Entri pertama Disember, bertarikh pun 1 Disember.
Menerima undangan dan memenuhi jemputan di program Bicara Eksekutif dengan tajuk Laman Rangkaian Sosial: Trend Komunikasi Masa Kini.
Program bermula jam 9.00 pagi dengan perasmian oleh Pengarah MKM Yg Bhg. Tuan Haji Idris Ismail, teks dibacakan oleh Yg Mulia Raja Maimon.
Program bermula jam 9.00 pagi dengan perasmian oleh Pengarah MKM Yg Bhg. Tuan Haji Idris Ismail, teks dibacakan oleh Yg Mulia Raja Maimon.
Bertempat di The Legend International Water Homes, Port Dickson, kami tiba seawal 8.30, sempat sarapan selepas pendaftaran.
Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh En. Azli Paat, seorang pakar IT yang tidak asing lagi. Pengarah DAPAT Vista Sdn Bhd, dan juga ADA Vista Sdn Bhd. Sudah lama tidak bertemu dia. Sebelum ini memang kami sudah mendapat tentatif program dan melihat nama En. Azli Paat pasti Bicara Eksekutif ini akan menarik dan penuh dengan info yang bermanfaat. Siapa yang tidak kenal dengan Azli Paat? Pakar IT yang banyak bercakap tentang teknologi dan banyak membantu para pengguna melalui tip dan petua di radio...
En. Azli Paat bercakap tentang trend komunikasi hari ini, bermula dari Desktop Publishing, ke Digital, VCD, Multimedia Interactive sehingga ke Website Publishing. Juga tentang Email, Forum, Webpage, blog, Micro Blog dan Social Network. Sungguh seronok mendengar begitu banyak panduan dan info tentang laman sosial yang popular hari ini, terutama tentang FACEBOOK.
Paling best tentulah pelbagai pendedahan penipuan di alam siber, dan bagaimana untuk mengenal pasti apa yang disebut penipu dan pencuri alam siber.
Pembentang Kertas Kerja 2:
Dari Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM) yang bermula dari SIM, oleh En. Azman Abd Rahman, sungguh padat walaupun ringkas. Tetapi sambutan memang di luar dugaan. Ramai sekali ternyata tidak mengetahui bahawa sebuah koperasi boleh bergerak secara online. (Untuk pengetahuan, KOSIM adalah Koperasi Online pertama di Malaysia, berdaftar pada Januari 2009)
Selesai pembentangan, banyak sekali soalan-soalan dari para jemputan yg terdiri dari para Kooperator, tentang laman web dan juga pelbagai rancangan kerjasama antara KOSIM yang dilihat sangat lain dari yang lain kerana bergerak dan bermesyuarat secara online dan interaktif tanpa perlu berjumpa terlalu kerap dan dapat menjimatkan masa dan tenaga (duit minyak juga).
Ternyata sesi soal jawab yang lebih menarik kerana Q&A berjalan penuh meriah, dan banyak info dapat dikongsikan bersama.
Lama sungguh tidak bertemu. Dulu kami sudah saling kenal-mengenali kerana En Azli Paat merupakan orang IT yang mengasaskan Kampung MMS KLfm menerusi DAPAT.
Lunch sebelum balik.
slm. Dh lama x masuk sini...sihat ke?
ReplyDeleteBest nyer .... Ehem... tahu ler beg tu warna purple kan, peluk macam ada orang nak kidnap beg dia lah pulak... hahahahaha
ReplyDeletewah, saya kalau dapat peluang cam gini pon mmg tak lepaskan. byk ilmu baru yg boleh di pelajari
ReplyDeletesetakat ni yang ada 'tren' lrt n komuter je, komunikasi blom ada gerabak lagi
ReplyDeletele kongsi tips yang menarik tu
mesti blk dgn perut dan kepala yang sendat..
ReplyDeletekak azie...
ReplyDeletesyoknya...ayu suka attend majlis mcm nie...
lagilah jumpa sahabat yg rapat..
kak pun nampak happy, bilalah ayu boleh di undang majlis sebegini
sesekali gi event mvm ni bestkan...dpt release tension kat opis.
ReplyDeleteBertuah nya kak azie dapat attend program macam ni...saya pun kalau ada peluang nak jugak...menambah pengetahuan :)
ReplyDeletesaper yg bergambor sampai tersendeng kepala tu?...
ReplyDeleteCT:
ReplyDeleteSalam SITI, apa kabor awak? Masuk lerrrr, pintu tak kunci punnn...:)
ACIK MLMW:
Hehehehe.. masa daftar tetiba dapat beg kaler PURPLE, memang pegang tak lepas-lepas...! hahahahaha
EELOBOR:
ReplyDeleteKak Azie pergi atas undangan rasmi mengikut organisasi yg disertai. Sungguh bertuah, sebab banyak betul dapat dipelajari.
CEMOMOI:
Yeahhh, right.
Tren di situ bermaksud = trend. Ada pula perkataan tu dalam Kamus Dewan rupanya.
HAMIZAH:
ReplyDeleteYeahhh memang sendat, kenyang sampai malam. :)
AYU:
AYU, setiap orang ada peluang, tetapi kita jer tak sangka dan tak tahu bila peluang tu datang pada kita. Sabarrrr...
ANA:
ReplyDeleteRelease tension pun 1 thing, dapat ilmu dan kawan2 baru pun best gak.
SITI MURNI:
Yeahhh agak bertuah, sebab banyak betul info tentang FB, blog, micro blog yg dapat dikongsi dan ditanya.
KAK QUEENIE:
ReplyDeleteSapa? yang mana... yang mana?
Best..best... kalau dapat dengar ceramah begini ditambah pula dapat makan yang best2, pastu buat di tempat yg selesa..
ReplyDeleteSalam kak azie,
ReplyDeletehaa pas ni boleh la kak azie kongsi tips and tricks pasal laman2 sosial ni eh...
NIDA:
ReplyDeleteJarang-jarang dapat peluang berkongsi info memang rasa best sangat.
AANAS:
InsyaAllah, nanti bila ada masa yang sesuai, pasti akan dikongsikan juga.