Thursday, December 2, 2010

AFIQ yang Manis...

Rasanya aku menjadi blogger yang agak lewat untuk menulis tentang kisah AFIQ anak kepada blogger DJ EPOI (atau di FB, nama betul SAIFUL ANUAR ABDUL RANI).

Aku (juga beberapa orang blogger yang kenali beliau sejak tahun lalu lagi) memang sudah tahu tentang AFIQ iaitu anak bongsu kepada DJ EPOI yang menghidap penyakit jantung dan sering berulang alik ke hospital untuk rawatan dan ujian.



Pernah membaca beberapa kali di blog DJ EPOI tentang perkembangan anaknya. DJ EPOI dipanggil DJ kerana dia memang seorang DJ majlis. Malah dia ada syarikat yang mengendalikan majlis-majlis dari sekecil sehingga ke majlis perkahwinan yang besar. Selain itu dia juga berusaha keras gigih bekerja menambah pendapatan dengan pelbagai kerja ubahsuai (terutama kabinet dapur) rumah dari teres, flat sehingga banglow, malah aku paling suka setiap kali dia ubah suai tadika begitu meriah sekali. Macam make-over!



Setiap kali dia menulis tidak lekang dengan perkataan paberetnya “Wallaweiii!” Memang tabik lah! Dia sering menulis, bekerja kuat untuk keluarga dan keluarga... dan keluarga.

AFIQ akan menjalani pembedahan jantung di India, dan bakal berlepas 8 Disember ini.


Telah ada beberapa blogger yang menulis dan menjalankan usaha mengutip derma bagi membantu meringankan beban rakan blogger ini.

Antaranya di blog ACU SAYANG (boleh juga klik pic di sebelah). Ada no akaun bank yang boleh dimasukkan sumbangan.

Juga di blog ZAKIYAH ZAINON

Semoga sumbangan yang diberi dapat membantu AFIQ untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Dan, biarlah sumbangan yang diberi ibarat tangan kiri tidak nampak tangan kanan yang menghulur...



8 comments:

  1. salam...

    pertama sekali SR nak bagitahu yg Sr ni lelaki..:)

    memabaca entri kak, rasa sangat kesian pada adik afiq..yg hidap sakit jantung tu..saya berdoa semoga pemebdahan adik afiq berjalan lancar..amin..

    ReplyDelete
  2. SEKAMAR RINDU:
    Terimakasih kerana mengesahkan komen Kak Azie sebentar tadi... hehehehe

    Ya.. aminnnnn.

    ReplyDelete
  3. Maceh sesangat untuk info nih!

    ReplyDelete
  4. Sama - sama berdoa for the best..INSYALLAH

    ReplyDelete
  5. Sama - sama berdoa for the best..INSYALLAH

    ReplyDelete
  6. Sama - sama berdoa for the best..INSYALLAH

    ReplyDelete
  7. sama2 kita menolong setakat yang mampu...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails