Friday, December 24, 2010

Ini Bukan Entri Merapu, Walaupun Memang Tak Banyak Idea...

Memang, secara peribadi, AA sendiri agak ragu-ragu untuk menjadi sebahagian dari orang yang memyambut parti Krismas di tempat kerja. Untuk pengetahuan, ini adalah pengalaman pertama AA kerana sebelum ini kami banyak menyambut Hari Raya dan Chinese New Year sahaja, Krismas hanya terhad sekadar meletak pokok Krismas sahaja.


AA faham, ada yang menasihatkan/memberikan ingatan tentang cara kita menyambut dan merai sesuatu perayaan itu. Thanks. Nanti AA tunjukkan gambar sekitar parti ringkas itu.

***

Semalam aku dikejutkan oleh satu email dari orang yang tidak dikenali tetapi sangat berharap tinggi untuk aku menjadi orang harapan yang boleh membantu dia... Hmmm?

Email ringkas dari lelaki itu menyatakan dia ingin menghubungi semula kawan lama dia (wanita, SRM) yang terpisah lebih 10 tahun. Agakan aku, dia mesti terlihat gambar aku bersama SRM dalam satu program, yang aku pernah buat liputan dan gambar di blog ini. Dah lama sangat pun program tu.

SRM merupakan seorang yang agak terkenal, dan aku pernah terlibat dalam program di mana SRM turut terlibat. Namun begitu, bergambar bersama, berbual beberapa minit, wpun mesra tidak bermakna kami berkawan rapat. Dan bukan juga sifat aku untuk meminta no telefon sesiapa saja (apatah lagi orang terkenal seperti SRM itu) begitu mudah.

Jadi, siang tadi aku hubungi syarikat penganjur untuk mendapatkan no telefon SRM atau setidak-tidak akaun FB. Kemudian aku sendiri telefon SRM memberitahu tentang email sekaligus meminta izin berkenaan no telefon. Seperti yang dijangka tentulah tak boleh diberi begitu sahaja, melainkan alamat email sahaja. So masalah selesai, setelah aku sendiri telefon bagi mengenal pasti lelaki itu benar-benar wujud dan SRM pun kenal dia, dulu...

Apa yang aku boleh simpulkan ialah, ada sesuatu pernah terjalin lebih 10 tahun dulu antara mereka. Walau tidak secara jelas, tetapi bila SRM terlepas kata, “Oh si dia ni. Nanti dia call saya malam-malam, susah. Kasi email sajalah.” Itu keputusan dia.

Tentulah agak sukar untuk membuka laluan atau ruang kerana sekarang masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri. Apa terjadi seterusnya, bukanlah menjadi urusan aku... Aku sekadar tolong.


~...bila HISYAM ditinggal bersendirian, dia merasai kesunyian selama ini begitu berganda kesepiannya, tetapi untuk mencari kebisingan akan mengundang suatu kecurangan pula, lalu SERI BULAN rela berjalan sendiri di bawah gumpalan awan...~


8 comments:

  1. kak azie.
    walau hanya letakkan satu pic, ayu dah rasa keseronokan kalian disana

    SPM..mesti ada yang belum diselesaikan antara mereka 10 tahun yang lalu.

    sama2 ada haluan dan keluarga..yang lepas sudahlah...harap tak buka buku lama...

    ReplyDelete
  2. AYU:
    Kemeriahan adalah sama bila kita meraikan Hari Raya juga. Kemeriahan adalah bila kita saling menyokong dan memberi semangat.

    SRM, dia sendiri tidak selesa. Hanya sekeping gambar, lelaki itu kembali mencari dirinya. Adehhhh...

    ReplyDelete
  3. wah..nmpk meriah kak azie ngan topi tu..hheee..

    ReplyDelete
  4. andai dapat kita elakkan agar tidak ada sebarang syak...

    ReplyDelete
  5. Errr... errr... uhuk!

    ReplyDelete
  6. KHYALKHAYAL:
    Bro, U memang kenal juga SR ni. Tak sangka gambar2 lama masa di Pesta dulu, masih ada yang terpandang... aduhai...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails