Thursday, December 23, 2010

Bus Stand Klang...

Hampir semua wargakota tahu Bus Stand Klang, hafal lokasi walaupun mungkin tidak hafal bas apa yang kuar masuk di situ. Macam aku, tahu lokasi tapi tak tahu bas apa yang beroperasi dari situ.


Dulu Bus Stand Klang (BST) memang popular kerana ia ibarat pusat bas, untuk ke tengah bandaraya. Terutama yang dari Klang dan lain-lain. Aku jarang masuk area BST ni kerana aku tinggal area Cheras.

2,3 tahun dulu aku kerap gunakan BST untuk ambil bas Rapid U80 untuk ke Shah Alam Seksyen 2, untuk ke Puncak Perdana nengokkan SI AMOI (kampus Puncak Perdana). Sejak dia dah mula duduk Seksyen 7, aku dah jarang guna bas ke sana.


Sekarang agak muram BST tu kerana ramai yang ada pilihan menanti bas di pelbagai pusat hentian, spt Pasar Seni, Leboh Ampang, Menara Maybank dan lain-lain. (Hentian bas henti-henti)

Kira-kira 15 tahun dulu:
Suatu hari, seorang kawan di tempat kerja aku (Moon) bersembang-sembang. Dia akan dikunjungi oleh seorang anak buah dia yang akan menginap di rumahnya di KL. Anak buah dia selalu juga datang ke KL dan diyakini agak mahir dengan KL dan bas.

Setelah berjanji, Moon pun bergesa dari tempat kerja untuk menjemput anak buahnya di BST seperti yang depa janji. Berpusing-pusing Moon dan suaminya mencari-cari. Masa tu belum guna hanfon lagi, so agak payah untuk berhubung.

Pelik kerana mustahil anak buah Moon ni tak sampai-sampai lagi sedangkan hari dah pun malam. Perut pun dah lapar, lalu si suami Moon ni membebel-bebel sampai Moon rasa nak sumbat jer stereng keta tu ke mulut laki dia...!

Bengang, penat dan lapar, akhirnya bila jam dah pun pukul 11 malam, dan BST pun dah makin lengang Moon pun ajak laki dia balik. Mungkin anak buah dia tak jadi datang.

Masa tu sempat la pulak singgah kat public phone tefon balik ke rumah kakak dia (emak kepada anak buah tadi), tanyakan kenapa anak buah tak sampai-sampai.

Kakak dia pun bagitahu, anak dia tu pun tefon membebel ngaper si Moon laki bini ni tak sampai-sampai lagi ke Bus Stand Klang sebab dia pun lapar jugak! Menanti sejak petang.

Uik? Macamana depa boleh tak jumpa sedangkan tadi, lengoh dah kaki si Moon ni melintau-lintau seluruh BST mencari anak buah dia. Pasai apa bleh tak terjumpa?

Geram punya pasal, si anak buah pun patah balik rumah mak dia, dan si Moon pun balik rumah. Dah la penat, lapaq tapi kemudian kenyang makan bebel leter laki sepanjang jalan.

Kenapa depa bleh tak berjumpa? Adakah anak buah dia tu “invisible” sampai tak terlihat dek mata kasar? Padahal BST tu bukan besar mana pun. Takkan kena culik sebab BST tu dekat dengan Balai Polis Jalan Bandar, kan?

Rupanya,
Anak buah yang comel lote lagi “bijaksana” tunggu di Stesen Bas Klang di Kelang...

dan Mak serta Pak Buah dia duk memusing-musing lebih 99 kali di sekitar Bus Stand Klang dekat Balai Polis Jalan Bandar sampai ke malam...

Salah siapa sekarang?

Hak! Hak! Hak! Hak! Hak! Tak pasal-pasal...!


~...naik bas berhawa dingin lebih memualkan berbanding naik keretapi dengan tingkap terbuka, pandangan terlepas luas, tetapi kebisingan lebih menjurus kesunyian dan kesepian bilamana HISYAM harus ke Gua Musang bersendirian mencari musang...~



20 comments:

  1. maaf nak tanya
    maksudnya klang dan kelang tempat yg berbeza?

    ayu kurang ariff area sana

    ReplyDelete
  2. tahun awal 1989-1991 mmg kerap sampai ke Bas Stand Klang ni , masa tu duduk Shah Alam.

    Kalau dari kampung, naik bas ke Puduraya, berjalan kakilah usung beg ke BSK . Kadang-kadang masuk kejap area Petaling Street. Beli jaket Calvin Klein kat situ..hehehe

    tempat paling happening kat CM tu.

    ReplyDelete
  3. AYU:
    Klang or Kelang, sama jer tempat itu juga.

    Cuma merujuk kepada Bus Stand Klang namanya disebut gitu kerana kebanyakan bas yang datang situ adalah bas-bas dari sebelah Klang/Kelang (tak pasti ejaan mana yg tepat). Ianya memang disebut dalam bahasa Inggeris dan warga KL sedia maklum.

    Manakala Stesen Bas Klang sudah tentulah stesen-stesen bas yang berada di bandar Klang.

    ReplyDelete
  4. KAK KUJIE:
    Saya dulu pernah duduk sekejap kat Taman Desa, so memang ke KL bas akan berenti di BST tu la. Menapak ke CM dan terus ke Jln TAR ronda pasar malam...

    Sekarang bangunan keliling BST dah moden, sama gak mcm Petaling Street tu. Dan ada OUG shopping kompleks.

    ReplyDelete
  5. salam akak..
    lama tak menyinggah..
    gelak sy baca citer akak..
    masa saya practical di KELANG, saya perlu amek bus dr Bas stand klang utk ke Klang..mula2 pening jugak bila tny senior..tp tempat tu memori jugak la kak!! sebab naik bus kat situ saya kene *raba* dan fobia naik bus kat situ..tp sebulan je..pastu kene naik bus jugak..dah tu je kenderaan yg sy ada time tu...heheheh

    ReplyDelete
  6. baru faham

    kalau kesana harap2 dapat bezakan bus stand klang dengan stesen bas klang..

    hehheheheh

    ReplyDelete
  7. pernah sekali jer ke bus stand klang tuh iaitu dalam tahun 1995 kalu tak silap. nak ke shah alam, ambik bas 222 kalu tak silap nak pegi ke ITM. masa tuh sendirian jer, baru kenal KL cuma berpandukan tanya2 member jer. nasib baik sampai ke lokasi. sampai sekarang tak pernah jejak ke situ lagi

    ReplyDelete
  8. DR ROZI:
    Gitulah, dulu2 semua kita peringkat awal jadi warga kota, pasti ada kenangan tentang pengangkutan awam. Kelakor pun ada. Tapi cemas juga kalu dah sampai kena raba.

    takpa, sekarang DR pun dah pakai keta besar, lagi bergaya. :)

    ReplyDelete
  9. AYU:
    Kalu sampai KL, orang memang tak penah sebut Stesen Bas Klang, tapi mesti disebut Bus Stand Klang. :)



    EELOBOR:
    Kalu 1995 rasanya bas Intrakota kot. RapidKL lum wujud lagi masa tu..

    ReplyDelete
  10. salam azie..hehe..tersenyum makcik membacanya..yalah tunggu orang yg tak kunjung tiba n bertemu ni memang narah...tambah2 bila perut berkeroncong..haha..mujur juga stering kereta tu tak tercabut n tersumbat dalam mulut husbandnya ,kalau tak menangislah si isteri ditinggalkan ..

    ReplyDelete
  11. MAKCIK:
    Mujur stereng keta tu lebih besar dari mulut... Kalu idak, ada yang tidor kat bus stand malam tuh...

    ReplyDelete
  12. Memula baca pun dah mengagak isi cerita. Pasal saya memang tau ada dua BS Klang.

    Selalu guna BS Klang di KL masa belajar di KPP, S ALam. Selalu guna masa dating..hee..

    Bila kawin, guna BS Klang di Klang pasal balik kg Hubby di K Selangor.

    ReplyDelete
  13. skang ni musang dh pupus kt gua musang k..

    ReplyDelete
  14. YAN:
    Hehehehe... pernah terkena gitu juga ker? :)


    JMR:
    Musang sudah berani kuar siang hari agaknya, sebab tu kena tembak.

    ReplyDelete
  15. salahkan nama bus stnd tu...hahahaha
    ana selalu guna bus stand tu masa belajar dulu...ingat lagi terpaksa menapak ngan beg berat dr pudu ke bus stand klang. nostalgia!

    ReplyDelete
  16. 1st time saya dtg KL pun confuse kak, ada kwn kata tgu bas no 13 kat bas stand Klang, saya ckp, saya tinggal kat Bangsar, buat apa nak pegi Klang pulak... hahaha... lepas tu kawan saya ckp "kau tunggu kat Kotaraya je la" dah 2-3bulan baru saya tahu, Bas Stand Klang ada kat KL... hahaha

    ReplyDelete
  17. Kak Azie,

    Bus Stand Klang, tempat yang penuh dengan nostalgia di era awal 90-an :) ketika masih bergelar siswi itm (sebelum dinaiktaraf jadi Uitm) Rasanya dah lama (sungguh) tak jejak Bus Stand Klang.

    ( KLANG adalah ejaan yang betulnya )

    ReplyDelete
  18. ANA:
    Orang kita kalu sebut sesuatu tempat biasanya memang selesa guna yg bahasa Inggeris. Dah jadi ikutan.


    DINA:
    Hahahaha mujur ko tak terus pegi Klang, kalu idak kena menginap kat umah CALUK plak.

    ReplyDelete
  19. WAN AMALYN:
    Bus Stand Klang dah tak begitu popular, cuma haluan ke Klang, S Alam banyak di situ.
    Yeah, thanks, Klang is the right one.

    ReplyDelete
  20. oooo...rasanya tau kot BST ni kat mana..dan ni baru tau yang namanya BST ;) mula² td igt kt Kelang..hee

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails