Friday, December 17, 2010

Mereka yang Ku Kenali_04: Sentiasa Bahagia bila Mereka Bahagia...

Tadi aku berkesempatan ke Mutiara Bowling Centre, di Jalan Ipoh, bersama beberapa orang rakan (3 keluarga), berkunjung melawat seorang sahabat lama yang menjadi kenalan dan seperti saudara sudah sekian lama.

Seorang usahawan, tokey bowling yang gigih dan ramai kenal beliau seorang yang kuat semangat dan kental jiwanya.

Ada yang memanggilnya dengan Kak IZAN, tetapi ramai juga yang santai memanggil OPAH IZAN, Tukang Balun Kg Balun...! Sentiasa mesra dan pandai bergurau.

Persahabatan aku dengannya agak panjang masa, bermula dengan perlahan sederhana dan kesederhanaan itu berterusan sehingga hari ini. Kesederhanaan yang menjadi prinsip aku di mana kami mesra walau di mana berjumpa, boleh bertepuk tampar gurau sakat kasar atau saling memberikan semangat, tetapi kami tidak terikat. Jarang kami harus berbalas sms atau bergayut tetapi apabila ada keperluan, kami masing-masing sedar apa yang perlu kami kongsikan.

Puan Hajjah Fatimah, yang dikenali kerana murah hatinya.


Rumusan ringkas, aku sentiasa gembira melihat orang-orang yang aku kenali berada dalam bahagia dan ceria...


Terimakasih juga kepada AYU, ABAH dan Kak ROS.



5 comments:

  1. salam

    kak azie, patulah senyap seharian...rupanya ada tetamu yang dah lama tak bersua..

    kak..ayu suka sangat cara kak berentry dan berkawan..selalu menghubungkan para sahabat dan mengeratkan hbgnn sesama kita

    semoga kita sentiasa dirahmati..

    ReplyDelete
  2. salam azie..
    rasa2nya bilalah kita dpt jumpakan....berkongsi cerita di maya saja..sesekali nak juga di alam nyata.

    ReplyDelete
  3. selalu baca kisah kawan dan persahabatan yang terjalin di sini. seronok kerana kak azie seorang yang memang "pandai" dalam menjalinkan tali silaturahim

    ReplyDelete
  4. Salam AYU:
    Tidak la senyap, riuh juga. hehehehe
    Melawat kawan, bila ada masa terluang, amat berharga. Maklum jarang dapat bersua.


    IDA:
    InsyaAllah, pasti ada harinya.

    ReplyDelete
  5. EELOBOR:
    Istilah “pandai” itu terlalu tinggi dan subjektif. Kadang2 kita tak sedar pun menjalin hubungan dgn ramai orang. Tahu-tahu berkawan dah bertahun.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails