Minggu terakhir sebelum ramai yang bercuti 25 Disember, yang biasanya ramai mengambil peluang untuk melanjutkan cuti sehingga tahun baru, kan?
Di tempat kerja aku, agenda program menyambut Krismas, sudah diedar kepada semua staf (sebagai notis), dan kerana ini merupakan acara tahunan mereka (pertama kali buat aku), sudah tentu tiada sebarang bantahan, kerana salah seorang Bos memang meraikan Krismas, di samping ada juga staf yang turut menyambutnya; 1Malaysia.
Menu makanan pada hari sambutan; 24 Disember juga sudah dikeluarkan. Hmmm... — fikiran jahat/nakal aku terdetik mengata, “masih tidak boleh menandingi program makan-makan di tempat kerja lama aku.” Hehehehe. Yeahhh.. lain padang.
Borang cuti sudah dihantar, (wpun ada juga soal jawabnya) cuma 2 hari kerana urusan rasmi sahaja bukan bercuti panjang, kerana sudah ada staf yang booking lebih awal (dgn plan bercuti ke London) sehingga Tahun Baru 2011.
Sementara itu cerita tidak berkembang, statik sahaja. Adehh! Tapi kesibukan-kesibukan lain tetap mengisi ruang, dan semakin sedikit masa yang terlebih untuk menjengah blog kengkawan, kadang2 masuk membaca sahaja kerana bila hendak meninggalkan jejak, line terlalu slow, lebih slow dari Siput Mengesot...!
Ini lunch yang menjadi alternatif bosan (yg sementara) kepada nasi.
Chicken Croquette + Cheese Croquette, sebagai percubaan kali kedua. Juga tak sedap! Pasni kena berenti beli dah.
**
Sebagai kenangan, as usual, Fridge Magnet (FM) terkini, datang khas dari Singapore, hadiah dari teman blogger ACU. Terimakasih.
Ramai tahu, AA memang FM collector.
**
Sebenarnya aku sudah lama hendak menulis seperti yang ditulis oleh RED RAMBUTAN dlm entrinya yang PELIK ini. Malah aku sudah pun terlibat dalam beberapa perbincangan tanpa dirancang mengenai hal ini. Tak sangka RAMBUTAN juga menulis tentang itu. Ahaks!
~...ntah kerana dendam atau rindu yang tertahan, HISYAM menolak mentah-mentah pelawaan untuk sebuah mesorat, kerana tahu keputusan tidak memihaknya, lantaran yang mempelawa hanyalah Jemputan yang Separuh Masak...!~
pasti menarik tu tulis la cepat
ReplyDeletesalam..rindunya dgn kak Azie
ReplyDeletetang cuti tu... 2 hari okeylah kan..
tang menu utk sambutan krismas tu..huhuhuhu...ayu suka ayat
“masih tidak boleh menandingi program makan-makan di tempat kerja lama aku.” Hehehehe. Yeahhh.. lain padang.
kak.....walaupun ayat tak berkembang ayubagi markah up dari kak bagi lah... 25 markah...hehehe
salam azie..cikgu dah baca dan memang karangan tu tak menepati skima..hehe..jadi markahnya 20 peratus je le..gurau tu..
ReplyDeleteMAMAI:
ReplyDeleteLama tak kelih, sudah keluar dari bertapakah?
Menulis tentang itu, kontroversi. Nantilah Kak Azie fikirkan.
AYU:
Ahaaaa 25 jer? Sah sah itu komisyen Tuan Penasihatttt...:)
MAKCIK MERIAM:
ReplyDeleteJadi laaa, dapat juga ler 20 markah nyer.
Kalu cikgu lain, belum tentu gamaknya saya dpt banyak tuh. :)
ketam nmpak menarik! nak kena try nih ;)
ReplyDeleteokeh lepas ni boleh try buat karangan "surat kiriman rasmi" pulak.. hehe
ReplyDeletekebetulan minat kita sama
ReplyDeletejadi,belikan utk acu..acu belikan sekali la utk kak azie