Friday, December 24, 2010

Mereka yang Ku Kenali_05: Ceria dan Bahagia...

Masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada anak-anak teman blogger yang mendapat keputusan cemerlang PMR yang diumumkan kelmarin. Tahniah...!

Ini memang kejayaan manis dan antara kejayaan awal yang bakal membawa kepada kejayaan lain yang lebih menyeronokkan dan membahagiakan. InsyaAllah.

Terutama buat:

NUR FARHANAH HASHIM, anak kepada sahabat aku. Score straight 8A’s! Ceritanya kat SINI. Terus dapat hadiah Blackberry dari abahnya!

Aku mengenali ayahnya En HASHIM dan ibunya JAF FAIROS LIZA (atau blogger ACIK MY LIFE MY WORLD) sejak tahun 2003 lagi. Kami menjadi sahabat, walaupun jarang berjumpa tapi tetap mesra. Cuma dah lama tak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan. Apatah lagi sekarang HASHIM sudah lebih 2 tahun bertugas di Sarawak dan jarang pulang.

Semoga kejayaan anak sulung ini memberikan semangat lagi kepada dia dan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. ACIK sentiasa positif dan komited tentang pelajaran anak-anak dia. Aku sangat yakin dia pasti akan mendapat hasil yang manis suatu hari nanti.

Seorang lagi blogger yang aku kenal, tapi baru saja adalah CIK CERIA CORNER. Unik nama dia. Blog dia baru bermula pada 1 Disember 2010 tapi ini merupakan permulaan kedua, kerana sebelum ini dia sudah menulis blog sejak 2008 tetapi tidak aktif.


Menurutnya, blogger GADISBUNGA antara rakan blogger yang menggalakkan dia aktif. Terimakasih CIK CERIA kerana selalu singgah di blog Kak Azie juga.

Aku menjadi follower no. 24...!

Siapa lagi nak sokong blogger, jika bukan blogger?


~...HISYAM masih merasa kesunyian yang sungguh berbeza, tetapi tetap tidak menyamai kesepian seorang SERI BULAN, tetapi sokongan dari jauh walau di Pantai Timur, tetap utuh melayang ke Pantai Tenggara...!



8 comments:

  1. Salam Kak AA ... terima kasih. Diharap jalinan persahabatan antara kita akak kekal berpanjangan. AMIN.

    ReplyDelete
  2. ya tahniah buat acik dan anaknya..kita kenal acik pun melalui fb dan blog..seronok kan?,.. punya teman2 baru ni.

    ReplyDelete
  3. salam azie..kakyam pun gitu juga..bila keluar results akan terus telefon sanak saudara n rakan2 yg ada anak ambil periksa..bukan apa nak kongsi perasaan suka..tu je..

    ReplyDelete
  4. salam..
    hai akak..tahniah kepada adik2 yg berjaya dalam keputusan PMR..yg xberjaya..jgn sedih2 ek..bleh cube buat yg terbaik dalam SPM..hehhe
    akak..terima kasih banyak2..terharu rasenye akak letak entri mengenai saya..saya sgt2 menghargainye akak..heheh..terima kasih akak..semoga persahabatan kita kekal abadi..heheh..:)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. syg kalau cikceria tak terus berblog sebab dia boleh sebarkan aura keceriaan tu kepada blogger lain. :)

    ReplyDelete
  7. CIKCERIA:
    Sam-sama kasihhhh...


    GB:
    Sokong!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails