Wednesday, December 8, 2010

Tempatkan Dia di Syurga...

Semalam aku terkeliru sendiri, bila RTM2 dan TV3 menayangkan drama khas sempena Maal Hijrah dengan dua drama berbeza tapi tajuk yang sama. Tidak pasti samada memang “info di hujung remote” yang salah atau memang kebetulan begitu.

Drama “Tempatkan Dia di Syurga” di RTM2 disiar lewat setengah jam dari TV3. So, kerana di stesen swasta tu kelihatan best, kebetulan pelakunnya ada Adi Putra dan Zamarul Hisham, so itulah pilihan aku semalam. (Layan sensorang sebab seluruh rakyat seisi rumah tido awal semalam).

Yang ini RTM2

Mungkin betullah kot, tajuk kebetulan sama tapi cerita berbeza. Mesej lebihkurang sama agaknya, sebab yg di RTM2 aku tak follow, klik time iklan saja. Nampak ada Arash Mohamad, Hasnol Rahmat, selebihnya tak tau. Another kesamaan adalah di kedua-dua drama ini ada Lisdawati. Terkeliru gak aku sekejap.

Yang aku tengok, adalah kisah pengorbanan seorang ibu (lakunan Mak Engku Farida) yang sudah uzur tapi tetap bekerja (cleaner) kerana dua anak lelakinya tidak memberikan perhatian kepadanya. Anak sulung lelaki pula, Amirul (lakunan Zamarul), ada sakit sawan, bergantung kepada ubat tetapi sangat ingin bekerja mengurangkan beban si ibu, manakala adik yang bongsu perempuan satu-satunya, Sakinah tidak bekerja tetapi sudah berkahwin dengan suami yang tidak memahami tentang isteri yang terpaksa menjaga kedua pihak antara suami dan ibu kandung.


Sedih drama ini kerana memang merasa tidak wajar bilamana anak lelaki yang sudah dewasa membebankan ibu sendiri (dari segi mental dan emosi pun dikira beban, tauu...). Watak Adi Putra berhutang kerana mengikut kehendak bini yang “matre...” (materialistik, ciluk ayat dari drama Indon), sehingga kena belasah dek kuncu Along.

Anak bernama .... ntah lupa (lakunan Joey), sanggup curi duit tabungan ibu sendiri utk motor sedangkan dia sudah 18 kali bertukar kerja sehingga kena buang kerja. Tapi bukan main eksyen citer kata kawan sekampung (yang lebih kurang macam dia juga lah..!) konon dia berhenti kerja sebab tak puas hati dapat gaji cuma RM1,500, sedangkan dia ndak gaji RM2,500! Cehhh.... pigi dah!

Pengakhiran drama, sebuah kesedaran, keinsafan selepas sebuah kematian. Abang yang sawan kemudian meninggal dunia — aku tak tau punca, ketinggalan sebab time ni, sorang kawan; CHE YAH tefon dan kami berborak beberapa minit — dan si emak pun meninggal di atas kuburan si anak kesayangannya.

Ramai kita faham, tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu adalah keutamaan berbanding anak perempuan.

Dalam keadaan ini, tiba-tiba teringat seorang kenalan MAYA, (kini blogger) yang merupakan anak lelaki bongsu, begitu rapat dengan ibu kandung walaupun tinggal berjauhan tetapi wanita uzur itulah keutamaan dalam hidupnya sehingga.... sehingga masa untuk mencari isteri pun bagai sudah tiada. Benarkah begitu BEB? :) > sengihhhhh...


~...bukan sedikit rasa bersalah dan kesal menghimpit bilamana tugasan memaksa SERI BULAN berjauhan dari tanah lelulur, meski HISYAM turut dalam kehidupan sepinya namun sebuah kerinduan bukan mudah pula untuk dihilangkan semata-mata dengan menatap wajah...~



12 comments:

  1. hehehe, kak azie kalau buat ulasan tentang cerita memang saya dah tak payah tengok kat tv. memang boleh faham dari awal hingga akhir jalan cerita tuh bagaimana dan kesudahannya. hiihihhi

    ReplyDelete
  2. EELOBOR:
    Kak Azie cuba ringkaskan sependek mungkin, kalu panjang sangat nanti jadi cerpen plak... hehehehe

    ReplyDelete
  3. kak azie nie sempat jer layan drama tv..jeles tau

    tapikan, ayu setuju kata eelobor..apa jua yang kak ulas..dah buatkan kami faham so, tak perlu tunggu drama nie ulang tayang,..

    ReplyDelete
  4. AYU:
    ahaa.. sorang lagi.
    Jom kita pi makan aiskrim sesama... hikhikhik!

    ReplyDelete
  5. Joey melakonkan watak Burhan. Abang meninggal kerana kepalanya terhentak di tangga sewaktu menahan Ady Putra yang membawa lari geran tanah emak mereka. Ady Putra kemalangan, dan koma di hospital.

    Hal begini bukan sekadar drama sebenarnya. Ianya kenyataan yang ada di mana2. :(

    ReplyDelete
  6. KAKCIK:
    Terimakasih kerana menyambung ulasan. Akhirnya dapat juga saya ingat nama watak Joey si kacang hantu tu..
    Benar, kisah sebegini sudah banyak berlaku, di mana-mana.

    ReplyDelete
  7. tak tengok cerita tu. tapi ada satu cerita lat tv3..insan terpilih...nak tgk juga tapi tak dapat tgk., hahaha

    ReplyDelete
  8. CT:
    Cerpen pun tak lepas, cemana nak buat novel..


    GADISBUNGA:
    Asyik ler tak dapat-dapat...

    ReplyDelete
  9. Azie, saya menonton drama ni di rumah pakcik, dari mula hingga kul 11.30 mlm. Dah dekat sampai hujung cerita, suami ajak balik, waduh... sedih tak dapat tengok akhirnya. Terima kasih atas ulasan Azie, segalanya terjawab kini. Meski[pun tak dapat tengok sendiri, boleh dibayangkan kesedihannya. kalau saya nonton sendiri, mesti saya melelehkan air mata.. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  10. dalam salasilah keluarga acu pun ada anak lelaki yg lebih kan isteri daripada emak sendiri...sedih bila di ingat kan balik...beraya di rumah isteri berhari2 tapi balik ke rumah nye cuma seketika je...tiap2 hujung minggu balik ke rumah mertua nak balik ke rumah mak sendiri terasa berat benar kaki nak melangkah...tapi waktu terdesak emak sendiri juga yang dicari...

    ReplyDelete
  11. Aik....CHEYAH plak yg dpt nama....hehehehe.....tp betoi la kak azie hat kita sembang mlm tu. sampai ke la ni sengap sunyi xdak habaq berita. mujoq x pesiap apa2. kalo dak buat penat otak ja

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails