Wednesday, December 15, 2010

FACEBOOK: Antara Kebosanan dan Kejelekan...

Aku tak ingat bila aku mula sign up di FB, tapi agak lama. 2008 kot... Ketika aku belum melihat FB sebagai suatu laman sosial yang hebat (jika itu yang boleh disebut), dan ketika tidak langsung menjangka FB bakal menjadi berkembang seperti hari ini, aku sudah sign up dan kemudian sepi tidak aktif beberapa bulan, kerana tidak banyak aktiviti.

Hari ini, begitu ligat aktiviti, begitu berkembang pesat akhirnya memberikan sebuah kelalian (setidak-tidak belum lagi menjadi jemu) dengan segala rentak dan segala konsep.

Aku tidak langsung menolak sesuatu manfaat dan yang baik datang dari mana-mana laman sosial termasuk FB ini, kerana yang menentukan baik buruk sesuatu benda/jentera/alat adalah datang dari penggunanya dan sejauh mana penggunaannya. Setuju?



Dan Mark Zuckerberg sudah pun menjadi jutawan dalam usia yang begitu muda. Begitu pantas sekali. Mungkin dia sendiri tidak menyangkanya, kan? Jika tidak, takkan 2 orang sahabat sekampusnya cuba menyamannya kerana konon menciplak hasil karya bersama...

Kini, sejak pertengahan tahun 2010 lagi, aku sudah semakin mengurangkan kehadiran aku atau keluar-masuk aku di situ. Lumrah kita manusia, benda baru begitu teruja, kemaruk dan ketagih tetapi bila sudah kerap dihadap, selalu dimakan dimamah, pasti ada kejemuan. Malangnya kali ini, tiada menu lain yang boleh ditukarganti (kecuali aktiviti memblogging), sekurang-kurang hingga hari ini.

Berkebetulan pula, hari ini seorang rakan lama @ sahabat @ blogger (macam aku), berurusan di sekitar tempat kerja aku, dan sempat kami lunch bersama (thanks, sudi). Walau hanya tidak sampai sejam — ditolak waktu berjalan kaki, dan beratur agak lama di kaunter makanan — tetapi perbualan kami kali ini tidak bersulam balah.

Tidak pasti samada aku terpengaruh dengan perbincangan kami, atau aku semakin pasti, atau juga kerana sudah lama ada ketetapan tetapi tidak berani diluahkan, kini aku benar-benar berhasrat untuk menarik diri dari beberapa “perikatan” di dalam FACEBOOK.

Mengambil kira beberapa keadaan baik dan sekaligus terpaksa mengenepikan hal orang lain (yang ketara bukan urusan aku pun) tentulah keputusan aku ini tidak akan menjejaskan barang sekelumit apa pun, dari siapa pun, dan kepada siapa pun...

Cuma boleh disebut, salah SATU punca kejelekan adalah kerana aku tidak suka pada caci-maki-hamun dan carut-karut. Ianya begitu menganggu aku walaupun dalam kebanyakan keadaan si pemaki dan si pencarut itu tidak berapa aku kenali. (Dan aku tidak berhasrat untuk terus mengenali atau bertemu lagi).

SELAIN itu aku juga semakin melihat beberapa kemungkinan, perbalahan yang semakin kerap akan membawa kepada perpecahan. Perpecahan yang tidak mampu untuk seorang aku mencari ‘gam pelekat’ bagi mencantum kembali, lalu jalan terbaik adalah menghindarkan diri menjadi Orang Berkecuali...!


*Sesiapa yang mengenali aku, pasti sedar aku lebih selesa mengomen dalam keadaan santai, merapu, melawak, menyakat mengusik... kemudian keluar tanpa bersangka buruk tanpa disimpan dihati.
**Nak keluar, keluar sajalah... cakap banyak pulak!
***Entri sebegini tidak boleh terlalu panjang, nanti membosankan dan menjelekkan pula.



~...ketika dihalau keluar dari bilik darjah yang dikendalinya, SERI BULAN terkaget sendiri bila belum sempat melangkah jendul pintu, JALAL lebih dulu menyapanya dengan caci-maki dan carut yang memalukannya sendiri selaku lelaki...~




17 comments:

  1. ...maka itu facebook ckLah hanya untuk ahli keluarga dan rakan rapat yang dikenali saja.


    Yang di blog, biar di blog...selagi sudi berkunjung datang.


    Paling sebal bila ada isteri menulis di status:

    "Mama kesunyian. Papa jauh..."

    Apa motifnya...sudah pasti perayau fb berhidung belang akan terpancing..

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. sangat minimum berfoya foya kat facebook tu..kadang2 2-3 hari baru ada saru notification..nampas sangat tak popularnya..hehe

    memang sengaja dikurangkan masa di situ sebab tak banyak mana pun faedahanya.

    Kita kena pandai tapislah apa yang perlu diserapkan... tak kan nak jadi sponge bob je

    ReplyDelete
  3. setuju sangat apa yang dikatakan oleh kak azie

    lebih suka on fb sekejap sahaja..
    keluar masuk..tapi, ayu postkan entry terbaru berblog..
    orang nak kata sombong, lantaklah..malas nak fikir

    karang, kalau diikutkan hati..ikutkan nafsu..sure masalah mencarut..makin dilayan makin menjadi..

    ReplyDelete
  4. setuju sangat apa yang dikatakan oleh kak azie

    lebih suka on fb sekejap sahaja..
    keluar masuk..tapi, ayu postkan entry terbaru berblog..
    orang nak kata sombong, lantaklah..malas nak fikir

    karang, kalau diikutkan hati..ikutkan nafsu..sure masalah mencarut..makin dilayan makin menjadi..

    ReplyDelete
  5. saya sign up fb sb my SIL yg dok oz yg cadangkan..senang nk tgk pic dia..hehe

    masa lps sign up mei 2009..mmg mabuk kak azie..siang malam igt kat fb..pastu..blog ade gak..tapi xaktif..kendian julai 2010 aktip blog..fb da mula sepi..tmpat ping blog je..

    kdg2 komen gak status kwn2 saya yg belum kenal dunia blog..waahhahaa..dorang tu kwn2 saya layan fb la sb xde blog...hehee

    tapi mende ni xkira fb atau blog mmg kene bijak urus..

    ReplyDelete
  6. layan org cenggitu buang masa kita je

    ReplyDelete
  7. memang kadang2 menjemu n menjelekkan berlama lamaan kat FB..dulu masa memula kemaruk jugak..

    ReplyDelete
  8. fb, sign pun sebab nak kontek member lama, bila dah jumpa bertegur sapa dan ambil no telepon..

    keluar masuk setakat menjengah saja

    ReplyDelete
  9. Kak azie, apa saja yg baru memang indah & manis belaka...bila dah lama mmg jemu, yg buruk pun ternampaklah. saya pun angin bosan kadang2 datang, especially kat FB tu..tersalah buat status, ada yg sentap...tersentap & menyentap...tapi ketagihan sukar dikikis..huhu...cmne tu..

    ReplyDelete
  10. Pun tak aktif FB, tapi skg kena aktif sebab dok ajar Permaisuri caran nak ber-FB... eheks...

    ReplyDelete
  11. Kak Zai tak ada fb,biarlah orang kata ketinggalan...

    ReplyDelete
  12. AA
    Hanya my pandangan...

    Rata2 berpendapat "mula2 kemaruk", pastu "bosan etc".

    I akan kata "tepuk dada tanya selera, masuk tak dijemput, keluar tak dihalau". Apa pun, biarlah sederhana saja. Tul tak?

    ReplyDelete
  13. ZZZzzzzz --> ngantuk err ade kaitan dgn citer mokyang ke he he

    ReplyDelete
  14. acu aktif dgn FB sebab GAMEs...punya kawan beribu sebab GAMEs...silaturahim terjalin dengan negara2 lain pun sebab GAMEs...hehehheee

    ReplyDelete
  15. fesbuk semakin membosnkan. tambahan pula crush2 saya semuanya sudah berpunya. huhuhu~

    ReplyDelete
  16. malas bukak, seminggu sekali adalah .. yang banyaknya gambo bebudak

    ReplyDelete
  17. eerkelehh tunjuk baik konon tak nak baca maki..

    kenapa persalahkan individu yg masukk..
    kerana dek sifat 'seorg dipersalahkan semuaGroup..mana boleh..
    entah2 awak yang bersekongkol bersama admin..
    admin PENIPU..

    jika silap individu tanggungjawab admin..

    dah sifat admin sendiri memang
    suka bergrop2 suka memcahbelahkan sahabt..
    buat apa buka grop jika asyik dengki tunjukk kuasa..
    kuasa remove kroni yang tak suka..

    apa kelas ada kelas 2 dlm sahabt?FB?
    awak terbabit bersekongkol sama, kot?tapi pura2 tak suka?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails