Entri kali ini bercerita serba sedikit (bolehkah jadi sedikit?) tentang “travel” sehingga ke Perak, dan seterusnya ke Penang. Tapi travel kali ini bukanlah bercuti sepenuhnya, tetapi kerana urusan rasmi jadi AA cuma pergi berdua, dan balik seorang. Dah namapun pegi menghantar...
Alhamdulillah, perjalanan lancar, urusan pun mudah saja. Takada masalah langsung, malah semasa mendaftar kolej kediaman, IKA dapat bilik bersebelahan bilik mendaftar saja dan ground floor. Yang best lagi, kami merupakan orang pertama masuk ke bilik itu dan tentulah IKA bebas memilih katil mana dan locker mana, serta meja study mana, terlebih dahulu sebelum roomate lain sampai.
Urusan yang selesai dengan cepat sungguh melegakan.
Bergerak meninggalkan Bandar Universiti Seri Iskandar, menuju Ipoh.
Bergerak meninggalkan Bandar Universiti Seri Iskandar, menuju Ipoh.
Terasa begitu jauh perjalanan di petang terik itu. Tapi luas juga pemandangan yang aku dapat lihat.
Bangunan lama, aku tertarik. Ini antara beberapa bangunan lama di sekitar bandar Pusing. Pertama kali aku tahu ada tempat nama Pusing di sekitar Ipoh.
Bergerak sendirian, memberikan ruang yang luas untuk aku singgah di beberapa tempat mengikut gerak hati.
Tetapi sebelum malam lewat, aku sudah sampai di Taman Damai, rumah kakak aku. Memang inilah port terbaik bila aku ke sebelah utara.
Bila bergerak sendirian begini, pasti aku bakal mengulangi rutin dulu semasa Dak AMOI di MRSM Taiping, bila aku hampir setiap bulan ke sana, selepas kerja Jumaat, bergerak dengan bas express, cari hotel semurah RM40 untuk menginap. Kemudian pergi ke asrama dia di Bukit Larut, angkut dia keluar ke bandar Taiping, beli barang, makan-makan kemudian hantar dia semula ke asrama sebelum 6.30 petang. Selesai semua aku akan kembali ke KL dengan bas ekspress terakhir malam itu dan sampai seawal 5 pagi.
Lama-lama aku lali dengan rutin sebegitu (2 tahun begitu), sehingga pernah aku balik di hari Ahad tiba subuh Isnin, terus masuk pejabat semula. Gilaa...! Pengalaman yang mungkin tidak ramai orang lalui...

~...tiada rungutan dari mana-mana pihak tentang ditinggal atau ketinggalan, malah antara HISYAM~SERI BULAN masing-masing memahami persinggahan bukan berarti harus berhimpun, bertemu bukan semesti bergebang sakan...~
kak azie-
ReplyDeletewah...memang tabik gilelah..kak boleh balik sorang2 tanpa teman...lagilah dengan gambar kak layan cha kuey teow sorang2..
memang kak jenis selamba.....tabiklah...
Azie memandu sendirian? Wah.. kalau kakcik memang tak akan sampai...
ReplyDeletengape gi sorang beb...? terkedu aku jap @.@
ReplyDeletetakpe demi anak2...moga ada balasan nnti
ReplyDeletebagus kak azie drive sorang2..utk pengalamankan..
ReplyDeletesaya paling jauh drive sendiri..dr kuantan ke mersing je..hehe
Salam,
ReplyDeleteTahniah,...dapat jugak IKA belajar apa yang dia minat
Best pe sesorang terjah merata tempat ;) -----> alasan tak leh blah penyejuk rasa sbb selalu pi memana sesorang
Errrr...tak lah teruk sangatpun pergi sesorang kan? kan? kan?
Teringat arwah Tok dan Opah...
ReplyDeleteOrang Perak banyak perkataannya hilang huruf "G" sebab orang Terengganu dah ambil... ekekekeke...
azie..kiranya kita ni sama kot..
ReplyDeleteida pun selalu dok berulang alik ke melaka sorg2..selamber mkn sorg2 dan buat hal sendiri..
lagi best g shoping sorg2...best sgt..tiada tekanan..
rasanya dah terbiasa buat semua sorg2 so tk beranganpun nak cari psgan hidup semula...ahaks...
cayalah.. dari KL ke Sri Iskandar kemdian ke Pusing lepas tu Ipoh terus ke Penang sengsorang drive? tanpa sesat???
ReplyDeleteiskk tabik spring la kat akak... ;)
hehe, bila la kita nak berkumpul ramai-ramai kt umah taman damai tu lagi ;)
ReplyDeleteterimakasih Kami tunggu Lawatan baliknya di maklumat kesihatan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik dan Obat Asam Urat info -> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G
ReplyDelete