Friday, December 3, 2010

FACEBOOK: Perosak Rumahtangga?

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika, 1 daripada 5 perceraian di negara tersebut membabitkan laman sesawang sosial. 80% peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar yang MENGGODA di FB.

Malah membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.


2009, firma guaman di Britain pula mencatatkan 20% petisyen perceraian mengaitkan FB sebagai punca. (Sumber: KOSMO bertarikh 2 Disember 2010)

Di negara kita? Berapa pula % nya? Adakah mana-mana pihak yang membuat kajian, kaji selidik atau statistik mengenainya?

Atau mungkin telah ada, tetapi tidak terumum di mana-mana suratkhabar? Yeahhh... kita orang Timur, mungkin ada beberapa perkara yang agak malu untuk kita ketengahkan tapi perceraian, rasa benci, cinta yang menurun, kasih sayang yang semakin hilang dari dalam rumah... sudah menjadi lumrah.



Seorang kawan bulan lalu bercerita tentang jirannya (ntah jiran ntah saudaranya), sedang bergolak, berpisah rumah setelah isteri tidak tahan dengan karenah suami yang terlalu asyik dengan FB sehingga lewat malam.

Sekarang dikatakan, mereka sudah berpisah rumah tetapi belum bercerai. Ada seorang anak berusia 3 tahun.

Semasa diceritakan kepada aku, terus terfikir sesuatu lalu aku bertanya, “Jika sekadar asyik dengan FB tapi tak curang, takkan tak tahan? Atau sekadar menjadikan itu alasan untuk menutup kesalahan lain?”

Dan ternyata memang benar. Setelah berpisah rumah, rupanya isteri sudah lama ada hubungan dengan seorang lelaki lain di tempat kerja (lelaki itu bukan Melayu lak tu), dan hubungan mereka sudah terjalin agak lama sebelum isu FB timbul. Rungutan tentang suami hanya suatu kesempatan dan alasan untuk mengelak kecurangan yang lebih dulu dilakukan isteri.

Bagi aku, dua-dua pihak juga salah. Bersosial di FB tidak dapat dielak di zaman teknologi ini, tapi takkan lah sampai 2,3 pagi sedangkan masa yang terbazir itu adalah hak anak dan isteri. Memadai sekadar sejam dua yang berbual biasa tanpa melebihi had. — dalam hal ini, aku pernah ditanya kenapa tidak pernah on chat di FB, yeahhh... memang aku tak pernah on chat, sebab aku masuk sekadar lihat apa yang perlu, komen mana yang sesuai, post apa yang boleh dikongsi, tegur sapa mana yang mesra, sarcastic bila ada mood.. hehehehe. Chat? Sori Berlori, tak minat.

Isteri pula, yang memang sudah terpinggir, tidak begitu dipedulikan tidak mustahil pula mudah jatuh kasih dan merasa dibelai bila ada “orang luar” yang memberikan lebih perhatian. Memang tidak wajar sekali kerana baru saja kahwin (belum 5 tahun) sudah boleh rasa hambar, tetapi tidak mustahil untuk beralih arah... tidak mustahil.

Pernah dengar orang berkata; perkahwinan 5 tahun, memang bakal menerima cabaran yang hebat. Jika lepasi 5 tahun, insyaAllah memang boleh berkekalan.

Kemudian selepas 10 tahun (atau 11 tahun?) akan diuji hebat lagi (bercerai atau dimadukan). Jika berjaya lepasi tempoh ini, rumahtangga akan semakin kukuh seiring dengan kestabilan jiwa dan ekonomi.

Kemudian 19 tahun? Ketika inilah kita susah nak handle kerana masing-masing sudah berusia dan anak-anak semakin dewasa... dan ada yang diuji bilamana suami yang semakin menipis rambutnya (silap-silap dah BOTAK) tiba-tiba terlibat bercinta dengan gadis muda... Sapa kata lelaki umur 60 tahun tak pandai berchat dan berFACEBOOK?

Tentulah malu bila anak dah besar tiba-tiba bercerai-berai, kan? Tapi dilema ini juga banyak yang dihadapi dengan punca dari banyak faktor.

Sebagai manusia matang, terpulang diri sendiri menilai kedudukan diri dalam mengendalikan laman sosial sebagai salah satu cabang kehidupan yang tidak upaya dielak...
*Peringatan buat diri sendiri juga.


~...antara SERI BULAN dan HISYAM tidak pernah perlukan laman sosial untuk berhubung, kerana masing-masing dapat melihat wajah di BULAN dan BINTANG yang bersinar di maya pada...~


23 comments:

  1. HAZREY:
    Tetiba jer ko jadi tamak malam ni?
    ops! malam Jemaatttt....!

    ReplyDelete
  2. memacam punca kan? bukan fb je, tp sikap kita sendiri

    ReplyDelete
  3. tu la kak
    penangan fb ni macam2
    kita yg kene bijaksana
    mengurusnya..

    dulu masa mula2 join fb bulan 5 thun lps..saya mabuk gak
    xde media lainkan..fredster ngan my space saya xjoin

    pastu..slps saya mabuk blog..fb dah kureng..hehe

    tgk gtu2 je..komen2 status kwn dan tmpat ping blog je..

    blog pom kene saya urus dgn baik agar tidak teraddicted yg melampau..yg sedang2 aje..

    ReplyDelete
  4. memang ada kebenarannya...
    dalam keluarga teman pun ada yg terkena tempiasnya...
    pokoknya kita...lihat apa matlamat kita menggunakan fb tu...
    kalau baik..maka baguslah hasilnya..

    ReplyDelete
  5. setuju jika di katakan antara puncanya....

    ReplyDelete
  6. SYA:
    jika hari-hari berurusan dgn FB, tapi dapat mengawal diri, tentu tak jadi apa-apa.
    Jika takda internet kat rumah sekalipun, kalu dah gatal miang nak curang, pasti terjadi juga. Pokok pangkal, diri sendiri.

    ReplyDelete
  7. SARAH:
    Adatlah kita ni manusia, bila jumpa benda baru, teruja dan sedikit “kemaruk” kata orang. Tapi kerana kita lebih matang dan banyak komitment lain, tentulah kita kena bahagikan masa pula.


    Bang LANA-BULU:
    Teknologi tidak pernah salah, yang salah bila terjadinya penyalahgunaan.

    ReplyDelete
  8. EELOBOR:
    Kerana FB paling popular di hari ini, itulah punca ketara dalam kategori alam siber.

    Menurut En AZLI PAAT, di Malaysia ada 29 juta rakyat, tetapi 31 juta hanfon. Dan lebih 1 juta sms setiap hari. Itupun antara dorongan ke arah kecurangan.

    ReplyDelete
  9. kak azie--
    kita memang sehati dan sejiwa

    PS: seri bulan dan hisyam saya pinjam malam ini buat teman boleh ker? agak-agak berapa upahnya?

    ReplyDelete
  10. macam-macam dunia sekarang. FB kalau disalah guna bahaya, bukan salah dunia tanpa sempadan kan tapi manusia tuh sendri sebenarnya.

    Latest Entri :
    Bila Si Dia Bertanya
    Ya Allah Masaku Dah Tiba

    ReplyDelete
  11. Hidup ni bukan sesuatu yang mudah ... tersilap langkah ... zasss... abis begitu aje. Bercakap dari pengalaman ... hukhukhuk :)

    ReplyDelete
  12. singah sini jap...;d fb munkin sebagai punca jew..kalau hati tu dah mcm tu memang takleh nak kata apa...;d

    ReplyDelete
  13. AYU:
    Pernah dengar statment ni tak? > Sehati dan sejiwa tapi tidak sekepala? hehehe

    Maka, oleh itu, SERI BULAN dan HISYAM tidak upaya merantau jauh ke selatan. Tunggu tahun depan.. hehehehe jangan marah ek?

    ReplyDelete
  14. EIELA:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Kak Azie setuju ayat “salah guna” itu.


    ACIK MLMW:
    Hmmmm.. jika semuanya mudah, tak mencabarlah hidup. Orang yang kuat adalah orang yang berjaya mengawal marahnya.

    ReplyDelete
  15. RIEYANA YNN:
    Salam kenal, sila masuk. Terimakasih.

    Betul tu, kita memang tidak boleh menyalahkan orang lain atas kesalahan diri kita.

    ReplyDelete
  16. pandai2 la nak gunenye mcm mane care pun..janji tak abaikan tanggungjawab masing2..

    ReplyDelete
  17. AIN NORAINI:
    Yeahhh... ramai terlalai dan teralpa bila menyentuh bab tanggungjawab...

    ReplyDelete
  18. orang kita pun ada kak...

    balik rumah kakak di Johor hari tu dia ada cerita jugak. Ada 2 kes.


    Dah bercerai dah pun...siang malam chatting dengan lelaki lain; laki kat rumah dia bo-layan..


    Yang kedua tu husband dia masuk akaun dia yg kedua lepas syak sesuatu dan jumpa gambar2 gaya seksi- seksa yg dia message pada boyafrend maya dia tu... hsband dia dalam dilema sbb sayangkan anak2..

    ReplyDelete
  19. azie..
    pisau dan timun ditgn masing2..
    pandai2lah pikir...

    ReplyDelete
  20. AZRINA:
    Begitulah bila sudah menyalahguna, pastu ditimpa perasan dan asyik masyuk. Sampai lupa keluarga.


    AKAK:
    Setuju dan terimakasih..

    ReplyDelete
  21. salam kenal tuan rumah;

    memang semua ni realiti. cuma tinggal kita je yang perlu megawal diri sendiri...

    bila terkena atas batang hidung sendiri - serius, ianya amat menyakitkan.

    ReplyDelete
  22. Salam NAJWA:
    Terimakasih sudi masuk.

    Setiap kita ada pengalaman tentang laman sosial.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails