Thursday, January 31, 2013

Kakak penyanyi bercerai tuntut mutaah RM300juta...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-01-2013



Laporan NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September 2012 menganggarkan:
  • Aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion)
  • Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Berdasarkan laporan The Malaysian Insider pada Mei 2011, Anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir telah menceraikan isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid (kakak kepada penyanyi jazz Sheila Majid) dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah. Butirannya:
  • Tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta
  • Tuntutan harta sepencarian bernilai RM100 juta
Memang dahsyat.

Ahad lepas saya sempat sembang dengan seorang rakan blogger yang menyebut, ada satu taman perumahan/bandar baru di Sarawak di mana, seluruh rumah di situ adalah milik keluarga menteri tersebut. Benarkah?

Baca lanjut di sini > Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion?


******

Tayang-tayang:

Bekal CHAK dan IKA semalam.

Rajin saya buat Pisang Goreng pepagi. Sekarang ni memang saya rajin yang bukan-bukan. Kena la rajin, saya bukan kaya ada harga berbilion dan bukan juga pewaris ladang balak or tanah yang ada minyak.




 ~...kali pertama dipelawa ajak-dalam-paksa menjadi pengiring paling ketat ke Kampung Separuh Desa, SERI BULAN menyenaraikan begitu banyak kemewahan yang bakal ditinggalkan namun melihat betapa yakinnya HISYAM bahawa kebahagian dan ketenangan hati bukan datang dari dulang emas dan sudu perak semata...~




52 comments:

  1. Itu baru dia sorang tu kak....kena tgk gak menteri2 lain tu....lbih kurang jer smuanya.....

    ReplyDelete
  2. Wow untung harta banyak ni, tapi takperlah bersyukur dengan apa yang ada ye kak, janji bahagia..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Seharusnya begitu lah. Bukan semua yang kita ndak boleh dapat begitu mudah dan cepat.

      Delete
  3. Kakcik rasa kakcik adalah sangat kaya andainya punya RM30K dalam simpanan! :(

    Kakcik pernah 'melawat kawasan' perumah Taib itu - memang 'giler ah'!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kaya tiap kali amik statement KWSP saya! esp. tengok Akaun 1... hahahah perasan kaya dah tuuu!

      Delete
    2. hehe..saya pun.
      ntah2 kalau kwsp bagi atm kad utk akaun 1 tu
      harus saya pi tekan kat mesin

      Delete
    3. Kadang-kadang Kak Azie tunjuk kat anak dara, and then depa pun kunun-kunun tumpang jadi kaya sekejap. Hahahaha

      Delete
  4. Rezeki dan dugaan dr Allah taala tu datang dr pelbagai segi. Yang penting kita sihat tubuh badan..masih boleh bernafas alhamdulillah. Kalau nk ukur dgn wang ringgit takkan pernah menang & puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai manusia, kita teruja melihat kekayaan orang lain, kan? tapi melihat diri sendiri wajar la bersyukur apa yang ada.

      Delete
  5. perkara ni juga selalu disembang oleh orang sarawak, tapi yg herannya kenapa Taib Mahmud lagi menjadi pilihan mereka..

    ReplyDelete
  6. hrmmmm....terkejut dengan angka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi golongan bilionaire, tu hal kecik jer tuuu

      Delete
  7. akak lebih terpikat pada cerita pisang goreng tu..
    baru perasan, lama sungguh tak makan pisang goreng....
    petang akak ku usahakan mencari pisang nipah dan goreng sendiri, Azie guna tepung apa utk menggoreng? nampak sedap sangat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple saja Kak Q. Saya beli tepung instant (Adabi), saya campur sedikit dengan tepung gandum (nisbahnya saya rasa sama banyak kot, main agak saja). Boh la garam mcm biasa. TIADA air kapur pun.

      Anak-anak dan kawan mereka (yang dikongsi makan) kata SEDAP!! hehehe

      Delete
  8. sedap goreng pisang ranggup panas panas tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bebudak sarapan sebelum ke sekolah tu masih panas. Dah bawak bekal, hat sejuk tapi rasanya masih rangup.

      Delete
  9. tentulah dia tahu yg bekas suaminya mampu, kalau tak, takkan sampai 300J dituntut.. kan Kak Azie..

    goreng pisang cicah apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami bukan orang Johor, jadi makan goreng pisang memang tak pandai nak cicah apa. Makan begitu saja la. Nak buat sambal kicap macam Johor punya tu tak reti. :)

      Delete
  10. Kaya dgn harta tu satu dugaan tu.....kalau org kafir, kira syurga dia la di dunia ni.
    Bagaimana mewah pun, mati nanti bawa kain kapan dgn amal ibadat dan sedekah jariah sahaja. Kadangkala manusia ni, dah kaya...nak cari lagi kekayaan tu sampai tak sempat buat apa yg Allah tuntut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Yang kaya akan mula fikir nak jaga harta dia pula. Mula sibuk urus harta pula.

      Delete
  11. perghhhh memang kaya. dekat umah saya ada banglo bernilai 600 ribu memang cantik kak, tiap2 pagi nak hantar anak2 kesekolah mesti ngadap banglo tu, tak mampu nak beli, tgk hari2 pun jadilahhhhhh

    ReplyDelete
  12. tah2.. org kaya sendiri tak pernah merasa pisang goreng kot.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa paling teringin pun Banana Split...! hehehe

      Delete
  13. Kalaulah ada 1 sen pun setiap harta yg dia miliki itu adalah milik rakyat sebenarnya pasti tak tertanggung di akhirat kelak nak memikulnya. Takut kakak.

    Ada org diuji dgn kekayaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila diuji dengan kekayaan, kita tidak mampu membayangkan. Bila tak kaya, kita hendak sangat menjadi kaya, tetapi itulah ujiannya yang kita tak sedar pun, setiap sen itu belum tentu milik kita.

      Delete
  14. mana tak kaya...semua balak seluruh keturunan dia punya...org2 pribumi still lg xde air, xde jalan...hurm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dibuai keasyikan kekayaan, lalu terlupa merenung rumput di bumi yang dipijak.

      Delete
  15. Amboiiii terbeliak mata, banyak nya harta dia.
    Yang kaya semakin kaya... ;-)

    ReplyDelete
  16. mintak2 kita tidak tergolong dalam golongan cam tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boleh mimpikan kaya, boleh usaha utk kaya, cuma takut kita leka dek ujian kekayaan itu...

      Delete
  17. Azie, ala... 300 juta tu celah gigi je bagi keluarga taib tu...permata kat badan si lebnon tu pun dah lebih dari itu agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. 300 hengget pun kita menggeletar nak kuar, sebab nak carik pun sakit. Begitulah. Yang kaya bertambah kaya.

      Delete
  18. kayanya mereka...
    300 juta kecil kot bagi mereka nih...
    yang pasti ALLAH lebih mengetahuinya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita cuma mampu baca, pandang, dengar.
      Di sebaliknya itu, di luar kemampuan kita. Depa saja la yang tahu.

      Delete
  19. as salam kak..

    Oh banyaknya...hmm bestnya kalau dapat duit banyak tu..hehe(angan mat jenin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalu dapat duit tu dengan mengenepikan hak orang lain, adalah sangat mengecewakan...

      Delete
  20. Taib Mahmud tu ibarat Rajah Brooke baru/Sultan Sarawak..
    Dia berkuasa selagi hidup..
    Org komplen, org komen...tapi BN buat bodoh..
    Biasa lah..
    Satu Malaysia tahu lama dah Taib Mahmud ni lagi kaya dari Robert Kuok..cuma yg hanya baca Utusan & tengok Buletin 3Suku aja percaya Taib Mahmud biasa biasa sahaja..

    Takpa lah...duit berbilion tu boleh guna buat kubur emas, kain kapan emas..malaikat pun segan nak interview kot nanti masa duduk dlm kubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan marhain macam kita ni, sekadar baca. Ambil iktibar.
      Teringin juga nak tengok kubur emas, kain kapan emas... hehehe

      Delete
  21. kalau pegang duit seribu pun dah rasa kaya.. kalau ada juta2 macam tu tak tahulah entah apa rasanya ekk he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita akan jadi rasa angkuh dan bongkak, sapa tahu, kan?

      Delete
  22. tak terkata saya bila baca kekayaannya itu
    gila kaya ;)
    tapi duit x leh beli bahagia.
    cumanya 'nanges dlm keta mewah lain rasanya dr nanges dlm bas'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanges dalam keta orang tak dengar tak nampak sebab pintu kejap dan cermin gelap.
      Dalam bas kalu, ramai orang tengok, malu jugak, kan? hehehe

      Delete
  23. fuh..kayanye dia..
    harta makan tak habis 10 keturunan
    300juta tu agaknya pada dia baling2 gitu aje...
    kalau la saya sekaya itu..huhhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu pandai jaga dan betul aturannya, lebih dari 10 keturunan. Kalu tak betul jalannya, salah cara dapatnya, biasanya panas dan tak tahan lama.

      Delete
  24. biar tak "kaya" harta tapi kita "kaya" budi bahasa, "kaya" amalan dan boleh makan goreng pisang...eh terlalut pulak
    ni akibat tengok lelama goreng pisang akak lah
    nak keluar kejab cari goreng pisang panas, minum dengan teh o panas mesti saya rasa "kaya" nikmat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu. Kita tak kaya duit ringgit dan harta menimbun. Tapi kita masih kaya kasih sayang, kaya kawan-kawan maya tak maya.. dan insyaAllah akan terus bahagia.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails