Friday, December 31, 2010

Bertudung Tapi Bogel...?

Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.

Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.

Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.



Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah ke mana.


Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

Sumber: selatanonline

Terimakasih Dr RODZILA yang menulis sesuatu tentang aku di SINI.



18 comments:

  1. selamat pagi kak azie..
    ayu datang bawa jemput2 oat cinta ayu

    PS: sangat terkejut dgn pendedahan kak azie ttg isu bertudung namun bogel..
    ditambah dgn gambar diatas..masyallah..terkejut sangat..pertama kali nampak pic2 tersebut

    semoga kita tak tergolong dlm maksiat tersebut..

    ReplyDelete
  2. Isunya ialah..bertudung kerana hukum atau fesyen...dengan fesyen tudung sekarang, ramai yang terikut2..alasannya asalkan bertudung, asalkan tak nampak rambut. Sedangkan tatkala kita memakai tudung, nawaitu kena jaga. Jangan kita termasuk dalam golongan yang `tabaruj'iaitu berhias2. Islam sangat sederhana. Rugi..berbelanja puluhan ringgit untuk tudung namun tak memenuhi syariat. Ada jugak yang mempertikaikan..tak guna tutup aurat sedangkan hati kotor. Dalam quran ada dua2...tutup aurat dan jaga hati. Bukan kerja kita untuk memilih mana2 yang kita mahukan. Allah jadikan syurga dan neraka. Sekiranya hati mulia, tapi aurat masih terdedah, masih tidak sempurna begitu juga sebaliknya. Apa2pun bukanlah amalan kita yang membuatkan kita masuk syurga melainkan dgn RAHMAT Allah jua.....

    hehehee...panjang sikit komen..and Azieee...tembamnya montot dia!

    ReplyDelete
  3. sya antara yang terlewat bertudung sewaktu di tempat kerja
    kadang anak dara sya tegur juga
    ibu kenapa ada nampak rambut?
    kadang keluar
    juga sejeput dua di dahi tu, sbb tudung di tarik si kecik
    harap sya tak tergolong bertudung tetapi bogel

    ReplyDelete
  4. isk isk isk... semoga di jauhkanlah. ukurlah baju seluar di badan sendiri.. janganlah pakai seluar yang di ukur kat badan org lain.. haru..

    ReplyDelete
  5. salam akak,
    menarik entri..
    info yang patut dibaca oleh setiap muslim dan muslimat..
    utk renungan dan menambahkan ilmu di dada

    ReplyDelete
  6. Salam AA,

    ALHAMDULLILAH saya cuba untuk menutup aurat dengan sebaik mungkin. tp masih lagi kengkadang ter'bogel'. Kaki tak bersarung, pergelangan tangan masih kelihatan sesekali, tudung tidak benar2 labuh, sekadar tutup dada sedikit.

    kengkadang pelik tgk org yg pakai baju maternity, tudung litup tapi kaki suku nampak.. Hubby dia tak tegur ke??

    ReplyDelete
  7. Terimakasih... Terimakasih semua.

    Saling berpesan-pesan. AA mengalu-alukan sebarang pendapat, komen dan apa jua luahan utk dikongsi bersama.

    Sila.. sila.

    ReplyDelete
  8. Hi Azieazah, here's wishing you and all at home a very happy new year. Stay young and keep a song in your heart, best wishes, Lee.

    ReplyDelete
  9. Allahu Akbar.....

    ramai yang menganggap isu tudung bersifat peribadi. bila di bicarakan akan ada yang terkena batang hidung akan menepis kembali. memang betul itu urusan dia dengan Allah s.w.t. Tapi ayat al-quran itu menyeluruh dan pelengkap. jangan di ambil satu ayat tapi di tinggal ayat yang lain.

    antara lain ada yang menyalahkan tafsir ayat sperti "tidak ada paksaan dalam agama"

    berdasarkan hujah tersebut ada yang suka2 buat penilaian sendiri. adalah lebih baik jika jahil kita wajib untuk belajar agar faham. dalam isu halal haram kita semua kena faham & peka serta di amalkan.

    ReplyDelete
  10. zaman skrg ni..tudung itu fesyen kak azie..pakai sebab sebahagian pesen...bukan sebab menutup aurat dlm erti kata sbenar..

    semoag kita semua dilndungi dan ditetapkan keimanan dan taqwa..

    ReplyDelete
  11. bila kawan tak bertudung menegur cara kawan yang bertudung memakai tudung, saya tak tau nak tergelak atau nak menangis (benar-benar terjadi)...

    ReplyDelete
  12. Salam,
    'tudung saji pun pakai tudung'. Ini ingatan lucu kepada yang belum betudung.

    ReplyDelete
  13. aziezah: cuma mengucap panjang tgk gbr2 tu....

    ReplyDelete
  14. aziezah: saya jawab kat sini ttg Be tu blh cek kat akaun nuffnang kita. kat ruangan earnins/pendapatan

    Mg blog kita dipantau oleh nuffnang so sng utk diaorang nak letak iklan yg sesuai ngan blog kita.ini sekadar yg saya tau lah ...:)

    ReplyDelete
  15. anak sapa le tu pakai tudung tapi nampak lurah bontot.. astagfirullah hal azim.....

    ReplyDelete
  16. wow dec 31 2010 Bertudung Tapi Bogel...? hak

    ReplyDelete
  17. Waduh! panas panas gambar yang ditayangkan. Tapi itu lah realiti nyer. Bila memakai tudung hanya sebagai ikutan bukan kewajipan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails