Friday, November 26, 2010

Penat Berbaloi: Tak Lena Tidor Kerana Tart Nenas?

Letihnya semalam, sampai time lunch paksakan diri tidor sekejap setengah jam. Ntah apa yang diletihkan? Sepatutnya tidak, sebab dalam minda dah set lama yang aku seorang yang agresif lagi ganaz...



Keja tak banyak, lebih kepada tolong keja orang (satu department tiba-tiba overloaded). Kemudian sorang client datang nak edit skit job. Dah 2,3 kali datang asyik buat benda yang sama ulang-ulang. Ubah sana ubah sini. (Adakah dia sengaja datang nak duduk sebelah aku? Ahaks! soalan budak tak cukup umur... Abaikan)

Malam tadi selepas ujan berenti (kalu pegi time ujan pun best gak...), aku dan TOKLAKI hantar order Tart Nenas Tersohor di sebuah butik kawan di Carrefour Ampang.

Selalunya itulah meeting point kami pun. Orang lain yang order, Tokey Butik tu yang jadi tukang simpan. (meeting point yang mudah bagi si penghantar dan si pengorder)





Tokey Butik, TENGKU MANJA sedang offer Thai Silk dengan potongan harga menakjubkan!

Thanks IXORAROXI. Sekarang makin maju dengan SABUN AJAIB dan produk yang sungguh berkesan untuk masalah kulit. Lihat testimoni di blog dia > SINI.

Sejak Raya Puasa dulu, dialah yang selalu order paling banyak Tart Nenas Tersohor dari aku. Raya Hari lalu, aku ingat dah malas nak ambil order, sebab kalut macam tak sempat. So aku diam jer, tapi dia jugalah yang tanya sebab ramai yang hendak. Terpaksa juga beberapa hari sebelum Raya Haji tu, malam-malam aku berkejar pada supplier utk dapatkan dia 15 pek...!

Kerana kami berdua dan juga si Tokey Butik tu dah berkenal-berkawan lebih dari 5 tahun, so soal bisnes kecil-kecil ni memang we’re support each other. Bukan susah pun.

Kelakar bila dia citer malam tadi, sorang kawan pejabat dia dulu masa pertama kali rasa Tart Nenas Tersohor tu, hanya rasa dari orang lain yang order. Esok paginya, dia kata malam tak lena tidor sebab teringatkan Tart Nenas tuh...!


Yeahh.. memang Tart Nenas Tersohor ni boleh dapat sepanjang tahun tak perlu tunggu musim raya pun.


Ada yang order semata-mata nak buat Hantaran Kahwin.

Di tempat lama aku dulu, time Deepavali pun ramai yang order, Tahun Baru China, juga time Krismas.

Yang nak balik kampung pun order 1,2 pek buat buah tangan.



~...mengenang masa berlalu semakin pantas, seperti arus di hulu Sungai Menghijau Lumut, menjadikan semakin SERI BULAN tidak lagi lena tidur pagi-petang-malam-siangnya kerana HISYAM belum lagi masuk meminang...!~


32 comments:

  1. mcm sedap je...nnti boleh cuba order nie.

    ReplyDelete
  2. sedap betul tu sampai xleh tido dibuatnya..sample ada?hehehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Azie,

    amboiii... tart tu menggoda tau.. tak suka tau... tapi, nak tau gak sedap dan rega berbaloi tak kak..?



    opssss... samalah kak ;) Semalam saya pun tido masa lunch time gara2 mengadap novel sampai 3:30pagi... Nak mengadap PC, tenet tak okey lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. kak...

    wow......mcm sedap jer...
    nanti nak order boleh tak>

    kalau org lain order utk hari raya, majlis kawin, deepavali dan lain2 perkara...

    ayu nak order time biasa2 boleh kan???

