Thursday, January 10, 2013

MyBONDA menginap di hospital...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
10-01-2013


Khamis, MyBONDA dimasukkan ke wad kerana penyakit kulit yang agak serius. Sakit kulit tu agak lama, berulang-ulang. Lately dalam sebulan, penyakit tu semakin serius lalu MyAbangLong  bawa jumpa pakar kulit lalu dinasihatkan mendapatkan rawatan susulan dan berterusan. Kena la tahan kat wad (Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam).

Penyakit kulit eczema – a medical condition in which patches of skin become rough and inflamed, with blisters that cause itching and bleeding, sometimes resulting from a reaction to irritation (eczematous dermatitis).

Selesa. Bilik Eksekutif.


Seluruh badan terutama kaki dan tangan menjadi merah macam kena bakar. Gatal dan rasa miang. Asyik menggaru saja.

Menurut doktor, mungkin pengambilan ubat yang banyak sejak bertahun-tahun. Maklum MyBONDA ada sakit tulang (osteoporosis), juga banyak ambil supplement. Kerana umur (74) dan keuzurannya, mungkin badan dan darah sudah tidak dapat menerima dos ubat tersebut, lalu darah bertindak ‘menolak’. Lebih kurang gitulah citernya. Kesan jangka panjang. Syukur juga dia tiada penyakit serius lain. No darah tinggi, no kencing manis, no sakit jantung.

Terimakasih teman blogger AKUZLE AYU yang turut menemani saya menjengah MyBONDA.


Juga teman blogger AZIAN ELIAS yang siap bawak kek SR yang sedap utk MyBONDA. Indulgence yang lazat boleh makan ulang-ulang, sebab dalam bilik dia ada peti sejuk untuk simpan.



Juga MyAdikBongsu, anak menakan dan Dak Amoi yang ambik cuti halfday, tapi sambung buat keja dari dalam bilik. Ada wifi-free.

Terimakasih atas doa dan ucapan untuk MyBONDA.



~...melihat hanya Pawang Jusoh yang nampak menguasai perubatan di Kampung Separuh Desa dan Bidan Piah yang nampak gah, SERI BULAN mula cuak jika suatu hari nanti dia jatuh sakit atau demam berjangkit...~








15 comments:

  1. Salam AA,

    Moga Bonda sembuh saperti sediakala.

    ReplyDelete
  2. semuga sakit bonda Azie akan segera sembuh..

    ReplyDelete
  3. Azie, I wish her a speedy recovery.

    ReplyDelete
  4. simpati dgn masalah yrbonda...moga diberi kesembuhan dgn segera ya..

    ReplyDelete
  5. semoga makcik segera sembuh...

    *itu ke adik bongsu akak yang hensem tu? huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Nak jumpa? Jom kita pi lepak tempat keja dia. The Bee, at Publika, Hartamas.

      Delete
  6. Salam Azie. Didoakan semoga cepat sembuh dan sihat selalu.

    ReplyDelete
  7. syafakillah..moga bonda akk sihat kembali..:-)

    ReplyDelete
  8. Semoga bonda segera pulih sepenuhnya.

    ReplyDelete
  9. nampak teruk juga tuh...
    kasihan bonda asyik menggaru..moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. Bagusnya bonda Kak Azie, tak ada penyakit berangkai tu. Syukur Alhamdulillah. Blood circulation bila dah berusia lanjut nie memang memberi effect pada kulit kan. My grandma pun sama.

    ReplyDelete
  11. ye yeyy.. gambo kito ado. tengss, kak azie. moh3 kita lelepak kat restoran Pak Su..

    ReplyDelete
  12. Kak,
    Maaf mengganggu. Saya sedang menjalankan program rawatan bg pesakit2 yang mengalami penyakit2 seperti bonda akak. Program ini juga satu daripada rawatan alternative bagi penyakit Bonda akak. Sudi2 lah untuk contact saya bagi memberi peluang bagi Bonda akak mencuba rawatan ini secara percuma untuk 3 hari sahaja. Mudah-mudahan ia memberi hasil pada Bonda akak. Call saya di 016 382 9030 - Fit

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails