Pelabuhan Nan Sepi
Di sini, di jeti ini aku singgah lagi
melihat kapal-kapal berlalu datang dan pergi
menanti, malang sekali
tiada satupun yang sudi menumpangkan aku
Di jeti ini,
kutemui lagi
lelaki itu, kusam bajunya muram wajahnya
sesakkah dadanya?
hati sering meneka
Diakah watak lelaki kalah?
atau akukah pelakun watak tewas?
di tepi jeti menghala laut
indahnya tak disangkal mudah terpaut
entah kenapa luasnya laut
buat aku rasa lemas
tidak dapat berpaut
Katanya dunia ini sunyi baginya
pelabuhan ini luas teramat
tapi haluan kapalnya sering tak tetap
berubah-ubah mengikut impian mimpi
yang panjang dan tak sudah-sudah
Impian mencari kebisingan
agar kemurungan tidak lagi singgah
di lubuk hati seorang lelaki yang kalah
pada perhitungan sebuah keegoan yang lumrah
padah dan parah
Langkah lajunya tanpa tuju
kuekori dengan mata cuma
ceritanya tetap sama
seperti aku, menanti kapal bahagia
membawa ke pulau sejahtera
dan merai kemenangan
atas sebuah perjuangan.
~...lemas di lautan madu? Sungguh malu bila tanpa diduga soalan itu yang keluar di celah rancak gebang antara HISYAM dan kerabat-tak-rapat keluarga Pak Utih...~
Di sini, di jeti ini aku singgah lagi
melihat kapal-kapal berlalu datang dan pergi
menanti, malang sekali
tiada satupun yang sudi menumpangkan aku
Di jeti ini,
kutemui lagi
lelaki itu, kusam bajunya muram wajahnya
sesakkah dadanya?
hati sering meneka
Diakah watak lelaki kalah?
atau akukah pelakun watak tewas?
di tepi jeti menghala laut
indahnya tak disangkal mudah terpaut
entah kenapa luasnya laut
buat aku rasa lemas
tidak dapat berpaut
Katanya dunia ini sunyi baginya
pelabuhan ini luas teramat
tapi haluan kapalnya sering tak tetap
berubah-ubah mengikut impian mimpi
yang panjang dan tak sudah-sudah
Impian mencari kebisingan
agar kemurungan tidak lagi singgah
di lubuk hati seorang lelaki yang kalah
pada perhitungan sebuah keegoan yang lumrah
padah dan parah
Langkah lajunya tanpa tuju
kuekori dengan mata cuma
ceritanya tetap sama
seperti aku, menanti kapal bahagia
membawa ke pulau sejahtera
dan merai kemenangan
atas sebuah perjuangan.
~...lemas di lautan madu? Sungguh malu bila tanpa diduga soalan itu yang keluar di celah rancak gebang antara HISYAM dan kerabat-tak-rapat keluarga Pak Utih...~
salam azie..wah,pandai azie bersajak..bagus pula tu..tahniah ya..
ReplyDeleteselamat pagi jumaat kak azie
ReplyDeletesebelum ayu nak goreng bekal ke rombongan ayu usyha dulu blog kak...
hehehehe..psst..ada benda nak kongsi..tapi tunggu..
kak, terbaiklah sajak itu,,,semoga bertemu kapal yang lebih elok, dan ada nakhoda yang sudi menumpangkan kebahagiannya
MAKCIK MERIAM / AYU:
ReplyDeleteSalam dan selamat pagi.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
salam,
ReplyDeletepagi-pagi banyak idea ye...
cantik pic jeti tu..suka sgt!
dimana tu ?
sepi tu indah
ReplyDeletemenanti tu yang padah
mencari bahagia..bahagia itu ada pada kita kan kak..kita lah yang perlu membentuk bahagia kita..eceh!:P
ReplyDelete