Tuesday, December 7, 2010

Cendol Jagung + Kacang: The Best...!

Cuti hari ini, dimanfaafkan di rumah bersama famili. Hanya keluar sekejap, jumpa supplier Tart Nenas Tersohor.



Sementara tunggu dia sampai, sempat layan Cendol berhampiran Petronas TTDI. Sedap gak. Aku pilih Jagung + Kacang.

Banyak tempat aku makan/minum Cendol, ada yang sedap ada yang kureng...

Antara yang sedap adalah dari satu gerai di pasar malam depan rumah aku, sorang kakak yang bermula dgn menjual Keropok Lekor beberapa tahun dulu, kemudian berkembang menjual air termasuk Cendolnya yang sedap lagi pekat manis bersari (cewahhhh...!) dan juga menjual ayam (isi ayam yang dileper boneless), bersalut tepung, bersiram Black Pepper Sauce.

Tiap kali beli, mesti RM4 atau lebih. Dalam plastik ikat mati...!

Slurrrrpppp...! kat rumah dgn anak-anak Tarzan. Sekali hadap, lesap...!


Imbas: Leman Dawi, Sg Gadut, Seremban, Ogos lalu.

Walaupun pernah menikmati Cendol Leman Dawi, tapi tetap tidak dapat menandingi Cendol kakak yang sorang ini. Dia pun dah kenal aku sesangat, sehingga ke anak-anak aku. So, kami selalu dapat spesel (dapat banyakkkk...).

Tetapi bila Ramadhan, aku lebih suka buat Cendol sendiri (beli yg hiijau): bancuh sendiri di rumah. Slurrrrrpppp...!


~...mencari nira kelapa untuk dimasak sebagai pati manisnya Cendol ala kampung, sungguh menyeronokkan walau hampir cemas HISYAM kerana nira yang kurang masak bagaikan mabuk orang bercinta...~


21 comments:

  1. terliurnya kak azie...ngidamkah saya?..hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnya cendol.. tadi p jenjalan tak jumpak pulak org juai cendoi.. iskkk.. rugikk!!!

    ReplyDelete
  3. wife ajak pegi makan cendol kat leman dawi, tapi tak kenal jalan ke sana. senang ker jalan nak ke sana?

    kambing panggang percuma

    ReplyDelete
  4. SARAH:
    Kalu terliur sudah dianggap mengidam, Kak Azie yang pantang jumpa mesti nak makan ni nak disebut apa ek?


    EJA:
    Lain kali jangan jenjalan. Lari-lari anak tengok, mesti jumpa... :) > sengihhhh

    ReplyDelete
  5. EELOBOR:
    Kak Azie tak berapa ingat jalannya, tapi kami memang ikut jalan lama ke Seremban.

    Kedai Leman Dawi tu di tepi jalan Sg Gadut, Seremban (laluan menuju Rembau). Cubalah, mungkin kena dengan selera.

    Cerita lanjut >
    http://azieazah-aa.blogspot.com/2010/08/dari-cendol-ke-pasembor-mujur-tak.html

    ReplyDelete
  6. kak azie..

    awat dok tayang cendol??
    agak2 entry kita ala2 sama..tapi ayu dengan air krusher KFC akan pulak air cendol jagung dan kacang

    PS; kalau ayu tolong carikan nira..agak2 kak nak buatkan cendol untuk ayu si budak tak tahu malu??? hehehehehe.. (tayang gigi yang comot hasil makan aiskrim cendol petang tadi yang berharga 20sen)

    ReplyDelete
  7. lama lak tak pekena cendol..akak ni buat terlioo jek...

    cendol paling sedap pernah rs...kat muar..mamak jual tepi jalan kat lori kecik....duk minum kt situ gak....sedapnyaaa.....

    ReplyDelete
  8. salam,
    saya suke sgt dgn tart nenas....

    cendol tu pun mengancam ye!...hehe

    ReplyDelete
  9. Baca hang punya entri semenjak dua menjak ni bleh buat cek gemuk tau! Ngidam cendol la pulak dah beta...!!!

    ReplyDelete
  10. AYU:
    Saja nak tayang, sebab sayang. :)
    Nak makan nira kena pandai panjat pokok nyiok...


    OGY:
    Cendol ni yg bestnya memang lepak tepi jalan, bawah pokok duduk kerusi plastik, layan 1 mangkuk ditiup angin sepoi... perhhhh!

    ReplyDelete
  11. MY LITTLE DIARY:
    Amboii.. tengok cendol jer dah rasa terancam? :)


    KHAYALKHAYAL:
    Gemuk skit apa salahnya. Makmur namanya tuuu..
    Nanti kita pi pekena cendol sesama ek.

    ReplyDelete
  12. As'salam...

    aduk kak terliur sudah nie , mane pulak den nak cari malam2 buto nie hu3...

    ReplyDelete
  13. AMY:
    Kalu malam dah buto, tak guno dicari laie.... tunggu jer siang sok.

    ReplyDelete
  14. tart nenas tersohor.

    cendol.

    stop!!!

    GB nak...ngeeeee

    ReplyDelete
  15. cendol plak.. mintak sikit kak azie! :)

    ReplyDelete
  16. dah sampai kat cendol sg gadut tu tapi tak merasa sebab tutup pulak ari tu...

    ReplyDelete
  17. salam..

    baca entri ni..teringat cendol leman dawi, kat seremban, makan satu mangkuk boleh tambah lagi beberapa kali percuma....

    ReplyDelete
  18. Azie,
    cendol kat petronas TTDI?..
    tang mana tu?..

    ReplyDelete
  19. alahai...

    nasib baik pagi lagi kak.. kalaulah tengahari ni, mesti gi carik..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails