Saturday, December 18, 2010

Perhatiankah yang Mereka Perlukan?

BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.



Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

***


Aku tidak ingat bila aku snap gambar ini, dah lama juga. Dalam bas menuju Ceras. Mata tidak lekang memerhati gelagat remaja ini, dan tidak lekang juga terfikir andainya budak-budak ini anak-anak sendiri. Urut dada.

Tidaklah keterlaluan, tetapi tetap tidak serasi di mata, tidak selesa di hati.

So vain..!

Angkat kaki atas kerusi, snap gambar sendiri dengan hp. Cakap kuat-kuat dan gelak-gelak sesama sendiri.

Dan aku rasa, depa sengaja duduk di depan untuk dilihat sebahagian penumpang lain. Mencari perhatian. Remaja memang suka perhatian. Tapi bukan dengan cara ini, sebegini.

Perhatian kah yang menjadi desakan kepada mereka?


~...pernah melalui zaman remaja seperti lain-lain manusia di dunia, SERI BULAN tidak lagi merasa keindahan hubungan “platonik” harus dihiasi dengan dating-meeting, atau bunga-coklat-teddy bear atau minum-segelas-kongsi-straw; tetapi ingatan yang kuat dan kepercayaan yang kukuh walau HISYAM selalu berada di luar negara...~


8 comments:

  1. takut kalau kenangkan cabaran nak besarkan anak2 pada zaman2 yang akan datang..mesti lagi mencabar..
    kak zie..dia nak update dlm blog gamaknya!

    ReplyDelete
  2. tu la..budak2 skrg..camtulah..

    mmg mereka perlu perhatian sb kebanyakn (bukan semua) ibu bapa skrg sibuk..
    anak2 pula kurang kasih sayang

    minta jauh perkara ini terhadap keluarga kita

    ReplyDelete
  3. kekadang perhatian yang di cari memakan diri sendiri

    ReplyDelete
  4. kalau naik komuter pun sama - kadang2 kita yang malu sendiri.

    suka "notice board" kat sidebar tu...

    ReplyDelete
  5. salam..kak azie..
    ayu kan naik segan dengan pelakuan mereka

    semoga anak-anak dan keluarga kita tak tergolong dari berkelakuan sedemikian rupa

    agak risau, bila anak dapat bebas keluar bersama rakan...

    ReplyDelete
  6. Ni modal untuk penulisan tau... eheks...

    ReplyDelete
  7. memang sentap bila tengok gelagat2 remaja yang keterlaluan kat luar sana. takut jugak kalau2 duk mengutuk anak org, padahal anak sendiri pon 2x5.

    Nauzubillah... :(

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails