السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-01-2013
Cuti panjang ni memberikan saya masa yang lebih juga untuk mengemaskini apa yang patut.
Antaranya, kemas kain baju. Pilih-pilih mana yang sudah lunyai, tak sesuai, tak muat sebab semua rakyat dalam rumah semakin membesarrrr...
Di kawasan taman rumah saya memang ada tong Kitar Semula ini. Dikhaskan hanya untuk pakaian sahaja, barang lain seperti toys ker, perabut ker memang tak boleh. Lagipun ruang isi tu kecil tak muat kalu nak sumbat perabut pun.
Letak bungkusan di atas penutup, then tolak-tutup. Bungkusan akan jatuh ke dalam tong.
Sampai ‘hilang’ tulisan Kitar Semula Untuk Amal tu, dek stiker mengarut tu semua. Setiap minggu/bulan ada van (kaler oren juga) akan kutip barangan pakaian dari tong tersebut untuk dipilih dan diagihkan ke tempat-tempat terpilih.
Tayang-tayang:
Bekal CHAK semalam — Roti Telur & Sosej Cheese. Tak kenyang lagi, tak tau laahh!
~...merenung jauh mengenang saat sebelum menjadi warga Kampung Separuh Desa, SERI BULAN tidak dapat mengelak dari membandingkan Mak Utih itu dengan ibundanya sendiri lalu HISYAM sering pula menyamakan Pak Utih itu seperti abahnya yang cuma sempat dikenali beberapa tahun sahaja...~
Bagus juga ada tong tu. Kadang2 kita tak tahu kat mana nak hantar pakaian kita yg dah tak muat tu.
ReplyDeleteYa. Dulu saya buang dalam tong sampah, kadang2 bagi kat pekerja bandaran yang angkut sampah tu.
DeleteWah first lagi hari ni.
ReplyDeleteTernyata kita sama2 takde kerja w/pun Azie gunakan masa utk mengemas selain daripada blogging. Saya duduk depan komputer sejak lepas sarapan tadi ..... huhu
Saya buat kerja dapur sejak pagi, then memasak utk lunch... sambil jawab komen di blog.
Deletemulti tasking ..... ngeeee
DeleteSama ler Bang YB punnn....
DeleteTempat kakak ni ketinggalan zaman Azie. Tak ada pun tong macam itu disediakan. Kalau ada bagus. Sticker seumpama itu di M'sia dah jadi macam biasa kan. Sakit mata buat-buat tak nampak.
ReplyDeleteYe lah. Memang sakit jer mata tengok orang berniaga cara gitu. Main ikut suka hati saja nak tampal stiker perniagaan depa. Merosakkan pandangan.
Deletekat tempat sy xde jugak tong ni kak azie. teringat pulak masa pindah rumah hari tu banyak nya baju2 sy buang2...tp bila pk2 balik, baju2 tu amatlah tak sesuai disedekahkan...seksi meksi~
ReplyDeleteBiasanya memang akan ada baju kita yang kurang sesuai. Pekerja sukarela komuniti tersebut memang akan memilih dan mengasingkan pakaian tersebut sebelum mereka menghantar ke rumah-rumah kebajikan yang terpilih.
Deleteyalah..kdg2 rasa sayang pulak nak buang baju2 yg tak terpakai,kan...nak bg kat adik beradik/jiran takut2 dikata bg benda yg dah tak mau,kan..
ReplyDeleteBetul tu Kam... ada orang jenis tak akan pakai barang terpakai, malah ditakuti, barang yang kita bagi dibuat alas kaki pula.
Deletebaju2 yang elok tapi dah tak nak pakai (sebab sedar diri dah gumuk..huhu) selalunye saya hantar kat tong recycle dalam jusco tu je..
ReplyDeleteOhh dalam Jusco pun ada tong recycle ya? Di AEON Maluri ni, tak pernah nampak pula.
Deletelapr plak tengok roti n sosej tu
ReplyDeleteRoti tu roti telur biasa saja. Sosej tu beli yang cheese punya. Budak tu peminat cheese.
Deletesalam... boleh lah masukkan stok yang baru pulak. Yang lama dh habis d kemas. hehehe
ReplyDeleteStok baru tu tak tau la bila nya. Kalu setakat nak shopping laju jer, time bayor tu yang slow motion sket. :)
Deletekalau saya memang tak cukup tu kak, tapi dak Chak mesti kenyang dengan bekal tu.
ReplyDeleteKadang-kadang dia boleh share lagi dengan kawan dia...
DeleteKalau kat kawasan saya ada tong tu, bagus sungguh.
ReplyDeleteSepatutnya begitu lah. Boleh kita bersedekah dari kita buang saja barang yang masih elok, kan?
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeleteminta upah kat hubby...melancong...
Saya segan nak minta hadiah sampai melancung tu. Kalu cuti dekat-dekat ok la. Kalu melancung, saya guna duit sendiri jer. Baik kan saya? :)
DeleteSepatutnya la kan? Tetapi kalu takda, boleh jer usaha sedekah pada mana-mana rumah kebajikan yang berhampiran.
ReplyDeletekami setiap kali balik kampung , satu bag pakaian lama sedekah kat jiran,yg lusuh2 terus masuk tong sampah kat Banting jer..
ReplyDeletep/s : baju anak2 jer yang banyak tak pakai sebab tak leh recycle, 'kilang mama' dah tutup.
Amboiii... baju anak dah tak boleh nak rolling lagi ya. Elok juga disedekahkan pada anak buah sepupu sepapat depa.
DeleteSaya nampak sticker along " khas utk Islam sahaja" tu...rasa nak gi seligi aja kepala org yg buat pinjaman ni...betul2 punya syariah compliance ka???
ReplyDeleteNampak benor tak profesionalnya depa buat bisnes. Main tampal stiker murah camtu jer.
Deletedi rumah saya pun ada tong begini, tapi tak pernah lagi memasukkan apa2 yg patut.. aiii, bilalah nak mengemas, urmmm...
ReplyDeletePasni boleh la mula pilih baju yg dah tak mahu, dan campak masuk ke tong camni.
Deletekat mana tong tu, Azie?
ReplyDeleteKat taman perumahan saya Kak Q. Meh laaa...
DeleteOrangnya kecik tapi makannya boleh tahan.
ReplyDeleteAina sellau pilih yg mana elok masuk kotak, nak balik kampung bawak sekali pandai2 maklah agihkan. Ynag dah tak boleh diselamatkan jadi kain buruk, kalau tak kat rumah bawak balik kampung jugak banyak gunanya.
Sama la kami pun. Dulu, sikit-sikit semua angkut balik kampung. Tapi sejak kampung dah tak berorang, dah tak boleh nak hantar kat sapa lagi dah.
Delete