Thursday, December 30, 2010

Jika Diukur, Mungkin Aku Dah Sampai Singapura...

Selasa, aku dan Kak Yang bergerak dari Taman Damai, Parit Buntar ke Bandar Perda ambil sorang lagi sister, kemudian ke Batu Feringghi.

Sejak My BONDA tinggal di sana bersama adik perempuan bongsu kami lebih banyak berulang ke sana menjengahnya. Walaupun tiada kegiatan tetap yang dapat dilakukan selain dari menengok-nengok anak-anak di surgeri dan membantu mengaji murid-murid di taska (adik AA ada 3 buah taska yang berjaya di sana), tetapi My BONDA agak selesa di sana kerana kemeriahan membantu dia agar tidak kesunyian.



Berhadapan Taman Sg Emas.

Taska adik aku Taska Warisan Bestari memang merupakan taska yang popular di kawasan perumahan Taman Sg Emas, Batu Feringghi. Selain di sini ada satu lagi cawangan di Teluk Bahang dan Bertam, Kepala Batas.



Nampaknya taska dia semakin maju dan banyak perubahan baru. My BONDA membantu mengajar mengaji bila dia terdaya, sekali sekala memerhati apa yang bersesuaian, selebihnya menumpang kemeriahan...


Ruang atas bersebelahan bilik tidur utama. Ruang terbuka ini seperti bilik bacaan dan pejabat serta ruangan untuk monitor CCTV.


Pic termahal aku...!
Inilah tujuan utama kami ke Penang.




Singgah Bandar Perda, sempat mencuba Kuey Teow Cantonese. Still tak leh lawan seperti yang pernah aku makan di BB Plaza.


~...ketika meninjau di laman Teratak Nyatuh, HISYAM tersipu kerana wajah SERI BULAN yang diharap di sebalik kain tutup tingkap, malangnya PAK UTIH tiba-tiba berdehem sehingga terkejut bagai dipanah tahi burung di atas kepala!... hahahaha~



18 comments:

  1. mesti meriah sebab bila budak2 tu ada pasti tak sunyi kan?

    ReplyDelete
  2. surgeri ke nursery? hehe...turn kami plak nak menyinggah sana ;)

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    ESOK CUTI UMUM. KE MANA PULAK, AZIE ?

    ReplyDelete
  4. Pusing ikut mana pun, mesti ada gamabr dan cerita pasal makan gak! Aharks!

    Yang pic ada meja bulat dan di aatasnya ada pokok dalam gelas besar tu Taska gak ke? Tak ada risiko bebudak bagi jatuh itu gelas besar ke?

    ReplyDelete
  5. GADISBUNGA:
    Syok dan meriah bagi yang suka kanak-kanak.


    NORASHIKIN:
    Gua sudah salah taip kah? Ayooo soli.

    ReplyDelete
  6. LUAHFIKIRAN:
    Salam. Esok sibuk urusan “final touch-u” barang2 sekolah anak-anak.


    KHAYALKHAYAL:
    Itu adalah ruangan atas, tiada bilik mengajar di tingkat atas kerana ini adalah ruangan utk tuan rumah @ tokey taska.
    Kelas semua di tingkat bawah, dan tiada pelajar dibenarkan naik ke tingkat atas pun.
    Pagar sekeliling dan CCTV, insyaAllah keselamatan terjamin.

    ReplyDelete
  7. kak azie..banyak memory ayu di perda..maklumlah..masa pembukaan perda...poli baru dibuka...kiranya macam kosong gila area tu..

    kata kawan ayu..skrg perda dah maju gile..ada supermaket..hotel budget...dll...wah...bangga lah ayu, suka mendengarnya

    ReplyDelete
  8. AYU:
    Memang tiap kali masuk kawasan perumahan adik Kak Azie yg tinggal di situ, harus melalui jalan di depan pintu masuk Poli tu. Sekarang di situ ada beberapa stesen minyak, McD dan rumah kedai yang banyak. Maju dah kawasan tu.

    tapi makanan mahal...!

    ReplyDelete
  9. saya penah terfikir dan terancang
    suatu hari nati saya nk buka taska..hehe..

    mesti kene kursus kan kalu nk buka taska @ nursery ni..baru bole dpt lesen yg diiktiraf..mcm nursery anak saya ni..pihak jkm hantr staf dtg kursus..dan pantau

    ReplyDelete
  10. kak azie...sungguh mahai ker???
    adoi....teruk no..sian kat students poli..

    kak, ayu tag akak yer..
    join contest tau
    http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/12/contest-aku-dan-kaca-mata.html

    ReplyDelete
  11. SARAH:
    Buka taska seperti juga orang berniaga. Tetap ada undang-undangnya. Kak Azie tidak ler pandai/tahu sangat, tetapi kursus wajib memang ada, malah kursus lain pun ada dari semasa ke semasa.
    Btw, adik Kak Azie dan suami memang ada semua tu, malah suami dia memang belajar bertahun-tahun sehingga ke USM tentang pendidikan dan bidang kanak-kanak.

    ReplyDelete
  12. AYU:
    Mungkin di kawasan berdekatan pelajar, boleh murah skit kot. Tapi yang kami makan di kawsan perumahan agak mahal.
    Tag? ya, jap lagi nak pi tengok.

    ReplyDelete
  13. dari taman damai nak ke taman krian dalam 5 minit ja.. isk isk iskk.. dah dekat sangat tu.. tak dak rezeki la kita nak sua muka.. (sua muka?? hahaha)

    tak try char kuey teow ka kali ni?

    ReplyDelete
  14. EJA:
    Laaaa dok Taman Krian ka? Kak Azie ok ingat hang dok di area Bagan Serai nuh.. alahai.
    Email mai hang punya address dan no tefon. Nanti bulan depan Kak Azie nak balik lagi ke sana.
    Kot la kita bleh dating...

    Taman Krian tu sebelah saja Taman Damai. Nanti leh sama-sama merendek tang Pusat Bandar ker.. atau kita pasar malam. :)

    ReplyDelete
  15. haha.. Bagan Serai tu area sekolah dok ngajaq nun..

    ok.. dah emil dah... ;)


    *nak borong tudung murah meh laa.. leh dapat rega borong..

    ReplyDelete
  16. EJA:
    Terimakasih, satgi Kak Azie semak email.
    Btw, sekolah di Bagan Serai, sekolah mana? Kak Azie dulu, 2 tahun di SMAI. Tak sangka lak, tahun depan sorang kakak Kak azie dapat mengajaq di SMAI jugak tahun depan.

    ReplyDelete
  17. sekolah rendah kat Masjid Tinggi.. masuk kot Jalan Banjaq tu..

    tapi mulai 2011 dah tukaq mai Parit Buntaq..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails