Memanjangkan jemputan/undangan untuk para blogger, dari blogger yang tidak asing lagi Sdr Mazidul Akmal Sidik.
Program yang disebut sebagai Pertemuan Blogger, bakal diadakan pada Sabtu mendatang, 18 Disember 2010, bertempat di ICE ROOM, premis menjual pelbagai makanan di Jalan PJU 5/22, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Bermula jam 9.00 malam.
Bagi sesiapa rakan blogger yang berkesempatan, sudi hadir, silakan. Seperti biasa: Tiada sebarang syarat...!
Saya yakin, ada banyak perbincangan, perbualan dan pertukaran pendapat yang dapat kita bersama jayakan, dan tidak ketinggalan tentulah bertanya khabar, usik sakat, kritik membina dan diharap tiada yang akan bersanggit hati andai tiba-tiba si AA mengusik kasar atau berbuat Lawak yang tidak Antarabangsa...
Cerital lanjut di blog beliau SINI.
*Ada seorang blogger yang bernama ICE dari ICE KINGDOM juga sudah menyatakan kesediaannya untuk hadir. Aku harap tidak dibaling dengan ais nanti... > sengihhhh dendam.
hehehe, lambat lagi tuh. saya lak nak pegi kesana malam esok sebab dah lama janji ngn wife. kebetulan mak dari kampung tiba petang esok, bawa dia kuar makan malam kat luar. nak pegi yang kat bangi atau nilai jauh sangat. paling hampir ngan rumah kat kota damansara ler
ReplyDeletep/s: eelobor cuma makan aiskrim jer sebab masih dalam berpantang... hihihi
kak azie--
ReplyDeletesyoknya dapat join..
apatah lagi sambil suai kenal..sesi makan aiskrim.
tapi, askrim 20sen yang dipanggil asikrim batang malaysia ada dijual tak?
nak join tapi pada hari tu GB kene gi jengka utk kenduri kawen kazen...
ReplyDeletekalau sempat sampai KL sebelum malam GB pegi. nak jugak jumpa kak AA. hihihi
amboi bole tahan comel tempat parking tu
ReplyDeletekalu dok KL..bole join gak..mesti best..dr maya ke realiti..
ReplyDeleteInsyaAllah... kita pergi bersama nanti walaupun saat ini Abg Mus masih di KBMC selepas menjalani pembedahan kecil di kelopak matanya. :)
ReplyDeleteEELOBOR:
ReplyDeleteYeah... jika ada masa dan sempat lebih awal, teruskan saja. Apatah lagi bersama keluarga. Keutamaan menggembirakan ibubapa adalah keutamaan yang dituntut.
AYU:
Aiskrim Malaysia memang popular. Harus ada. Kalu rega cuma 20 sen, Kak Azie belanja AYU makan eskrim satu treler...!
GB:
ReplyDeleteLepas jer renjis pengantin, balik ler KL. Takyah der nak makan beradap dengan pengantin lakkk.. hehehe
Nak jumpa pengantin lama lak di KL, kan? kan? hikhikhik!
Jumpa Kak AA? adehhhh...
CEMOMOI:
Kalu tak comel, cemana kami yang comel-comel ni nak mari...?
menarik blog ini...
ReplyDeletehope to keep in touch ya...
best lak tgk aiskrim ni ;-)p
SARAH:
ReplyDeleteUntuk pengetahuan, agak sukar mana-mana blogger (esp. yg wanita) utk turun join program sebegini, kecuali benar2 free. Bila ada peluang, tentulah cuba meletakkan diri dalam keadaan selesa dan tidak menimbulkan prasangka...
KAKCIK:
ReplyDeleteYe, insyAllah.
Moga Abg Mus segera sembuh.. Nanti tak dapat makan eskrim nanti...
mengeratkan lagi silaturrahim di alam realiti :)
ReplyDeleteASRUL ILHAM SANY:
ReplyDeleteTerimakasih atas kunjungan.
Jom joinnnn makan aiskrim...!
HASLEENA:
ReplyDeleteAminnn... harapan semua orang memang begitulah.
Alahai..
ReplyDeletedah dekat tu Kak Azie...
Mak nak datang rumah lah. Tak sempat dia tengok cucu2 bersunat hari tu..
AZRINA:
ReplyDeleteKalu dah dekat tu, ko tidorkan anak-anak pastu ko jogging jer datang sini. Bleh gitu? hehehehe
Salam,
ReplyDeleteHajat di hati nak pergi ICEROOM makan aiskrim (padahal kat belakang rumah pun ada tapi x penah lak pegi) dengan AKAK kita ni...apa daya, daku perlu seberang Laut China Selatan pepagi esok (opssss! ari ni lah tuh!).
Kirim salam dgn Bro Mazidul...jumpa MokYang Januari nantilah ye ;)
Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia
ANYSS:
ReplyDeleteTerimakasih atas niat murni tu. Apapun selamat berangkat menyeberang lautan.
Moga pulang dengan selamat. Kerja kena jaga.
Yeahhh...insyaAllah, jumpa tahun depang.!