Malam ni, entri pendek cukup (sependek penulisnya), sebab letih nak tulis panjang-panjang. Lagipun bukan ada orang nak baca sangat pun.
Siang tadi, sorang kawan yang aku kenal agak lama, bertahun jugaklah (pangkat adik), call bawa berita gembira. Disahkan mengandung setelah lebih setahun berumahtangga. Memang inilah yang sangat dinanti setelah dia ada beberapa masalah yang membawa risiko kecil sukar mengandung, tapi alhamdulillah rezeki...
Tahniah buat MIMIE dari AnakPerlis.com (AP.com). Ini semasa resepsi sebelah lelaki di Kota Tinggi, Johor. Aku hadir setelah bertahun tidak jejak kaki di Johor.
Petang tadi ujan renyai tapi aku selamat jugak sampai rumah. Masak. Apa menu simple lagi santai tapi sedap selain Goreng Ikan Kembung, Kobis Goreng dan Sambal Belacan? Yeahhhh...!
Pastu tadi petang juga ada ulangan drama best yang “direct” iaitu Teh Tarik Kurang Manis. Aku dah pernah tulis panjang lebar tentang drama ini dalam suatu entri masa ditayang pada malam... bila ntah. Kali ini takyah la ulas lagi, nanti jadi cerpen.
Malam ini nak meronda sana sini, jengah laman kengkawan blogger, bawa lampu suluh, singgah di tangga tanya khabar. Kalu ada yang sudi ajak masuk jamu air, ok gak. Kalu tak, keloi di muka pintu pun dah cukup. Tapi AA janji, rumput di laman korang, gerenti tak kena lanyak wpun berat orang yang meronda ni... bleh tahan jugak laaarrr...!
GADISBUNGA: Prosperity Burger memang dah kuar, tadi siang ada kawan di tempat kerja dah beli, tapi lepas makan komplen tak hengga! Bawang bersepah lah..., tak kick macam dulu lah...
KHAYALKHAYAL: Siri LINA sudah diupload di tempat kerja, masuk InDesign, baca dari skrin, nak cetak tak sempat plak. Baru selesai Siri 6 tadi, so sebarang komen belum dapat diemail... tunggu aarrrr.
Di blog SITI ZALEHA semalam:
MAAF kepada peminat Nana-Shein dan kepada mereka sendiri, kerana aku tersilap komen di blog SITI ZALEHA dengan bertanya, “anak yang umur 3 tahun tu anak siapa?”. Rupanya aku sangka yang bercerai tu Nana AF (yg jadi DJ radio tuh), tadi siang baca paper baru tahu yang dimaksudkan adalah Nana-Sein Ruffedge. Padahal bila aku semak, memang terang ada tulis, cuma aku yang baca tak fokus. Padah! So maaf tentang isu anak itu, tiada niat mempertikai, lagipun itu hanya soalan... Abaikan.
Malam ini kononnya ada Amazing Race Final. Tapi kami tak follow, so tak tengok pun tak kisah, sbb nak layan Master Chef.
Amboiiii... apa ni? Pendek ker ni? Wokeh, got to stop...!
~...tiada istilah jemu atau merajuk hati di jiwa SERI BULAN walau HISYAM bukanlah pemujuk yang baik, namun bila dia begitu murah hati membelikan Budu setiap kali kelik kampung, sudah cukup hati terpujuk...~
kak azie
ReplyDeleteentry kak hari2 ayu nak baca sebutir2 tau..
wooo...pernah ke johor rupanya, kota tinggi pulak tu...9dah dekat citarasa rinduan tau)
ps: seri bulan, awat suka budu...awat tak suka jamu mak dara atau sekotak kacip fatimah...
hahahahhaha.. LARI!!!!!!!!
mula2 baca tapi tertanya bila nak abis nie. hihihihi, walaupun panjang tapi best
ReplyDeleteAYU:
ReplyDeleteKak Azie pernah ke Kota Tinggi 3 kali. Kali terakhir tu masa kenduri tu tahun lepas. Tapi kita ikut rombongan pengantin ni susah nak lencong ke tempat lain...:)
EELOBOR:
Terimakasihhhh... Mintak 2 kupang dari AYU. :)
bila org yang biasa menulis..dan pandai menulis entry cenggini dikatakan pendek.. kalau panjang tak tau laa..
ReplyDeletedah nama pun pandai menulis.. panjang ka pendek ka.. tetap siok bila baca... ;)
EJA:
ReplyDeleteNampaknya kena pendekkan lagi la ya...hehehe
salam...
ReplyDeleterezeki yg Allah bagi tu...alhamdulillah...
Aslmkm Azie.
ReplyDeletePanjang tu!
Tapi Kak G kalau singgah, memang baca habis ... kekadang siap langgar ke paparan lama lagi!
Hmmm ... Azie suke masterchef? Kak G pun ... + suke Top Chef, Amazing Race & jenis yg challenging cenggitu! Tapi kalau terselit yg kurang sedap dipandang, switch la! :)
dimulakan komen dgn harharharrr...
ReplyDeleteSoalannya.. Boleh ke AA tu tulis pendek2?
Kita tulis untuk kepuasan diri sendiri kan AA kan? Namun jika ada yg sanggup baca sebiji2 tulisan kita, well n good... (mcm bercakap untuk diri sendiwi aje ek? Hek3).
Jgn sebut hal Kota Tinggi... nanti kita nangish kang!
salam zie..hehe..mananya pendek tu..tu dah dikira karangan panjang..tak apa makcik macam G le..kalau baca memang habis baca,sempat pula jenguk ke cerita2 lama..memang best karangannya ,boleh distinction le kalu beri markah..
ReplyDeleteSEKAMAR RINDU:
ReplyDeleteAlhamdulillahhh....
DRFAUZIAH:
Salam. Sama la, kami sefamily suka gak layan reality show yg lasak, e.g. WipeOut!, tapi Amazing Race tu dah lama sangat, dah letih nak ikut. MasterChef baru S1, so sangat best!
SOM:
ReplyDeleteMembalas komen dengan dimulakan, hikhikhikhik!
Amboiii soklan, kekdahnya ambo terkono!
Kota Tinggi? Ops! kampung dia aarrrr...
MAKCIKMERIAM:
Distincion? Timakasihhhhhhh > sengih!
akak...kalau cemtu kite tak jadi makan prosperity burger lah. nak pegi beli mozza burger a&w. layan gak! hahaha
ReplyDelete