Thursday, December 16, 2010

Nasi Lemak, Terubuk Masin & FM...

Pagi tadi tak tau cemana leh terlewat tapi tidak lambat untuk ke tempat kerja dan janji singgah di ofis Germaine di Imbi menghantar lebih 15 pek Tart Nenas Tersohor yang sentiasa mendapat sambutan hangat di pejabatnya. Sori lar pada yang baru nampak dan baru nak order. Kena tunggu tahun 2011.


Kerana berada di sekitar tempat “mainan” selama lebih 9 tahun di situ, tentulah tidak lepaskan peluang mencari Nasi Lemak yang ada di beberapa tempat berdekatan.

Pilihan kali ini gerai Brother ZUL, yang berniaga Nasi Lemak di hadapan restoren betul-betul di sudut simpang empat Imbi, tidak jauh dari Sakura Nasi Lemak yang popular dulu.


Gerai BRO ZUL betul-betul di hadapan restoren — payung.

Agak kalut mengejar masa ke tempat kerja, sempat minta Telur Goreng. Cisss... patutnya minta Sambal Sotong!


***


Sudah lama tidak merasa Terubuk Masin, digoreng garing, nikmati bersama nasi panas. Perhhhh!


Terimakasih AYU yang datang dgn ILA tadi, mengambil order Tart Nenas Tersohor sambil sedekah Terubuk Masin, dan cenderahati dari Sarawak yang comel ni.

Budi baik sentiasa menjadi ingatan...



~...berakit menongkah arus walau deras dan luas seperti Sungai Sarawak, tidak pernah bosan dan jemu selagi HISYAM di kiri dan kanan, ibarat mengimbang rakit, dengan hasrat andai jatuh biarlah basah atau lemas bersama SERI BULAN...~



6 comments:

  1. Kena kurang kan garam dalam masakan..heee.. Memang sedap makan dengan nasi panas..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Yummy! Dah lama tak sebat nasi lemak hu hu hu ...pagi2 nanti nak pergi cari tepi longkanglah!


    Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

    ReplyDelete
  3. Gulp (telan air liur) sodap nyer nasik lemas itu :)

    ReplyDelete
  4. g lebih suka ikan tenggiri masin jeruk ni...ikan terubuk kalo tak masin mmg g suka....masak asam pedas...goreng...sodapnyaa lemak ! iskk rs nk pi carik lak ptg ni...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails