Monday, December 6, 2010

Anda Mudah diDuakan?

Selama ini mungkin kita merasa sebagai pasangan yang normal, perhatian sudah kita curahkan, kasih sayang tak pernah sedikitpun terlewatkan. Tetapi mengapa kita masih diduakan ya? Well, mungkin kita punya ciri-ciri berikut:

1. Terlalu mudah membiarkan orang baru masuk dalam kehidupan peribadi anda.

2. Merasa tidak percaya pada diri, dan merasa tak boleh hidup sendiri.

3. Anda tahu bahwa hubungan anda tak sihat, tetapi anda membiarkannya saja.

4. Hampir semua hubungan masa lalu anda bermasalah.

5. Anda terlalu mudah jatuh cinta dan terbuai oleh rayuan lelaki.

6. Anda senang mendengarkan pujian, dan lebih senang mendengarkan kata-kata drpd memperhatikan sikap seseorang.

7. Anda terlalu terbuka, dan tak segan menceritakan tentang keburukan bekas kekasih/pasangan di masa lalu.

8. Anda orang yang emosional dan mudah menangis.

9. Anda menceritakan permasalahan anda dengan menggebu-gebu, dan terkadang terlalu berlebihan saat menangani masalah.

10. Yang pertama kali anda nilai dari seseorang adalah penampilannya.
11. Anda takut sendiri dan merasa kesepian.

12. Anda tergila-gila pada filem-filem drama percintaan yang mengundang air mata.

13. Anda cemburu buta.

14. Anda terlalu posesif dan takut kehilangan.

15. Anda meremehkan teman dan terlalu fokus pada si dia saat berpacaran.

Sumber:http://woman.kapanlagi.com/relationship/love/6099-15-ciri-anda-mudah-diduakan.html


~...SERI BULAN sentiasa faham kenapa HISYAM sering menjadi perhatian sejak mereka bertugas dan menetap di Kampung Separuh Desa, tetapi untuk menerima orang lain yang lebih intim dari dirinya kepada lelaki berwajah tenang itu, adalah perkara terakhir yang akan diterimanya...~


13 comments:

  1. Kalaupun tidak mudah diduakan, janganlah pula mudah menduakan... betul ke ayat kakcik ni, Azie? :)

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah dari saya. semoga azieazah terus cemerlang.

    satu entri yang bagus, ala-ala Dr Fadilah Kamsah.

    saya tidak meremehkan teman ..
    dengan itu jemputlah ke laman puisi. ada pantun baru tau ! hehe

    ReplyDelete
  3. salam kak azie,
    kalau atas sebab yang sungguh konkrit, mungkin terpaksa jua direlakan.. tapi kena betul2 konkrit lah, jangan alasan ala ala selit celah gigi..heheh..

    ReplyDelete
  4. Ni ciri-ciri seorang wanita ke? Kalau camtu wa nak tambah — dingin terhadap pasangan (layanan tak romantik macam waktu bercinta). Ketahuilah bahawa lelaki suka romantika, especially lelaki yang suka mendua, mentiga, mengempat, menglima bla bla bla... eheks!

    ReplyDelete
  5. salam kak azie, kenapa yang pertama sekali duduk nombor 10? hihihi, apapun info menarik tuh. thanx for sharing

    ReplyDelete
  6. saya mmg xsanggup diduakan..

    insyaAllah..saya akn cuba hindarkan ciri2 yg disenaraikan..

    tq info ni kak azie..boleh guna utk refleksi diri kita..

    ReplyDelete
  7. salam azie..satu info yg menarik..hehe..lelaki yg suka mendua n selebihnya kerana nak menunjukkan keegoan mereka tanpa merasa belas kasihan kepada yg tua yg susah senang bersama..mula2 kahwin tentu muda n gaji yg rendah,jadi hanya apabila dah tua n senang baru terbuka mata mencari yg baru..adilkah azie..hehe..

    ReplyDelete
  8. salam kak azie..
    info yang menarik utk ingatan
    pdpt saya tak perlu alasan yg pelbagai utk menduakan...sebaiknya sama2 memperbaiki dan mengingatkan mana yang kurang...dan tegur menegur :)

    ReplyDelete
  9. tak tahu nak kata apa..




    * terkena keluarga sendiri..

    ReplyDelete
  10. betulllllllllllllllllllllllllllllllllll

    ReplyDelete
  11. tataw nk say's ape..
    rsanya mcm da terkena dri sndri pulakk !!!!tp ap p0wn dri sndri je yg ta0..huhuhuuh

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Tiada satupun dalam senarai di atas...patutpun tak sempat menduakan, mensatupun tak ada hu hu hu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails