السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
17-01-2013
Bukan saya menolak program malam JumAAt itu apalagi mahu menolak isi topik dan mesej berguna yang dikongsi.
Tetapi sejak dulu lagi, saya kurang berkenan... diulang ya, kurang berkenan dengan penceramah yang suka goyang tangan tu. Sejak bila ntah, tiap kali saya tonton dia, saya perasan (ke saya sorang jer perasan lagu tuh?), dia seperti seolah-olah sengaja goyang tangan, menunjukkan apa saja yang berkilau kilau, gemerlapan di jari dan di lengan.
Dulu saya sendiri pernah dengar, ada orang tegur “amboi macam nak tayang saja?”
Bila intipati ceramah adalah menyeru kepada perkara-perkara yang baik-baik termasuk mengelak riak, lalu saya melihat: ironi nya!
Malam ini, sebelah kanan sebesar 4 jari, sebelah kiri sebesar 2 jari. Hebat. Ya, emas pertama intan berlian memang perhiasan wanita. Itu fakta.
Heyyy Azie, ko takda memang tak boleh nak tayang. Hikhikhik!
~...jika kerana emas permata atau rantai mutiara bergulung lengan sudah lama SERI BULAN mendapatnya kerana HISYAM tidak pernah kedekut tetapi itu tetap tidak sama jika ditimbang kilo dengan sebuah hati yang setia...~
ekekekekee...
ReplyDeletebiasalah tu...Pompuan...
paling kerap berlaku bila tangan bergermalapan, waktu makan kenduri..(sambil tunjuk sampai siku..)
" Azie, tulun hulur gulai tu sat.."
Bergerincing.. bunyi batu2 dan gelang... ekekekekekke
Teruih teringat drama Melayu tajuk apa ntah. “Senah Gelang” ke apa (lakunan Norlia Ghani). Tiap kali dia goyang lengan, ada muzik khas effect bunyik gemerincing! Hahahaha!
Deletetime kenduri paling syok menayang barang emas, kak!
laaaaaaaa ingat kan sy je yg berperasaan begitu!
ReplyDeletebila terover sangat tu, rasa konpius jugak dgn status yg dibawanya.. wallahuaklam
Kan Akak kan? kaaannnn....?
DeleteEh rancangan apa eh? Setau saya rancangan malam jumaat ni semanis kurma je.. Tp rumah tadak astro.. Tatau la kalau ada rancangan lain..
ReplyDeleteTiada kaitan dengan Astro. Sila fikir sekejap. Then teka. Hehehe
DeleteRupa-rupanya? hehehehe
ReplyDeletehhhmmmmm.... sy pun takde yg nak tayang.... hehe
ReplyDeleteKita tayang gigi dan gusi sudah laaa... hehehe
DeleteAmbik yg baik...yg xbaik jgn ikut..manusia semua ada kelemahan.... Kan....dia lemah yg situ...kita plak lemah tang sini....hehehhee
ReplyDeleteassalam..singgah dan follow sini :)
ReplyDeletememang style dia kot kak azie hehehe
ReplyDeletesy pun xde benda nak tayang.yang ada ni pun kira alhamdulillah merasa gak pakai kan
eerrrr...kita tak ada kekuatan nak tayang apa2. dah la kilauan berkilo2 tu mmg xde, tambah plak dgn kulit yg berkarat aje.
ReplyDeleteOuh xpelah, biar I simpan aje lambaian ni pada yang empunya. hik hik hik. ~mohtip bersastera?
sebab kalau masuk umah kak azie mmg asek nak melentuk liuk aje ayatnya. keh keh keh
Afifah call saya tadi kata malam ini dia akan menyewa kereta utk pergi ke pasar malam depan Pasar Filipina tu dgn kawan2nya utk membeli rantai yg togel bogel tu. Nanti saya suruh dia belikan yg Azie pesan tu.
ReplyDeleteDah tak payah lagi Azie hiraukan penceramah tu.
ps - saya pun perasan juga tapi bila Azie dah sebut ni, saya rasa saya tak keseorangan perasan .... ngeeee
Saya pun tak ada yang berjari2 tu nak tayang. Tapi kalau tak ada pun tak per kot. Bila pakai dan tayang, rasa risau, rasa rimas dan rasa tak selesa. So, mungkin tak ada pun tak per kot. Untung suami saya kan.
ReplyDeletebenar seperti dikata emas, belian tak dapat dipisahkan dari wanita..biar pun beliau seorang penceramah...tapi kalau tengok bos - bos produk kecantikan takut kita...penuh hingga lengan...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteDulu2 tak de la lagu tuh, lipstik je menyala. sejak pakai tudung paridah ko0t hu hu hu
Saya nengok semanih kurma, ngendap ustajah lomantik dgn ustaz pemalu tu...nampak comey je. Tambah pulak semalam undangannya prof Muhaya, lagi tak pindah chanel. Sekali skala tu selang seli nengok situ jugak kalau penceramahnya best.
saye tak suke tenok tv.. memang tak dapat nak agak.. hahaha..
ReplyDeleteOoooppssss! Tersama pulak bab goyang tangan tu tp sy x terperasan pulak yang bling bling sy saya cuma baru 2 kali terrrr tengok. I have nothing against her. Cuma in general sy memang mudah terganggu melihat orang bercakap dengan tangan bersilat kecualilah org itu lawyer. Dan saya pantang dengan hos rancangan yang terlalu banyak bercakap serta potong panel apatah lagi suka put words into other peoples(dalam kes ini panel) mouth. Pada saya baik tak payah jemput panel. ;-)
ReplyDeleteDalam kes ini, saya melihat yang isteri lebih banyak memonopoli program berbanding suaminya. Suaminya ambik bahagian pembukaan dan penutup saja.
Delete