    ReplyDelete
  6. Salam Azie...

    mmg my fav!
    raya kalu takder tat nenas bukan raya bg akak...teruskan bisnes mu. Moga tambah maju jaya ya..Q./

    ReplyDelete
  7. Tart tu memang sedap sangat.berbaloi dengan harganya, tu yang ada sampai teringat2 tart nenas tu.ada yang dah booking lagi nanti krismas order ya:D

    ReplyDelete
  8. pagi pagi dah kena goda dgn tat nenas...uwaaaa!

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Dah lebih setahun tak ngap ini tart hu huh u dah windu!

    Ada edisi pos tak?

    ReplyDelete
  10. salam azie..makcik pun suka tart nenas..kalau raya vmesti ada dalam list order..rasa tak beraya kalu tak ada tart nenas..bestkan dapat makan tart nenas w/p tak raya..malangnya rumah makcik jauh kalu tak nak order juga tu..

    ReplyDelete
  11. kesian SERI BULAN..:(
    kak azie, tart nenas tersohor tu nmpk sgt lah sedap nya..! :)
    bak cikit..

    ReplyDelete
  12. tertgl keretapi ni..
    tart tu kak azie buat sendiri or jd tkg jual je

    atipun buat tart juga tp tart gulung...nanti leh tukar2 rasa yek..

    ReplyDelete
  13. Azie
    Just nak make sure aje.. tart tu bukan you yang buat kan??

    ReplyDelete
  14. tart nenas tersohor lagi? argh!!! tak tido la GB mlm ni!

    ReplyDelete
  15. ANA:
    Memang sedap...!


    CGG:
    Salam kenal.
    Boleh.

    Email Kak Azie: azieazah_07@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. HAMIZAH:
    Mula-mula macam tak caya jugak, tapi memang benar rupanya ada orang tu teringat-ingat di malam hari.
    Sample kena jumpa, leh suapkan..:)


    AZMIROY:
    Email saya: azieazah_07@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. Salam AZRINA:
    Setakat 2 tahun Kak Azie menjadi EJEN/Dealer kepada Tart ini, belum ada yang komplen lagi. InsyaAllah menepati selera dan berbaloi!


    AYU:
    Boleh saja. Email Kak Azie: azieazah_07@yahoo.com

    Ada juga pelanggan tetap Kak Azie order dari Parit Buntar dan kami berurusan Poslaju jer. Kos Poslaju dibayar pelanggan.

    ReplyDelete
  18. AKAK:
    Kita akan terus berurusan. Thanks.


    Salam Kak QUEENIE:
    Thanks. Sambil side income, saya tolong bisnes kawan.

    ReplyDelete
  19. IXORAROXI:
    terimakasih kerana SENTIASA menjadi pelanggan SETIA...!


    FAA:
    I memang berbakat besar dalam menggoda.!

    ReplyDelete
  20. ANYSS:
    MokYang pun ada buat pengiriman Poslaju. Sila..


    MAKCIK MERIAM:
    Saya rasa mana-mana tempat pun ada Tart Nenas versi tersendiri.

    ReplyDelete
  21. CEMOMOI:
    Sebab bukan raya jer ada bikin...:)


    SITI MURNI:
    Kita dating sini boleh rasa...

    ReplyDelete
  22. IRIS:
    Me too....!


    ATI MASRIF:
    Tunggu ketapi Senandung Malam ler nampaknya yer?
    Wahh best tu pandai buat Tart Gulung.

    ReplyDelete
  23. SOM:
    Yeahh... BUKAN I yang buat. Kan ada sebut, I ambil dari supplier.
    Bila ada order baru I call soh my supplier buat. Dia tidak akan buat jika tak dapat pengesahan order. Sebab nak pastikan KUALITI FRESH!


    GADISBUNGA:
    Kalu tak tido, nanti mamai.

    ReplyDelete
  24. salam azie...

    ada lagi tak..kite nk 2 bekas pls sms me 0166113177..tq

    ReplyDelete
  25. CUTE OVEN:
    Salam. Terimakasih.
    Nanti bila saya ada ambil stok next batch, saya call.... Tq

    ReplyDelete
  26. huhuhuh usahawanita...cayok2
    ade mase lawatla blog http://ournext.blogspot.com/

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails