Saturday, December 18, 2010

Penyesalan yang Terlewat...

Bila kita tersedar sesuatu tetapi sudah terlewat, memang sungguh mendukacitakan sekali, kan?

Begitulah terjadi, bila LUNA menelefon mengadu, dia merasakan rasa kecil hati dan tersinggung kerana seorang kawan yang tidak rapat jauh sekali mesra tetapi bukanlah renggang, tetapi menjadi kawan yang suka mengungkit setiap kali selesai sebuah pertemuan.

Ungkitan yang remeh sekali, sekurang-kurang kepada seorang lelaki yang sejak azali kita kenali sebagai kaum yang tidak suka meremehkan hal-hal kecil yang sedia leceh.



Lalu LUNA berkata, dia kecil hati dan tersinggung (sudah kuulangi ayat ini di para atas tadi). Perasaan kecil hati dan tersinggung yang sudah pernah dirasai dulu lagi, tetapi tidak pernah terluahkan sebelum ini. Kali ini dia merasakan alangkah kesalnya bila dia terpaksa juga menyebut tentang rasa itu walaupun sepertinya sudah terlewat untuk membetulkan ego seorang kawan lelaki yang sentiasa merasa dia sahaja yang betul.

LUNA memang kecewa + bengang = geram!

Aku sendiri tidak faham bila LUNA mengadu dalam kelirunya. Kawannya memang begitu, setiap kali mengajak berjumpa siap merayu-rayu mohon diberikan masa, mohon pengertian.

Bila didalih dan beralasan tidak jalan, lalu LUNA hadir memberikan perhatian dan sedikit rasa kesian.

Tapi bila selesai, kerana masa yang cemburu (ayat standard nih...), perpisahan memang suatu kenyataan. (Takkanlah nak tidur baring kat foodcourt plak... bukannya macam court badminton...).

Tidak pasti samada dendam belum sepenuhnya berbalas, atau kerana sifatnya yang tidak memahami lalu amalan mengungkit sebagai kepuasan diri, itulah yang diterima lagi oleh LUNA.

Kawannya memohon lanjutan pertemuan tetapi LUNA beralasan, setidak-tidak dalam 3,4 bulan mendatang. Lalu ungkitan bermula...

LUNA dituduh akan melayani kawan yang lain mengisi masa 3,4 bulan yang dimaksudkan, dan ketara ungkitan tentang makan bersama dengan wang yang hanya 2,3 keping not merah yang ditarik dari poket semalam, dikias sebagai pelaburan sia-sia.


Apa kelas lelaki mengungkit bila belanja pompuan makan??!!

Kata LUNA, “Kalu aku tahu nombor akaun dia, aku rasa nak masukkan duit dalam akaun dia, bayar balik harga makan aku yang dia bayar semalam...!”

Kini LUNA rasa seperti terlewat kekesalan itu kerana kawannya terlebih dahulu seperti menyesal berkawan dengan dirinya. Sabar ya LUNA...




~...pernah sekali SERI BULAN bertanya tentang jujur-ikhlasnya HISYAM dalam menyertainya ke Kampung Separuh Desa, tapi tiada jawapan bersuara yang didengari, lalu dia faham dengan perbuatan dan kesediaan HISYAM sendirilah yang menjadi jawapan tentang ketelusan menjadi orang kepercayaan...!




13 comments:

  1. Segelintir orang boleh menjadi kawan baik hanya pada tempoh tertentu sahaja...

    selebihnya, berubah-ubah seperti Sesumpah.

    Tapi, harus diyakini, masih ramai lagi orang yang baik budi... Ramai.

    ReplyDelete
  2. Bunyik LUNA mengingatkan saya pada kaler Pensil Jenama yang sama ... hehehe ... Mesti Luna tu seorang yang menarikkan.

    ReplyDelete
  3. eh sampai begitu sekali ;o

    menyesal sebab menerima pelawaan lelaki tersebut utk belanja.

    ReplyDelete
  4. salam....

    LUNA, color pensil yang paling mahal dulu :)

    ReplyDelete
  5. ACIK:
    LUNA memang seorang yang menarik. Sebab tu ramai yang tertarik. hahahaha


    RAJI:
    Jangan buat begitu pada pompuan yaaaa...

    ReplyDelete
  6. SEPATU HIJAU:
    Sampai hari ini pun, LUNA masih mahal.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Waaaaa itukan biasa ditemu, duhai cik LUNA nan jelita

    ReplyDelete
  8. KINA:
    LUNA MAYA? ahaa itu pun kesian gak.


    ANYSS:
    Salam. Sebab biasa itulah yang tambah geram tuh.

    ReplyDelete
  9. KINA:
    LUNA MAYA? ahaa itu pun kesian gak.


    ANYSS:
    Salam. Sebab biasa itulah yang tambah geram tuh.

    ReplyDelete
  10. salam, nampak sedap benda yang nak dimakan

    ReplyDelete
  11. Lelaki lepas bayo kemudian mengungkit? Moh kite pakat gelak K. Azie - "Muahahahahahaaaaaaa....theheheheheeeeee... Chetttt!"

    Kak Azie, saya cukup pantang kalu bab makan & minum diungkit-ungkit. Sbb tu saya cukup risau bila ada kengkawan nak belanja - Lagipun Suami dah pesan byk kali "bila jumpa kawan lama ke kwn baru, kalu ada rezeki masa tu belanja le deme..., kalu tak, awk jgn harap org belanja. Bayo mkn minum sendiri..." Errr... baik Bangggg....

    ReplyDelete
  12. PANGLIMA MUDA:
    Yee Mee Cantonese!


    PN LIZA:
    Mengungkit dah jadi satu dosa tu...:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails