Saturday, December 4, 2010

Jangan Guna Bahasa SMS, Gerenti Aku Lari...!

Aku baru saja kenali blogger ini. Tak ingat berapa baru pula dia memblogging, tapi memang agak baru. Sebab follower dia pun lum sampai 100. Takpa, setiap orang bermula dari 0, 1...

Cuma aku nak sebut di sini, entri blog memang tidak terhad, kan? Sesiapa boleh tulis apa sahaja (termasuk buat cerita gay macam BRO MAZIDUL AKMAL dedahkan beberapa hari lepas).

So, blogger HASLEENA sudah mula ditimpa kerinduan bila sehari dia tidak berblogging. Baru dia tahu yerrr... hehehehe orang lain pun sama jugok.

Sempat aku beritahu, buat entri jangan sekali-kali guna bahasa terlalu ringkas atau bahasa SMS. Ini memang pantang besar aku...!

Bahasa ringkas boleh difahami, sepatah dua yang ringkas masih boleh diterima, campur bahasa daerah atau English, tetapi diterima ramai (blog peribadi, kan) tetapi menggunakan bahasa SMS akan mengakibatkan kesan buruk.

Contoh besar: Aku memang sudah lari dan tidak masuk lagi beberapa blog yg gunakan bahasa SMS, wpun blogger itu aku kenal lama, kenal di luar, dia kawan aku atau dia blogger cantik bijak pandai sekalipun. SORI BERLORI yaaa!

Berilah sokongan kepada HASLEENA ni.


~....mengirim surat ternyata lebih indah bagi SERI BULAN walaupun HISYAM pernah menghadiahkan telefon bimbit tercanggih berwarna awan...~


29 comments:

  1. sama la kita kak..

    lagi menyampah kalau ada blog guna bahasa rempit...rasa macam nak lempang je...dush2x

    ReplyDelete
  2. Azie
    Sebelum cari bantal, afdal I buat hal kat sini dulu, heheh.

    You kata follower dia tak sampai 100? I punya followers tak sampai 12 pun Azie, namun I terima seadanya.

    Kalau you tak sudi masuk blog I, tinggallah 11 :-)

    ReplyDelete
  3. SOM:
    Jom kita tidor sebantal jom, mana tahu leh dapat mimpi serupa.:)

    Yang benornya, bilangan follower buknlah aras sukatannya, tapi sebab I takda contoh terdekat yg lain, itulah yang I gunakan, merujuk tujuan entri di atas...

    Kalu I tak masuk blog U, tu maknanya I masuk kerekot dalam kelambu lagi ler tuhhh...hahahaha

    ReplyDelete
  4. KAK, SY NYER BHSA KAT BLOG OK TAK?..mtk CnC ikhlas nih..:-) hehehe

    ReplyDelete
  5. JMR:
    Kalu Kak Azie dapat jumpa ko, memang Kak Azie amik kamera tu ketuk kepala ko.. hahahaha

    mengada!

    ReplyDelete
  6. Betul la kak.Saya ni jenis yang tak brapa pandai bahasa sms ni.Kalau masuk blog yang guna camtu,memang tak masuk lagi la.Bukan apa, kekadang tu tak paham apa yang dimaksudkan.

    ReplyDelete
  7. JIEDA:
    Salam JIEDA, pekabor? Lama tak dengar citer.

    Bila kita tak faham apa yang ditulis, tentulah kita tak mahu buang masa nak memahaminya, kan?

    ReplyDelete
  8. Bahasa SMS ini macam tulisan trengkas (shorthand) setiausaha bila ambil catatan atau minit mesyuarat/ Agakmya sekarang ada tak lagi tulisan trengkas?

    ReplyDelete
  9. Azie...

    (teringat pulak pada hadiah yang ditawarkan oleh Alidyangon - sudah ada pemenangkah agaknya?)

    Kakcik juga seperti Azie.. lemas dengan bahasa yang entah apa-apa tu. Walaupun boleh faham - tapi sakit hati - macam mengada2 je kakcik rasa!

    Kakcik sendiri sentiasa berusaha untuk menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam blog kakcik walaupun kadangkala pening hendak mencari kata-kata yang sesuai! (Padan muka kakcik, kan?) :)

    ReplyDelete
  10. kak azie...hehe..

    cerita saya pom kdg2 ada gak tercampur2 ngan bahasa sms tu..tapi byk yg tulis penuh..

    mmg xmenahan kalu guna bahasa sms yg tahap kronik tu..mmg saya xfaham langsung apa yg dorang tulis..

    kalu guna yg tulis ringkas2 yg biasa tu ok la kan..

    ReplyDelete
  11. Okay kak, nak terjah ke sana jap ;D untuk memberi sokongan. Yang guna bahasa short form tu saya pun tak berkenan, pening kepala. Sebab dalam sms kat handphone pun saya akan tulis penuh. Memang saya tak faham bahasa sms pendek tu. Takut salah faham pun ada gak ;)

    ReplyDelete
  12. salam somuffins...

    Blog somuffins....alkisah tu best...ada beberapa labels yg saya selalu baca...

    Thanks...

    ReplyDelete
  13. sokong!!sebab rasa macam berteka teki nak fahamkan maksud kalau guna bahasa sms..

    ReplyDelete
  14. bagi GB blogging dengan sms situasinya dah berbeza..jadi blog dgn bahasa sms mmg agak menyakitkan mata...

    sama juga dgn komen dekat blog dgn bahasa sms...rasa macam tak proper dan seolah2 org tu tergesa-gesa nak teruskan blogwalking kan...

    pendapat GB la..

    ReplyDelete
  15. alamak..
    kadang2 xsedar bila terguna oh..
    x.x"
    tangan nak laju je menaip entry
    sampai bahasa2 penggunaan ayat semua tunggang langgang..

    hohoho

    ReplyDelete
  16. KAK NORA:
    Saya pernah teringin nak belajar menaip trengkas tu, cemana lah rupanya ya? Tapi masih ramai yang gunakan saya tengok, terutama di mahkamah.


    KAKCIK:
    Ya lah, dah lama ALID YANGON tu tak kelihatan di sana sini kecuali di FB saja. Lupa lak nak tanya sapa yang menang hadiah tulisan sms tu..

    ReplyDelete
  17. SARAH:
    Kak Azie bukan paksa pun. Sesiapa yang rasa selesa nak guna, boleh teruskan, tapi biasanya memang orang tak berapa suka nak masuk lagi blog sebegitu.


    ACIK:
    Yeah... blog ACIK sejak dari dulu memang bahasa bagus, tiada bahasa sms. Kadang2 blog kita ni anak2 kita baca, remaja pun baca, so bahasa yang baik dan teratur sedikit sebanyak dapat menjadi contoh kepada mereka juga...

    ReplyDelete
  18. IZAD AMRAN:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih, walaupun sekadar hendak menyapa SOMMUFFINS di sini.. hehehe


    HAMIZAH:
    Terimakasih. Bila kita terpaksa fikir apa yang depa tulis, lagilah bengang. Itu yang malas nak masuk rumah tu lagi, kan?

    ReplyDelete
  19. GADISBUNGA:
    Sebenarnya tidak susah untuk menulis penuh, malah memudahkan penulis itu sendiri. Kalu terlalu ringkas, silap-silap sendiri tulis pun, lepas 2,3 tahun dia pun tak faham. hahahaha


    FAKHRUR RAZI:
    Yeahh.. Kak Azie harus juga sebut, di blog anda, masih banyak bahasa sms yang anda gunakan. Jika boleh improve, baguslah. Pasti ramai yg akan masuk membaca nanti...

    ReplyDelete
  20. As'salam kak zie..

    blog amy pun kadang2 ada juga tercampur dengan bahasa sms tapi 80% banyak tulis penuh..

    ReplyDelete
  21. Salam AMY:
    Bila dah terbiasa, memang kadang2 kita sedar guna bahasa sms, kan? Bagi setengah orang itu mudah, tapi tak mudah bagi yg membaca...

    ReplyDelete
  22. setuju sangat2, lebih baik di gunakan bahasa yang biasa (standard), tak de di ringkas2 pun. kalau ada pun kira semua orang boleh fahami

    ReplyDelete
  23. betul tu.. ada yang tak paham langsung bila baca.. sampai nak kena ulang 2,3 kali..

    * pun kadang2 tersasul buat ringkasan cam amik note masa miting.. huhu

    ReplyDelete
  24. EELOBOR:
    Setuju. Baca komen awak ni, Kak Azie teringat sesuatu lagi.
    Selain dari kita sendiri yg baca, ada juga blogger/reader yang bukan Melayu, yang berada di luar negara yg baca. So, bila kita guna bahasa yang teratur, memudahkan mereka utk memahami apa yang kita cuba sampaikan.


    EJA:
    Next entri ada promo tentang blog awak plak.. hehehehe

    ReplyDelete
  25. wah popularnya blog nih > kawe boleh menumpang popular

    ReplyDelete
  26. Terima kasih kak Azie atas sokongan...
    Bahasa SMS ni kdg kala bahaya terutama utk pelajar2 sekolah..sehinggakan terbawa-bawa apabila jawab dalam soalan peperiksaan...
    Itu yang merisaukan...
    Dalam blogging bahasa ringkasan universal ok kan kak azie... :)

    ReplyDelete
  27. salam Sis. AA. bah..sejujurnya mmg sa nda minat sama blog2 yg tulis entry guna shortform yang terlampau short, mcm yg sis bincangkan dalam entry ni. dan sepanjang sa meneliti kebanyakkn blog, biasanya blog yang guna bahasa SMS ini, adalah dikalangan blogger yang bersekolah masi. teda kira rendah atau menengah tu.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails