السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-01-2013
Siapa yang pernah tonton siri Revenge (Season 1) sebelum ini pasti tahu akan siri drama ini.
Revenge Season 1 sudah selesai ditayangkan di Astro StarWorld. Berapa siri ntah, lupa. 13 episod kot. Drama bersiri ini memang best dan saya suka tonton walaupun kemudian diulang semula pada siang Ahad.
Kini Revenge Season 1 ini dimainkan pula di saluran TV8 setiap Rabu jam 10 malam. Pun saya tonton lagi. Baru episod 5 rasanya.
Kisah balas dendam seorang gadis terhadap sebuah keluarga kaya raya (jutawan) yang pernah menjadi majikan ayahnya.
Lazim kita melihat, golongan kaya-raya di Barat tidak pernah terlepas dari skandal, hubungan terlarang, curang, pengkhianatan, balas dendam dan kisah cinta yang ada ketika menyayat hati juga.
Emily Thorne (Emily VanCamp) datang Hamptons dengan menyewa sebuah rumah di sebelah rumah keluarga jutawan Grayson (targetnya). Tiada siapa menyedari Emily ialah Amanda Clarke, anak kepada Clarke yang dianiaya hingga lalu dibunuh dalam suatu konspirasi oleh Grayson suami isteri. Sebelum itu Victoria Grayson pernah menjalin hubungan cinta dengan Clarke tetapi kemudian mengkhianatinya lalu tidak menghalang konspirasi pembunuhan kekasih gelapnya itu.
Amanda yang masih kecil dihantar ke pusat jagaan tetapi membesar dengan memberontak sehingga dipenjarakan. Keluar dari penjara menukar identiti sebagai Emily lalu memulakan sesi membalas dendam dengan menghuruharakan keluarga Grayson.
Dia sangat nekad walaupun terpaksa membunuh, mengecewakan banyak hati, mengeraskan hatinya melihat kekasih zaman kecilnya bercinta dengan musuhnya sendiri...
Selain saya suka Emily VanCamp (Emily Thorne/Amanda Clarke) kerana dia comel dan cantik, saya juga suka Gabriel Mann as Nolan Ross (dalam pic, kemeja berkolar putih), menjadi kawan baik kepada Amanda, juga seorang jutawan yang bijak, penyimpan rahsia Amanda yang sangat amanah dan penyokong serta pelindung Amanda.
******
Tayang-tayang:
Bekal IKA pagi semalam. Then sosej tu ditinggalkan, sebab dia tak suka sosej cheese, dia nak yang black pepper. Mak dia tak beli hat tu.
~...sekali pandang terus jatuh chenta itu disebut gila oleh setengah orang tetapi HISYAM melihat dengan mata hatinya bahawa tanpa pandangan itu dia pun tak reti mengeja chenta...~
Mesti best cite.ni tp balas2 dendam ea..
ReplyDeleteBut pic ns goreng n sosej tu dapnyer :)
Azie, I pun suka crita2 balas dendam ni.puas hati tengok.tpi siri ni saya prnah tengok satu episode saja.yg lain2 ntah pi mana or lupa..
ReplyDeletesya kalau tengok cerita dendam ni kita pulak rasa mcm tak sabar nak tunggu episod akhirnya
ReplyDeletesalam kak..tk pernah tgk cite ni. Tapi 100% setuju dgn tajuk n3 ni. memaafkan membuatkan kita lebih tenang.
ReplyDeletetak pernah tgk cite tu kak..tapi nasi goreng tu sodappp nampak..
ReplyDeletesaya pun ikut cerita revenge ni kak, siap download lagi. sekarang ni dah masuk season 2
ReplyDeletekami suami isteri pun suka sangat drama revenge nih..tak sabar nak tunggu keluar season baru kat starworld..
ReplyDelete