelete
  21. AZRINA > Jika tonton filem orang2 muda, berjiwa remaja, kita pun leh layan gak. Tak salah...


    NOOR > Salam kenal. Sila masuk.. sila.
    RM40 juta? kita tunggu nanti.

    ReplyDelete
  22. AANAS > Yeahh muka depan, nak amil Pamela Anderson lak..


    HAMIZAH > hehehe...

    ReplyDelete
  23. SHAHRUL > Kenapa tidak? Boleh tercapai. Tidak mustahil. Sekiranya ditayang d seluruh dunia, market tanpa sempadan. Promosi sakan-sakan. Kalu tidak berjaya juga, produser sendiri yang beli tiket bebanyak, sedekah free pada jutaan rakyat Malaysia pergi tengok...

    Amacam idea ni?

    ReplyDelete
  24. saya pernah tengok wayang pacak, sekali je...masa tu kecik cinonet lagi. itu lah kali pertama & terakhir..tapi best rupanya, sbb boleh rileks lepak atas padang depan rumah, makan kudapan...ekekeke...

    ReplyDelete
  25. SITI MURNI > Selalu wayang pacak dibawa oleh Jabatan Penerangan, van kaler hijau. pacak tengah padang. Leh tengok depan belakang. hehehe
    Pastu ada orang meniaga laksa dan cincau. Juga kacang putih. Best nyaaa...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails