Thursday, January 3, 2013

Krisis air: keluhan rakyat marhain...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
03-01-2013


Akhirnya, krisis air yang melanda seluruh Lembah Klang, terutama area taman kami beransur pulih. Malas nak citer susah payah dan keperitan. Memanglah tidak teruk mana, tetapi kesianlah juga pada anak-anak yang menjadi ‘askar kerahan’ mengangkut air. Sempat jugaklah la sengal tangan sebelah saya sebab punggah air.

Air terganggu sejak 2 minggu lalu lagi. Bila malam, kering. Dan bermula Sabtu lepas, terus kering selama kira-kira 3 hari berturut. Hari ke-4, air masuk kira-kira 4–5 jam saja. Kemudian kering semula sehinggalah petang tadi.

Walaupun ada macam-macam cerita di sebalik tabir krisis air ini, juga dalam pelbagai versi, yang ‘DIPOLITIKKAN’ saya malas nak amik pot. Bila tersiar berita tentang pendapat ‘orang-orang besar’ tentang krisis air tu, saya cepat-cepat tune saluran lain. Meluat...!

Alhamdulillah, saya sudah berjaya mesin baju 3 round sebentar tadi. Dah banyak hari tak mesin baju. (sampaikan saya terpaksa belikan Chak dan Alia panties baru, sebab stok habis...!)



~...bila air di kuala Sungai Menghijau Lumut mula merudum terjun tetapi keruh SERI BULAN tidak berani mengajak HISYAM berendam kaki kerana hampir percaya kaki akan ditarik puaka air...~








14 comments:

  1. Janganlah Kajang pulak tak de air. Paip bocor dah 3 bulan tak diperbaiki. Report syabas depa kata kerja kontraktor yang tengah buat construction kat situ. Entah berapa swimming pool dah boleh penuh gamaknya dalam tempoh tu.

    Sabo jelah kak azie kita hanya ikan bilis...ikan bilis buat sambal sodap gak..ahakss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah benda nak jadi, akan jadi jugak takleh nak elak. Redah saja lah...

      Delete
  2. Org dok banjir2...ada tempat yg xdak air plak ek? Heran...heran...mn perginya org yg brtgjwab? ...tido ka?...tiba2 emo plak!...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata depa, ada pam bocor 2 kali. Begitulah. Pastu terdengar, kos rawatan tidak dilulus oleh pihak kerajaan Selangor. Ntah mana rumours yang betul.

      Delete
  3. Azie, dulu2 masa muda2 selalu tk dak ayaq di Perlis .now no more.elok laju ja sejak ada Empangan Timah Tasoh .I cn imagine mcm mana susah tk dak ayaq.especially masa di dapor, nk basuh pnggan mgkuk, urut dada la jwabnya sabag sabag.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok sabaq seluloi la ni Kak Inda oiii. Mujoq la takdak anak kecik. Kalu tidak lagi la jenoh.

      Delete
  4. mmg payah tak ada air

    biar tak ada karen


    harap air mengalir seperti sediakala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang tadi air naik elok dah. Harap-harap takla terganggu lagi dah.

      Delete
  5. memang susah kalau takde air..rimas..

    ReplyDelete
  6. Teringat satu masa dulu (lupa dah tahun bila), krisis air memuncak waktu 'pembinaan satu tempat'. Masa tu tong air harganya melambung naik... Kerne terpakse, belilah juge...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa masa tu tahun 2001 kalu tak silap. Saya angkut air masa tengah mengandungkan si Chak!
      Kami beli pam air sampai 2.

      Delete
  7. Harap2 esok panas supaya kering sidaian tu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails