Wednesday, December 15, 2010

Mereka yang Ku Kenali_03: Novelis dan Rakan Sukarelawan...

Pagi ini berharapan aku boleh ke tempat kerja dengan segar dan lebih baik berbanding petang dan malam tadi.

Selsema ni buat aku tak selesa, tetapi selagi tidak memberatkan kepala, tiada sebab untuk menyambung tidur atau beralasan untuk MC, tapi kat rumah kena buat kerja juga. Sama saja, tiada beza. Lainlah kalu dapat duduk lepak bersendirian (or berduaan?) di rest house ker.... kat tepi pantai kerrrr... uishhh! jawoooohh melalut.

Rasanya hari ini tiada tugasan mendesak (aku bukan pemegang pen berkilat yang berharga sekali tenyehannya, laku utk meluluskan dana or projek), jadi mungkin aku dapat menyambung membaca beberapa lagi siri LINA (skrip novel) yang aku copy dari blog KHAYALKHAYAL. Semua siri LINA yang termuat di situ dijadikan entri dan kemungkinan besar nanti akan muncul sebagai sebuah novel terbaru dari seorang novelis.



Hari itu sempat baca sampai Siri 16, so entri beliau sudah tiba ke Siri 23 semalam. Hari ini boleh layan baca, sambil makan kopok lekor or jagung bakar yang ada jual kat belakang sinun!

Ops! jangan terlupa; stok Tart Nenas Tersohor utk Krismas harus dipungut petang ini, esok sudah dateline janji dengan pelanggan. (Ini pelanggan sekitar Imbi, dekat tempat keja lama dulu)

Oh ya hari ini juga adalah hari akhir seorang sahabat @ blogger bertugas di tempat kerja di Kuchai Lama. Dia sudah dapat kerja di tempat baru yang lebih dekat dengan rumah, sekitar Cheras. Tahniah. Semoga terus sukses!

Yang lebih hebat lagi, dia seorang wanita berkerjaya beranak 5 (lum pecah rekod aku lagi!), tetapi juga sedang menyambung belajar luar kampus, untuk mempertingkatkan kerjaya (tentu untuk kehidupan seluruhnya).

Mengenali beliau lebih dari 5 tahun, sama-sama bergelar ibu dan sukarelawan, antara kami sudah seperti keluarga.

Walaupun jarang update blog tapi sila ke SINI:FARHAKESUMA untuk mengikuti perjalanan hidupnya.





~...hari yang penat bukan menjanjikan ada orang sudi mengubat atau mengurut urat (or mengurat), tapi bila SERI BULAN sudi menuang Kopi — walau seperti air telaga keruh — HISYAM terpaksa juga mempamerkan senyum walaupun kelatnya lebih dari Kopi itu sendiri...~


5 comments:

  1. Abg Mus pun demam. Harap2 demamnya kebah dan kelopak matanya kambali normal seperti sediakala. Kalau tidak ... harapan mungkin tidak akan menjadi kenyataan untuk satu 'pertemuan' ....

    ReplyDelete
  2. salam... selamat pagi... minum apa pagi ni

    ReplyDelete
  3. Sis, versi novel dengan versi blog berbeza sikit. Bukan berbeza plot, tapi berbeza gaya dan penggunaan bahasa. dibuat sedemikian atas your advice, tengkiyu I luv u too!

    Petua selesema: Orang kata minum teh o limau (nipis, bukan kasturi) panas. Kalau boleh taruh madu lebah pure sikit.

    ReplyDelete
  4. Kak Zai pun kurang sihat letih sangat melayan kenduri.

    Sama macam adik kak Zai dulu belajar sambil bekerja hari ini dah berbaloi.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails