Bagaimana hendak meluahkan apa yang dipanggil perasaan tersinggung?
Luahan hati yang terluka atas sebab-sebab yang kita sendiri tidak duga? Malah jauh untuk meletakkan kesalahan pada diri, kerana jelas bukan salah diri sendiri?
Harus dipanggil pengorbanan atau apa? Tidak mudah untuk membuat sebuah keputusan demi sebuah kebaikan suatu pihak sahaja...
Kerana itu, aku tidak memiliki sebarang jawapan pada sekian banyak pertanyaan yang kerap datang sejak kebelakangan ini... Tidak sehingga hari ini. Aku akui, mencipta keterasingan bukan suatu tindakan yang bijak, tetapi itulah kekuatan yang aku miliki setakat ini.
Hanya Tuhan Maha Mengetahui, apa pun yang berlaku, yang aku lakukan, ada sebabnya, ada alasan.. Semoga kesan ke arah kebaikan yang aku maksudkan akan tercapai.
Balik dari kenduri kahwin di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi.
Singgah sebentar di DESARU. Februari 2010.
Singgah sebentar di DESARU. Februari 2010.
~...sekian lama berada di tapak laman yang sama, di bawah bumbung atap yang sama, tetapi keterasingan tetap terasa bila HISYAM belum cukup berani untuk bergebang berborak dengan SERI BULAN walau ditinggal tanpa murid, sekadar jeling senyum kemudian sengih kerana nanti pasti ada surat di bawah tempurung di hujung ampaian...~
Walaupun org Johor, tapi tak penah sampai pun Desaru..
ReplyDeleteteringat pulak lagu Sudirman `Terasing' tu....
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteKETERASINGAN ITU OK. TAPI JANGAN SELALU SANGAT MENYENDIRI !
YAN:
ReplyDeleteSaya pun secara tak sengaja jer tu.. DESARU memang cantiklah.
FA:
Terasing tu memang lagu best.
LF:
ReplyDeleteSekali sekala memang seronok kot menyendiri..
xpe kak azie..
ReplyDeletemenyendiri utk tenangkn fikiran
berfikir apa2 yg perlu dibikin..
betul tak?
lagu terasing arwah sudirman tu..mmg menusuk kalbu
evergreen smpai skrg..